Thursday, 30 July 2015

Link SAH Untuk Aktifkan Mykad Supaya Dapat Diskaun Bila Bershopping

Salam.
Hoho! Inilah dia benda yang aku tunggu-tunggu sebenarnya. Aku dah dapatkan link yang SAH untuk korang aktifkan fungsi affiliate dalam Mykad korang tu, so bila-bila korang shopping nanti, tunjuk je Mykad, confirm pelbagai faedah korang akan dapat tau! Apa faedahnya?? Haa, meh baca (n_n)


Bila aktifkan Mykad, kita akan...

1. Dapat diskaun ketika bershopping
2. Dapat mata ganjaran setiap kali bershopping iaitu Rm1 = 1 mata (mata ni pulak takkan luput sampai bila-bila)
3. Bawak 1 kad saje. Tak perlu bawak kad-kad diskaun lain, sebab guna Mykad korang sendiri tu pun dah boleh dapat diskaun
4. Dapat tahu lebih banyak pilihan kedai atau perniagaan yang dapat memberikan diskaun kepada kita melalui suatu apps yang disediakan.
5. Lebih jimat banyak sebab ada diskaun dan rebat tunai (mata)

Jadi, marilah kita beramai-ramai mengaktifkan mykad kita untuk kemudahan kita sendiri. Aktifkan je dulu, sebab benda ni macam menabung untuk hari yang akan datang nanti. Kumpul-kumpul point pastu kot satu hari tu kita takde duit nak makan sebab terjadi kecemasan yang memaksa kita berjimat gila. So, tebuslah point tersebut di kedai-kedai yang terpilih.

Jangan risau, sebab kedai runcit pun dah guna tau sistem ni. So, takdelah kita dapat point masa shopping kat mall je, kat kedai runcit beli bawang sekor pun boleh dapat point tau! Hahahaha~~

So, MACAM MANA NAK AKTIFKAN MYKAD SECARA PERCUMA??

Klik SINI (isi melalui e-form)
dan anda akan lihat paparan borang ni keluar, sila isikan.

Then ikutlah arahan dia sampailah habis. Selamat maju jaya! :D

So, cara guna Mykad yang dah diaktifkan ni...

Dengan menunjukkan Mykad anda yang sudah diaktifkan kepada kedai-kedai yang gunakan sistem Mykad Smart Shopper ni haa~

Macam mana nak tahu kedai tu guna sistem Smart Shopper ke tak??

Senang je, dekat premis diorang akan tertampal sticker macam ni:


Korang juga boleh dapatkan senarai kedai yang sudah berdaftar dengan sistem Mykad Smart Shopper tu di SINI. Ini aku screenshot daripada link tersebut, antara perniagaan / kedai yang dah guna sistem Mykad ni adalah:
See? Actually ada baaaanyak lagi page, tu pun baru 2,3 page je aku snap. Kalau korang perasan lah macam yang aku cakap tadi, even kedai Runcit pun ada sistem ni. Kedai makan pun guna jugak, so just imagine, makan pun korang boleh dapat point mata ganjaran!! Kebenaran apakahhh iniiii~~~ Hahaha~ :D


So, ape lagi sila isi e-form untuk aktifkan myKad (klik) korang. Bukan setakat korang je boleh isi, nak isikan untuk satu keluarga dan sanak-saudara sekali pun boleh biar semua pun dapat faedah masing-masing. Benda yang bermanfaat, haruslah dikongsi bersama, kan? Hihi~

Untuk lebih kefahaman tentang program ni, sila baca entry pautan di bawah:

1. Fahami program Affiliate Junction (Klik)
2. Manfaat Program Smart Shopper by AJ kepada peniaga (klik)

Btw, Program Mykad Smart Shopper ni adalah di bawah rancangan Affiliate Junction (AJ) yang mana ramai orang kata AJ ni tipu, scam dan MLM. Seriously, mereka dah salah anggap. Next aku akan update tentang perbezaan besar antara Affiliate VS MLM. 

Dan lagi satu, korang kena tahu aku bukanlah salah seorang ahli AJ ni. Jadi, kenapa aku bersungguh-sungguh untuk ceritakan tentang AJ kalau aku bukan ahli? Haa itu pun next entry. Stay tuned! (n_n)



P/s: Jom aktifkan Mykad! Jangan risau, aku takde dapat pape komisen pun kalau korang aktifkan Mykad tu, hehe :)

Wednesday, 15 July 2015

Shopping Kuih Raya di Angsana Mall

Salam.

Mak dengan nenek aku tengah buat drama pilih kuih kat belakang

Aku duk JB ni, memang sejak azali lagi suka nau shopping kuih raye kat Plaza Angsana ni haa...sebab apa?? Sebab Plaza Angsana ni meriah gila bila menjelang hari raye tau! Sekarang ni lagi lah, depan sikit dah Jakel, area Jakel tu pulak memang area butik-butik Instagram macam AidilJuma, Zawara, Calaqisha, Radiusite semua bagai lah ada kat situ. Memang best!!


Kuih raya pun banyak gila, tapi banyak yang tak dikenali namanya. Maksud aku bukan kuih-kuih tradisional lah gitu. Kuih tat nenas pun skang ada yang inti duk kat dalam je dah tak nampak daripada luar dah. Rege standard 4 balang Rm100. Kalau nasib baik dapatlah 5 seratus.


Dah jalan-jalan kat Angsana, terus jelah buka kat sana kan. Hehe..



Ini macam buka kat tanah tinggi je haa, padahal food court atas Angsana je pun~ hihi..okaylah..tu je nak cite..selamat hari raya aidilfitri untuk kawan-kawan saya di alam maya mahupun realiti. Maaf zahir batin dan take care di hari raya ya (n_n)

P/s: lambat siot nak balik keje...hadoi

Lampu Lap-Lip Murah Untuk Raya

Salam.


Hohoho yeayyyy! Aku dah beli lampu raye hari tu. Bukan apa, lampu lama dah rosak, tiap-tiap malam pulak tengok jiran-jiran semua ada lampu lap-lip pasang kat rumah. Jelez tau tengok~ so pergi Angsana hari tu, carilah lampu lap-lip dan beli yang ini...


RICE LIGHT - berkenan betul dengan yang ni sebab lampu dia bentuk silinder kecik-kecik comel je, sebab tu dia dipanggil rice light kot. Ala-ala chocolate rice gitu~ hahah. Panjang dia dalam 6 kaki camtu dan harga dia aku beli ada offer. Dapat Rm7.90 je!!! Murahhhhhh sangatttt!!

Semalam dah pasang dah, tapi kitorang lebih suka letak lampu lap-lip dalam rumah je, sebab boleh tengok sendiri. Kalau kat luar tak nampak..Hahaha


Ni mak aku lilit kat pokok ranting kitorang je, sebab sayang dinding nak ketuk paku, dah cat cantik-cantik kan..haha pun boleh lahh, cantik jugak..hehe (n_n) Kelip-kelip dia standard lah, ada laju macam lampu disko, ada slow dan ada yang tak kelip-kelip.


So, itulah dia antara persiapan raya di rumah kami tahun ni. Baju raya memang tak beli sebab masing-masing nak pakai baju lama je. Bagus! Jimat sikit, boleh aku beli biskut raye banyak-banyak lagi~ hahaha \(n_n)/

P/s: aku suka makan biskut raya!

Monday, 13 July 2015

Berbuka Dengan Goreng Pisang Cheese

Salam.
Tahun ni tak tau lah apesal, mengidam betul goreng pisang cheese ni tiap kali nak berbuka...

Lapan keping Rm 4....tak tahulah mahal ke murah, janji sedap! Hehe (n_n)


P/s: cepatnya masa berlalu, dah nak raya dah kan.. :)

Inilah namanya CAKAP SERUPA BIKIN

Salam.
Tak boleh blah betul lah. Bulan-bulan puasa ni, boleh bergaduh-gaduh pulak sampai satu bangunan kecoh. Daripada hari tu sampailah hari ni, tak habis-habis citer pasal gaduh kat Low Yat!


Bila dah jadi macam ni haa baru semua konon-konon bukak mata dan komen mengkritik ala-ala macam ni:

"Melayu punya cakap Cina tipu, cina punya cakap Melayu kacau, kamu ini semua hanya tengok video saja dah keluar conclusion, tapi lansung tak faham cerita sebenar, seriosuly what happen to society now of these days"

"Peace no war please..!no more 13 may..!be matured..!malay,chinese,indian and others..wake up!we suppose to be together!be malaysian!"

"Ape lh Jgn menyusah kan org lain begaduh sampan Mcm tu sy pun tngok pun Marah melayu tk Malu ke buat Mcm tu Mcm tkde adat aje"

"Bodoh x kerja lain ka gaduh..apa guna puasa..oi wahai kawan2 ku melayu terutamanya..bole bincang ni benda..apasal tunjuk hero tunjuk kuat..macam taik lg bergaduh...bangang pa lu"


Tu semua aku copy real punya komen daripada video-video kes gaduh di Low Yat Plaza tu. Nampak tak betapa marahnya dan kesalnya rakyat jelata sekalian bila berlaku kes-kes macam ni? Tapi seriously, aku rasa komen-komen kat atas tu macam laka-laka gitu. Geli hati sangat! Hahaha~ Kenapa? Meh aku tunjuk sesuatu.

Dalam kes ni, dua-dua pihak boleh jadi orang jahat, wallahu'allam.

Komen-komen ni aku copy paste daripada sebuah forum yang bincangkan tentang apa kita akan buat kalau kita dapat tangkap orang jahat? Takde kena-mengena dengan kes Low Yat tu, tapi aku nak kongsikan supaya pembaca dapat lihat apa yang rakyat marhaen kita komen terhadap sesuatu isu yang mengundang kemarahan netizen...

''belasah aje dulu. Baru report polis. Itu yang biasa berlaku dan ramai orang wat. Lagipun..yang memukul tu biasanya bukan sorang dua..kekadang berpuluh gak..sape suh cari pasal..''

''ok, akak stuju... kasik belasah cukup2... pastuh br bagi kt polis... rasakannn!!''

''pukul je terus, bagi insaf, heee :P''

''Rasenye kasi penumbuk sepam kire ok kot untuk semua situasi, pastu biar pihak berkuasa yang amik tindakan...Disamping itu, bagi ceramah agama sikit, insya'Allah baik balik budak tu...kot...huhu''

''yup aku akan belasah dan pijak cukup2''

''klau aku belasah jer..kasi hengat skit kt dia..klau aku nmpk org rmai tgh belasah pnjahat, aku nak joint skali amek point kt org tu..haha..(baru aku sedar jhat gak aku nie, haha)..''

''klu ada peluang belasah dulu..bg kaw2 punyer..lps tu baru htr balai...''

''kalau rasa nak belasah..belasah je... sebab sapa suruh buat hal... bikin onar jer...''

So, faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni? Komen-komen macam ni bukan daripada keyboard warrior tau, tapi daripada rakyat marhaen yang normal macam aku, macam anda, dan macam kita. So, pada aku...bila melibatkan kejadian belasah-belasah ni, aku hanya mampu geleng kepala je. Dalam hati memang aku akui, diorang tengah 'laksanakan' apa yang diorang tulis kat komen. Inilah yang aku maksudkan dengan Cakap Serupa Bikin; malangnya untuk sesuatu yang tidak baik.

Aku selalu fikir, kenapa manusia kata hukum Hudud yang ada potong-potong tangan tu kejam, sedangkan manusia sendiri kalau dapat orang jahat dia belasah kaw-kaw sampai ada yang tinggal nyawa-nyawa ikan...?



Fenomena JDT, Terima Kasih TMJ

Salam.
Sedih jugak bila dengar TMJ letak jawatan Presiden PBNJ  semalam...


Tapi bila fikir-fikir balik, tindakan Tuanku tu memang tindakan yang wajar, sekurang-kurangnya, beliau dah tunjuk yang beliau berani lepaskan jawatan. Bukan macam sesetengah presiden mahupun pemimpin yang gila kuasa tak reti-reti nak letak jawatan. So, lepas ni haters yang dok kutuk-kutuk TMJ boleh berparti sakan lah ye. Kami tetap akan sokong JDT walaupun bukan TMJ yang jadi presidennya. You can't beat our spirit, dude~ Hahah (n_n)

Ada spekulasi mengandaikan lepas ni TMJ akan menerajui FAM pulak? Betul ke tak aku tak sure, kalau betul memang best, tapi kalau tak...mmg TMJ pernah bagitau dia tak nak terlibat pape dgn FAM kan dulu? So, tengok je lah pe yg berlaku nanti :)


Imbas semula detik-detik kejayaan team JDT yang membuatkan hampir seluruh rakyat Johor tiba-tiba menjadi 'gila' dan begitu bersemangat menyokong team bola sepak negeri ini...

Stadium Larkin yang sentiasa penuh!

'Upacara' membaling resit yang akan diingati sampai bila-bila




Bahkan, fenomena JDT tidak terhenti setakat di dalam stadium, semangat kami turut dibawa ke luar di mana banyak restoran-restoran dan butik-butik ataupun apa saja perniagaan baru dekat Johor ni yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP DAN WARNA JDT!




Sebut apa saja daripada sekecik-kecik benda sampailah ke sebesar-besar bangunan, daripada kereta, motor, helmet, baju, warung kedai makan, restoran, tadika dan even majlis perkahwinan pun ramai orang johor yang buat konsep JDT dengan guna warna biru dan merah. Benda ni berlaku di sekeliling aku. Aku lihat semua ni dan aku rasa semua ni. Bila ada orang baru nak mulakan bisnes, bila aku tanya nak design camne, dia kata konsep JDT. Nak warna apa? Tema JDT. Semangat JDT ada di mana-mana! Hahaha~



Such a sweet memories yang memang sangat menggalakkan dan sangat meriah!! Tak lupa juga buat Boys Of Straits, tanpa mereka tak mungkin orang Johor akan jadi semangat camni. TQ B.O.S!


Dan terima kasih Tuanku, sebab tanpa Tuanku, xdelah kami merasa semangat macam ni dengan Team bola sepak sendiri. Hehe


P/s: aku tak sangka team JDT boleh jual merchandise diorang macam team bola sepak antarabangsa mcm Menyu, Liverpool dll. Nice experience!

Sunday, 12 July 2015

Lagi Tempat Untuk Sewa Barang Pelamin / Tunang

Salam.
Nah, buat yang sedang merancang dan terasa nak diy sendiri persiapan pelamin / photobooth / apa-apa yang berkaitan. Yang ini lagi best sebab kebanyakan barang-barangnya memang tengah trend sekarang ni (n_n) Jom tengok!






Haaa niceeeee sangat kan!! Oleh sebab ada tertera harga bagi setiap item, so sangat best untuk korang buat kira-kira bajet sekali. Ada baaaanyak lagi item yang korang boleh sewa bagi memenuhi pelamin impian korang tu. Haha~ berminat nak sewa? 

Klik gambar kat bawah ni :

by SuperCun Wedding

Friday, 10 July 2015

Jahit Langsir Guna Mesin Jahit Global GSM-505

Salam.


Bagi memenuhi impian rumah hijau kami sekeluarga, maka langsir berwarna hijau telah selamat dibeli di Kamdar dengan harga Rm4.30 semeter. Ala, langsir yang jarang tu je, sebab tu murah. Haha :p


So dengan khidmat adik aku yang pandai menjahit ni, siap sudah langsir tersebut dijahit, lengkap dengan pengerasnya. Tinggal tunggu nak pasang je haa..hihi (n_n)

Okay! Sekarang aku nak cerita tentang penggunaan mesin jahit global GSM-505 ni hah. Ramai yang tanya boleh ke mesin jahit ni buat jahit langsir?? Jawapan aku, boleh. Tapi janganlah langsir yang terlalu tebal sampai berlayer-layer. Takut patah pulak jarum jahit tu nanti..




Apapun, yang bestnya..mesin jahit global ni okay je bila jahit part pengeras dia tu. Means takdelah sangkut-sangkut / jarum patah / proses menjahit jadi lambat. So, aku assume, mungkinlah mesin jahit ni boleh jahit material yang keras sikit..haha

So, itulah dia sedikit sebanyak tentang mesin jahit global ni. Bila dah diguna untuk jahit langsir camni, barulah aku tak terasa menyesal beli mesin jahit. Bergunaaa jugak~ Hahaha..thanx Amar tolong jahitkan..hihi (n_n)

Klik SINI untuk baca review tentang mesin jahit Global
Klik SINI untuk baca hasil jahitan pertama guna mesin jahit Global
Klik SINI untuk dapatkan mesin ini (Tadi aku check harga tengah sale Rm145 je)


Dan inilah rumah hijau kami (n_n) Yeayyyy!! Memang tenang ruang tamu kalau cat dengan kombinasi hijau dan putih. Macam dalam taman T_T sukanyaaaa! Hahah :D



Thursday, 9 July 2015

Aku diserang gegata

Salam.
3 hari lepas aku perasan badan aku duk gatal-gatal je, even garu pun tak boleh hilang jugak. Awalnya ingat kena gigit nyamuk sebab bekas dia bintat-bintat cam kena gigit nyamuk. Tapi abah aku syak aku kena gegata, so dia suruh aku check kat klinik. Dapatlah ubat ni~


Nasib satu je ubat telan dan nasib baik saiz dia kecik je. Satu lagi ubat sapu. Dia tulis ubat terkawal. Aku ni ngeri sikit kalau guna ubat-ubat terkawal camni, takut terlebih guna jadi mudarat pulak. Haha~ aku rasa aku kena gegata ni sebab main kucing ofiz tu hah. Diorang dua ekor ni suka nau bergolek-golek dalam bilik kosong yang berhabuk tu, pastu lap kat aku..wuwaaa T_T


Btw, masa tu doktor tanya aku gatal ke tak? Kalau tak tahan gatal, dia suggest aku ambil injection. Aku fikir-fikir, kalau nak baik kenalah ambik kan? So, setuju lah dengan harapan kegatalan hilang. Sebenarnya masa jumpa doktor tu tak terasa langsung sebarang kegatalan, ibarat dah baik! (camne entah nak mintak MC kalau camtu..wuwu)


So, lepas injection dan bayar Rm53, aku pun balik. Sampai rumah kesan ubat dalam injection tadi mula berkesan dan buat aku mengantuk sesangat dan akhirnya, satu hari tu aku menjadi Sleeping Beauty tidur daripada tengahari sampai kol 5 petang. Hampeh betul! Hahaha :p


Owh cantiknya aku tidur camtu~ Hahahaha :p Okay bye!


Monday, 6 July 2015

Cadbury Marvellous Creation Se-Marvellous Iklannya!!

Salam.
Chocolate lover sekalian, sudahkah anda try coklat Cadbury yang baru tak berapa nak baru ni? Serius berbaloi dan best!


Aku ni tak boleh tengok iklan-iklan yang menarik kat TV. Mesti terasa nak try. Lagi pulak iklan Cadbury Marvellous ni ala-ala movie Charlie & The Chocolate Factory tu, lagi lahhhh aku nak!!


Edisi Marvellous ni ada dua flavour, satu kekacang, satu lagi jelly popping candy. Aku beli yang Jelly sebab teruja nak tahu camnekah rasanya plus, aku memang suka Cadbury Black Forest yang dalam dia ada jelly2 jugak kan.


Gigih beli yang saiz besar semata-mata nak tengok corak bar dia yang ada pelbagai bentuk tu. Excited gila! Aku suka benda-benda kreatif camni. Hahaha :p Tengoklah ketebalan coklat tu, sangat sayang aku nak makan..hahah


Kalau beli yang kecik, bentuknya macam tu je..tak best..hehe..btw, kecik atau besar, rasanya memang se-Marvellous iklannya! Nak tau sebab apa??

Sebab untuk flavour jelly ni, dalam dia ada serbuk letup-letup!! So, kalau makan, di hujungnya tu kita akan feel perasaan letupan-letupan kecil atas lidah. Owh bestnyaaaaaa!! Aku memang suka coklat ni!!!


Sekian, selamat mencuba coklat ini. Hihihi~