Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 17 May 2015

Manfaat Program Mykad Smart Shopper kepada peniaga

(Sticky Post - Sila Scroll bawah lagi untuk baca entry terbaru. Terima kasih) :D

Salam.


Okay ni entry sambungan daripada entry lepas tentang Affiliate Marketing dan Affiliate Junction. Bagi yang first time nak baca ni, better baca entry INI (klik) dulu supaya lebih faham. Hehehe :D

So, throwback sedikit daripada entry tersebut, aku dah listkan 3 pihak yang sekaligus mendapat manfaat daripada program Mykad Smart Shopper ni. 3 pihak tersebut adalah...

i. Ahli Affiliate itu sendiri
ii. Perniagaan / Kedai
iii. Pemilik Mykad iaitu rakyat marhaen macam kita ni

Jadi, dalam entry ni, aku akan terangkan bagaimana ahli Affiliate dapat membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Okay, berpandukan maklumat dalam gambar di atas, aku rasa hampir semua usahawan dan peniaga mengalami masalah yang sama, risiko yang sama. Ambil contoh; kita jual tudung, berapa ramai yang pun jual tudung macam kita?? RAMAI GILAAAAA KAN??? Bila dah ramai, confirmlah persaingan yang berlaku sangat-sangat hebat!

Bila persaingan dah hebat, kena lah usaha segigih mungkin untuk tarik pelanggan. Sekarang ni, jenama tudung dah mula diiklankan di TV dan radio. Bukan sikit tau kos untuk buat iklan macam tu. Bagi yang dah establish macam Aidijuma or Fareeda boleh lah buat iklan TV ye tak. Kalau peniaga-peniaga kecil yang berniaga kat pasar malam ke kat kedai kecik ke, mungkinlah tak mampu. Kesian kan? Haa..sebab tu lah ahli Affiliate tawarkan khidmat untuk membantu golongan-golongan peniaga macam ni supaya dapat beat persaingan tanpa keluarkan kos iklan yang besar! Bagaimana??

i. Daftar dengan Affiliate

ii. dan Ahli Affiliate akan sebarkan nama kedai dan perniagaan anda kepada beribu-ribu pemegang Mykad untuk menarik mereka berbelanja di kedai anda, dengan menawarkan diskaun kepada mereka.

*Jumlah % diskaun ditentukan sendiri oleh peniaga ikut kemampuan mereka.

Kenapa perlu bagi diskaun? 

Bayangkan anda di tempat customer, nak beli tudung, imagine dalam mall je lah, kalau ada 5 kedai yang jual tudung dalam tu. Mestilah mana-mana kedai pun harga lebih kurang je kan?

TAPI, imagine kalau anda tengok ada satu daripada 5 kedai tudung tu ada lekat sticker (berdaftar dengan Affiliate), dan anda dah sedia maklum kedai tu akan beri anda diskaun, mustahil ke tak kalau anda pergi kedai tu dulu daripada pergi kedai-kedai yang lain? Mestilah tak mustahil kan? Siapa yang tak suka diskaun?? :D

So, kepada para peniaga sekalian, cuba bayangkan kedai yang berdaftar tu kedai anda, bestkan? Tak payah susah-susah bayar designer untuk buat iklan promosi guna banner bunting flyers untuk dapatkan customer, sebab tu semua ahli Affiliate punya kerja.

Kemana diskaun itu pergi? Apa beza potongan diskaun dengan kos iklan?

Okay, sini kena faham betul-betul supaya peniaga tak rasa tertipu ataupun kerugian. Potongan diskaun itu akan dibahagikan kepada dua iaitu untuk Ahli Affiliate (sebagai komisen), dan untuk customer (sebagai diskaun cash rebate yang akan dimasukkan dalam Mykad). Sebenarnya, ia lebih kurang sama, TETAPI, pemberian diskaun itu lebih menjimatkan berbanding dengan kos iklan. Kenapa??

Kos pengiklanan
- Kita kena ada duit dulu baru boleh buat design.
- Kos design dan pengiklanan adalah tinggi.
- Peniaga akan tanggung kerugian sekiranya masih tak dapat
  customer setelah pelbagai design promosi dan iklan telah dibuat.

Diskaun
- % potongan diskaun ditetapkan sendiri oleh peniaga.
- Ahli Affiliate akan membantu promosikan kedai dan perniagaan anda secara percuma, anda tak perlu sediakan duit (kos) macam nak buat iklan.
- Peniaga tak menanggung kerugian sekiranya masih tak dapat customer SEBAB, peniaga takde dahulukan apa-apa duit untuk khidmat ahli Affiliate.



Jadi, daripada semua ini, aku simpulkan bahawa jika peniaga mendaftar dengan Affiliate, mereka akan mendapat
5 manfaat utama daripada iaitu :

1. Kedai / perniagaan mereka akan lebih menonjol walaupun ada persaingan yang hebat.

2. Mereka dapat kurangkan / sifar kos pengiklanan

3. Kurang tanggung kerugian sebab ahli Affiliate tawarkan khidmat 'offline Affiliate' secara percuma

4. Dijamin dapat 'mengumpul' return customer kerana keistimewaan cash rebate yang dimasukkan dalam Mykad customer apabila customer berbelanja di kedai mereka. So, mestilah customer pergi balik kedai tu untuk redeem cash rebate tu dan akan tambah duit jika point tu tak cukup :D

5. Perniagaan peniaga lebih maju dan berkembang kerana ramai orang datang, dan pastinya mereka akan sebarkan keistimewaan berbelanja di kedai anda pada kawan-kawan dia, sedara-mara dia, sebab kedai anda ada diskaun dan cash rebate :)

******************************************
Dan sekarang kepada para peniaga dan usahawan sekalian, nak tahu mengapa anda perlu cepat-cepat berdaftar dengan Affiliate??

Sebab Affiliate akan mengehadkan jumlah kedai yang ingin mendaftar dengan mereka. Contohnya, dalam satu shopping complex, ada 5 buah kedai makan di foodcourtnya. Walaupun kelima-lima kedai mungkin memohon untuk mendaftar dengan Affiliate, TETAPI Affiliate tidak akan approve semua. Kenapa???

Sebab kalau dah semua kedai pun daftar Affiliate, jadi sama jugaklah kan, persaingan tetap berlaku. Sebab tu, Affiliate hadkan, contoh hanya 2 kedai daripada 5 kedai je boleh di-approve pada suatu-suatu tempat tu. So, konsepnya...

Siapa cepat daftar, dia dapat! (n_n)

Okay itu saje, stay tune untuk entry ketiga berkenaan projek Affiliate Marketing dan Affiliate Junction ni, iaitu 'Manfaat Program SmartShopper kepada pemegang MyKad' .Klik SINI untuk baca entry tersebut. :)

P/s : thanx sudi baca :)


1 comment:

Unknown said...

Good info. TQ for sharing weh haha