Friday, 13 October 2017

Coffee Scrub & Lip Scrub Terbaik Pernah Aku Guna

Salam :)
Hi all~ this is my quick review about COFFEE SCRUB DAN LIP SCRUB by Naetis ni.

Al-kisahnya, suami aku lah yang nak. Asalnya dia nak beli sabun kopi viral yg murah kat FB tu sebab dia rasa kulit dia macam makin gelap dan berminyak, tapi aku cakap nantilah aku carikan yang lain. Sebab aku pernah terbaca sabun kopi tu jenis pakai kopi timbang punya dan takdelah berkesan sangat. So, survey punya survey aku terjumpalah Coffee Scrub Naetis ni. Baca feedback semua nampak positif, plus packaging menarik. Aku ni tak boleh tengok benda bagus dalam packaging yg hipsturrr, memang terus berkenan.. Hahah! Maka, terbelilah item-item seperti berikut~

COFFEE SCRUB by Naetis

Ni suami aku yang rasmikan, yelah sebab memang beli untuk dia kan~ Balik kerja hari tu, dia terus guna. Lama jugak lah sebab ber-scrub kan. Tapi tiba-tiba lepas je dia siap mandi, dia macam tak sabar-sabar nak tengok diri beliau kat depan cermin. Siap bukak lampu ngko~ Dah lah asyik sebut "Ya Allah~ Ya Allah~" Aku pulak yang cuak menengoknya. Kah!

Aku masuk bilik tengok-tengok beliau sedang kekaguman dengan diri sendiri kat depan cermin. Ala2 cermin ajaib tengah bagitau beliaulah lelaki paling kacak di dunia. Hahaha :'D Nak tau apesal??

Sebab dia kata Coffee Scrub Naetis tu berkesan betul kat dia! Daki2 dan few dark spot kat badan dia dah berkurang dan jadi cerah. Paling dia tak sangka ialah celah lengan dia dh jadi cerah, takde macam gelap-gelap lagi dah hilang terus. Aku pun macam a'ah laahhh... baru aku perasan kecerahan masa tu agak lain macam cerahnya. Hahaha~

Then aku tanya, "Awak pakai kat muka sekali ke scrub tu?" Dia cakap Ha'ah! Aku pun patutlahhhh muka dia nampak cerah berseri habis macam ada Nur gitu. Hahaha serius aku tak tipu. Situasi ni memang betul-betul berlaku masa dia first time guna Coffee Scrub Naetis tu!

Aku pun apa lagi terus lah tetiba nak ber-scrubbing jugak tetengah malam tu. Tak nak kalah gak, mana boleh suami cerah dpd kita kan~ Hahahah :'D Keluar bilik air, phew~ muka jadi cerah berseri dan some of my dark part kat badan memang pudar dan jadi cerah dah. Aku macam seriuslahh wehh~~

LIP SCRUB by Naetis

Ok, ni paling best aku nak cerita. Aku ni jenis kulit bibir sangat cepat kering dan pecah-pecah. Disebabkan tu aku sangat tak boleh pakai lipstick lagi2 jenis yg matte tu. Pakai lipstick pun selalu kena touch up sebab kulit bibir cepat je kering semula even dah pakai lip balm before apply lipstick. Kira bibir aku ni gila hardcore punya tahap kekeringan dia lahh~

Before ni pernah guna scrub brand lain tapi hampeh sama je pergi dia. Tak percaya dah scrub2 ni, tapi dah alang2 beli Coffee Scrub tu utk suami aku kan, aku pun gatal selit lah sekali order Lip Scrub Naetis ni.

Malam yang aku pakai Coffee Scrub tu, aku pakai jugak Lip Scrub Naetis ni. Hasil dia?? Phew~ gila memuaskan sungguh! Terbaiklah weyh, baru pakai sekali je kot. Efek dia sampai 4-5 hari straight bibir aku dah tak mengelupas kering dan tak pecah-pecah. Aku mcm whatt??? Apakah ini???

Lagi satu, aku memang dilahirkan dengan bibir atas yang agak gelap berbanding warna bibir bawah. Siapa cakap aku smoking tu dia kurang ajar! Hahaha...so lepas few times apply Lip Scrub ni, nampak lah perubahan warna dia dpd gelap kepada marroon gitu haa~ Sangat best!!

Confirm aku akan repeat order scrub-scrub ni nanti kalau dah habis guna! Sebab suami aku pun dah macam addict dengan scrub ni, seminggu adalah 3-4 hari dia ber-scrubbing lepas balik kerja. Sebab dia kerja jauh naik motor, balik memang berminyak muka. Lepas scrub memang kulit muka dia jd kering takde minyak, tapi still moisture.

Antara produk lain yang aku dah guna jugak adalah:




Trust me, aku sangat berpuas hati betul lah dengan produk Naetis ni. Semuanya Alhamdulillah menampakkan hasil macam yang aku baca dpd feedback2 customer diorang. Patutlah ramai yang repeat order. Memang best rupanya~ Hahah :D


So ni rangkaian produk dpd Naetis. Cuma Clay Mask dgn Body Polish je aku belum try. Lain semua dah, sebab tu aku berani nak share feedback dan sangat rekomen kat korang tentang produk2 ni semua. Owh ye, yg bulat padu tu Bath Bomb ya~ even rumah takde bath tub, still boleh beli untuk bawa masa nak g honeymoon atau g travel. Kat hotel ada bath tub kan~ yummy! Rm15 je tu sebiji.


Btw, sekarang tengah ada Deepavali Promo tau, kalau korang nak, boleh selit order Lip Scrub dengan Lip Balm jugak sempena offer Deepavali ni tau! Jimat sikit sebab sekali postage :D

So, boleh tengok kat my shop IG: damya_shoppe untuk tengok more testimonies, offers, or details lanjut semua ada kat situ. Kalau malas, boleh whatsapp je saya di 017 7994965 ya :) Nak tanya pape boleh wassap terus tau, aku sangat jarang bukak blog skang ni. Tanya je, tak beli takpe :D

P/s: Ini produk homemade tau, bukan jenis timbang2 punya :D

Thursday, 10 August 2017

Kisah Ngeri Mak Aku dengan Minyak Petrol

Salam (n_n)

Haa, mak aku ni kadang-kadang bijak dia mengalahkan para cendekiawan yang berjaya. Kan dah kena! Nasib baik takde pape sangat even sangat-sangat merbahaya kejadah yang dia buat tu hadoilahh~ Nak tau ape cerita? Meh kasi baca sampai habis okay!

Selalu balik kampung untuk bersihkan rumah nenek

Nenek aku ni dah tua sangat, jadi disebabkan itu beliau dah jadi pelupa dan sangat bahaya kalau tinggal sorang-sorang. Jadi, bergilirlah nenek aku dibawa ke rumah anak-anak untuk dijaga di sana. Dan tinggallah terbiar je rumah nenek tu begitu.


Jadi, mak abah aku selalulah balik untuk kemas pape yang patut. Yang terbaru ni diorang dengan adik aku bergotong-royong tebang mana-mana pokok dan semak-samun yang terbabit dalam menyemakkan halaman rumah nenek aku. Cumanya masa hari kejadian tu, mak aku balik sorang je. Abah dengan adik aku tak dapat ikut sebab ada orang datang nak betulkan dinding bilik air kat rumah kami tu hah.

Bermulalah aktiviti menyapu halaman rumah nenek

Banyak kali jugak dah mak aku balik sorang je untuk kemas rumah nenek tu, tapi takdelah membakar sampah. Tapi nak dijadikan cerita, hari tu mak aku sapu laman rumah. Dah kumpul-kumpulkan daun kering semua, mak aku pun curah lah dengan minyak petrol.

Before ni memang bakar guna minyak tanah, tapi sebab dah selalu sangat beli minyak tanah kat satu kedai tu sampai dah malu nak beli lagi, jadi mak abah aku decide guna minyak petrol. Nampak tak kebijakan diorang ni? Hahah :p Before tu abah aku dah pesan kat mak aku, nak hidupkan api tu nanti jauh-jauh, sebab petrol ni menyambar gitu. 

So, mak aku pun lepas curah sikit petrol tu, dia amek sebatang ranting kayu yang tak berapa nak panjang lah pun adoi. Hidupkan api kat ranting pastu konon nak jolok lah ke timbunan sampah tu, sekali terus menyambar ngkau!

Mak aku terlambung tercampak sejauh 2 meter ke belakang!!!

Aku yang dengar mak aku citer masa tu dah rasa nak pukul-pukul je mak aku sebab bakar sampah dengan minyak petrol. Menci! Menci! Nasib baik lah mak aku citer-citer tu sambil gelak2, so aku macam bongek lah mak! Bongek lah mak ni!! Hahaha~ dalam hati syukur ya amat takde pape jadi kat mak aku cuma muka je lah rasa panas lepas tu. Then tulang belakang tu weh, nasib takde pape. Hadoi pening aku. Dah lah balik sorang-sorang, bijaksana sungguh mak aku sorang ni.. grrrr!

Tapi dalam takde pape pun, tangan mak aku jadi macam lebam-lebam gitu. Aku pun tak tau kenapa, mungkin efek akibat tercampak tu kot :'( Wuwu, dah lah pastu yang paling lawak. Kening beliau macam terbakar sikit. Jadi pendek-pendek je kah!kah!kah! Nasib sikit je kalau semua, tak ke jenuh aku nak kena tengok tutorial cara melukis kening! Siap ketumbit plak mata mak aku lepas tu. Hadoilahhh... kesian gila kat mak aku, tapi berdekah-dekah jugak aku gelakkan! Hahaha :D

Gitu lah citernya. Rupanya before tu abah aku pun dah kena cumanya takdelah tercampak macam mak aku kena. So, itulah sedikit drama action emakku di halaman kampungnya. Alhamdulillah takde pape. Haiii lahh emak....emakkk...

P/s: suka buat anak dia ni sakit jantung. Dah lah dulu pernah nak repair lampu lap-lip pastu meletup lampunya. Sabo je lah haih!


Tuesday, 8 August 2017

Mari Melantak di Kafe Seringgit Sembilan Posen (Eat & Repeat Cafe)

Salam!

Dah lama rasanya aku tak update entry makan-makan kat blog ni kan? Hahah, sebenarnya ada je aku try cafe-cafe baru cumanya tak sempat pula nak review kat sini. Tapi cafe yang ni, aku cuba jugak untuk review secepat mungkin sebab ianya sangat menarik dengan konsep yang sama ala-ala Boat Noodles! Di mana??

Kafe Eat & Repeat, Bandar Baru Bangi

Ya! Inilah rupa kafenya daripada luar. Simple macam kedai biasa-biasa je kan, tapi harga sangat best dan menunya saaaangatlah sedap sangat-sangat!

Ini pulak menu dia. Owh ya, tadi aku ada mention yang konsep kafe ni ala-ala macam Boat Noodles kan? Sebabnya di Kafe Eat & Repeat ni, menunya dihidangkan dalam small portion yang mana harganya cuma Rm1.90 sahaja setiap satu. So, boleh lah makan sikit-sikit dan raaaaasa semua menu yang ada dengan senang hati tanpa rasa takut tak habis makan/ rasa tak mampu nak bayar. Dan disebabkan air dia pun sama je harga dengan menu-menu dia, maka di belakang menu tersebut dah siap sedia dah dengan sifir RM1.90 supaya senang nak kira. Memang best!!


So, jom tengok apa yang kami order malam tu :)


Dari atas kiri:
Macaroni Goreng, Pulut Mangga, Lontong, Nasi Lemak, Nasi Putih Ayam Cincang.

Dari bawah kiri:
Mi kari, Nasi Impit Rendang Ayam, Nasi Putih Ayam Kunyit dan Nasi Putih Ayam Cincang.

Haa...ni makan 4 orang je pun, tapi setiap sorang order 2 mangkuk gitu sebab size hidangan dia sikit-sikit kan. Untuk 1st round aku order mi kari, nasi putih ayam cincang dan pulut mangga.

Perghhh! Sedap tak hingat~ Kahkahkah :D Nasi Putih Ayam Cincang dengan Pulut Mangga tu is very highly recommended!!! Sedap ya amat... nyampah tau! Sedap gila... hahaha mi kari kureng sikit sebab aku pernah rasa yang lagi sedap, tapi lagi dua menu tu memang best!! Air bandung dia pun manis dan just nice :D

Suami aku dia ada order nasi lemak untuk 1st round, dia kata sedap gila! So, untuk second round aku pun oder lah nasi lemak jugak. Kah! Dia oder jugak nasi lemak tu weh untuk 2nd round. Sedap bebenor lah tu :p

Ni lah rupa nasi lemak tersebut. Dan rasanya, ya Allah sedap jugak! Sambal dia memang terbaik. Telur dia pun even telur dadar yang dipotong-potong tapi ia tebal. Takdelah nipis seperti sehelai kain yang biasa kita dapat kalau beli nasi lemak singgit kan? Hahaha... memang sedap! Nyum~nyum~

Dan inilah hasilnya daripada kami berempat malam tu. Kalau adik aku ikut sekali malam tu confirm lagi tinggi mangkuknya tu bersusun. Hahaha~ so overall makan di sini sangatlah berbaloi, sangat berpuas hati, servis dan layanan tip-top, makanan dan minuman sedap dan harga yang berpatutan. Aku memang sangat rekomenkan korang untuk melantak habis-habisan di sini! Hahaha :D

So untuk location, korang ada Waze kan? Haaa... waze je lah sonang yo! Zaman teknologi dah canggihkan, pasti tak sesat punya. Jadi, selamat melantak di Kafe Eat & Repeat pada harga yang mampu milik! Haha :D

P/s: Next time kalau dapat pegi lagi aku nak order nasi lemak 1x dengan pulut mangga 2x. Pergh, bersantan semuanya confirm ngantuk lepas tu. Hahah :p

Monday, 31 July 2017

Eksperimen Pampers Terhadap Baby Diang Marissa

Salam (n_n)
Amboi, bunyi eksperimen tu macam kejam sangat je kan. Tapi biasalah, kita sebagai ibu-ibu yang newbie ni mesti semua benda pun kita nak tengok dulu... nak kaji dulu sesuai ke tak dengan anak kita, nak kenakan dengan harga lagi mampu ke tidak, kan? Termasuklah penggunaan pampers dan wet tissue. Berikut adalah antara pampers dan wet tissue yang pernah anak aku guna, dan kesan kepada kulit punggungnya.

1. Pet Pet Newborn (NB)
Pet Pet ni aku beli kat Lazada, 4 pek lebih kurang Rm80 lebih je termasuk kos penghantaran. Sangat berbaloi kot sebab kitorang kira-kira balik, adalah save dalam 40% berbanding beli kat pasaraya. Baby aku masa lahir sangat kecik, jadi even pakai newborn pun still longgar :'(. Tapi Pet Pet okay, biar pun longgar dia tak bocor, plus aku selalu jugak tukar pampers nya. So takde lah ruam sangat. So far Pet Pet memang okay untuk beliau.

2. Drypers Touch Premium Softness
Yang ni kami dapat atas ihsan boss suami aku. Anak dia pun lahir dekat-dekat je dengan tarikh anak kami lahir, beza seminggu dua camtu je kot. Haha, so anak dia dah tak muat pakai S, lalu dia sedekahkan lah kat kami pampers ni bersama pampers Mamy Poko. Tapi aku citer pasal Drypers dulu okay.

Aku tak tau sama ada bontot anak aku dah membesar ke apa masa tu, tapi pakai Drypers selalu bocor time anak aku melepas secara banyaknya pada suatu-suatu masa. Bila bocor ia pastilah melimpah sampai ke tilam kan, so her mommy is sooo stress.. haih! Sejak kebocoran berlaku 2x dalam masa tak sampai 1 jam pun, aku trauma nak guna. Kah! Kalau nak pergi berjalan pun, memang aku tak berani nak guna Drypers. Rasa insecure gitu, chewah!

3. Mamy Poko
Haa.. Mamy Poko ni pun hasil pemberian boss suami aku jugak, cuma kami tak dapat dalam plastik dia, so tak tau mana satu jenis yang dia bagi tu. Cuma kami tau ia adalah saiz S semata. Tapi yang bagusnya, even dia saiz S pun, saiz S dia tu agak besar berbanding saiz S jenama Pet Pet dan Drypers. Amatlah selesa dan tenang bila mommy pakaikan Diang pampers jenama Mamy Poko ni. Corak pun cantik u'olls~ Al-maklumlah pempuan kan memang suka ada corak-corak comel ni, padahal bukan nampak pun kalau dah baby dipakaikan seluar. Ha samelah dengan jenama pad yang ada corak-corak love dekat pad dia tu, sebab wujud golongan macam kitorang lah pad macam tu boleh laku tau~ Padahal diri sendiri je yg nampak corak tu kan~Hahaha!

So, Mamy Poko memang best! Tapi regenya pulak lah agak mahal. Kena lah consider brand lain pulak. Dalam kepala memang dah fikir nak consume Pet Pet saiz L je.

4. Kiddo
So, masa pampers hasil pemberian boss dah habis, kitorang kelam-kabut nak cari pampers sebab terlupa nak beli stock. Kah! Cari punya cari, suami aku suggest try jenama Kiddo ni. Harga murah dalam Rm22 je gitu. Ada corak-corak lagi tau, comel! Haha...dan ya Allah bestttt gilaaaa jenama ni. Serius lah, tak bocor, pastu macam tebal je pampersnya. Selamat lah kiranya untuk guna memalam tu, takde lah bocor. Nak bawak anak jalan-jalan memang standby je pampers jenama ni. Sangat murah dan kualiti dia bagus pulak tu! Memang terbaik!

******************************
So, sekarang ni aku terpaksa pulak guna Pet Pet lagi sebab jenama Kiddo tu tak semua pasaraya ada. Tapi, Pet Pet memang okay jugak. Harga boleh lah berbanding yang lain, kualiti pun okay! Dan yang paling penting kulit bontot anak aku tak ruam. Sekian, perkongsian daripada saye :D

P/s: Cuma pernah sekali ruam tapi tu sebab guna wet tissue murah. Nasib ada beli satu produk ni, cepat baik ruam dia tu. Produk apa? Haa... nanti aku review okay! :D

Email Baru Untuk Review Produk Melalui Blog Lynndamya

Salam (n_n)
Terlebih dahulu, saya nak minta maaf lah pada sesiapa yang ada email saya di lynndamya@yahoo.com atas urusan nak review barang. Email tersebut dah lama tak guna sebab ada satu ketika tu, ia macam bermasalah pulak. Sangat lembap nak view even internet masa tu laju gila.

So, saya tukar email baru. Tapi amatlah terlupa nak update dekat blog tentang penukaran email baru tersebut. Ni teringat nak update pun sebab tergerak nak bukak email yahoo tu, ya Allah banyaknya orang email saya nak minta reviewkan barang. Sorryyyyyyy sesangat sebab tak reply :'( Mesti ingat kita berlagak kan..wuwu

Jadi, pada sesiapa yang berminat nak promosikan produk anda melalui blog saya, boleh lah email butirannya ke EMAIL BARU SAYA iaitu:

lynndamya@google.com

Servis Review Produk Serendah RM99 sahaja!!

- Entry bergambar dengan gaya penulisan yang santai
- Tiada tempoh masa (entry akan kekal di blog saya kecuali anda yang meminta untuk memadamkannya)
- Anda boleh copy paste link review saya untuk tujuan promosi anda

Berikut merupakan antara sample product review yang saya dah buat, klik kalau nak lihat ya:



Jadi, pada sesiapa yang berminat nak promosikan produk anda melalui blog saya, boleh lah email butirannya ke EMAIL BARU SAYA iaitu:
lynndamya@gmail.com

Sekian, terima kasih (n_n)

Friday, 28 July 2017

4 Perkara Yang Biasa Dialami Oleh Newbie Mom Yang Jarang Diceritakan

Salam (n_n)
Semua pasangan yang dah berkahwin amatlah tertunggu-tunggu detik isteri disahkan mengandung dan amatlah gembira untuk menunggu cahaya mata yang bakal dilahirkan kelak. Kita memang tahu anak-anak adalah rezeki kurniaan daripada Tuhan, tetapi apa yang kita tak tahu adalah alam keibubapaan yang bakal kita hadapi nanti adalah seperti kapal yang terumbang-ambing mengikut arus laut. Ada masanya tenang, ada masanya bergelora. Yang tenang ini selalu kita dapat lihat dikongsikan di laman-laman sosial, tetapi yang bergelora itu pula selalu ibu-ibu sembunyikan. Kenapa ya?
Sebab semua ibu yang sudah 'berjaya' akan mengatakan itulah motherhood thrill, itulah motherhood yang perlu dinikmati, itulah ini...dan itulah itu. Ia memang dorongan yang positif tapi dalam masa yang sama ia turut memberi aura negatif terhadap ibu-ibu yang masih mentah dalam alam keibubapaan ini, lagi-lagi yang baru dapat anak pertama. Mereka akan rasa diri mereka seperti ibu yang jahat, mereka rasa rendah diri kerana menganggap diri mereka gagal untuk jadi seperti ibu-ibu yang dah berjaya. Justeru, untuk mengelakkan rasa-rasa negatif tersebut, saya kongsikan sikit 4 perkara normal yang akan dirasai oleh Newbie Mom:

1. "Alangkah bagusnya kalau saya belum ada anak..."

Semua orang nak anak, tapi buat Newbie Mom, pasti akan terdetik perasaan seperti ini kerana mereka membandingkan kehidupan mereka semasa sebelum dengan sesudah mendapat anak. Ianya adalah normal, semua ibu macam ni dan ianya bukan mudah untuk sesuaikan diri dengan segalanya yang berkaitan dengan alam keibubapaan.

Contohnya Newbie Mom akan terdetik, bestnya dulu boleh travel ke sana ke mari, tapi semenjak ada baby nak berjalan dekat pun risau baby meragam. Bestnya dulu balik kerja je, boleh terus tidur tapi sekarang nak kena jaga dan tidurkan baby dulu dan sebagainya.


2. Stress dan hilang sabar bila anak asyik meragam
Walaupun dah tukar pampers, walaupun dah bagi susu, walaupun dah pastikan dia terlalu sejuk atau panas, baby tetap nak merengek-rengek. Paling teruk bila dia menangis nak tidur, tapi bila kita dodoi baby tetap nak melalak juga. 24 jam mahu berdukung tetapi tak mahu tidur jugak. Walaupun seorang ibu penuh kasih dan sayang, tetapi rasa marah dan penat itu juga ada menyebabkan kita meninggikan suara, terpukul, tergoncang dan tertepuk punggung anak dengan kuat agar baby dapat tidur cepat.

Kewarasan tidak akan menjamin ketika kita sedang marah. Inilah yang perlu dikawal dan Newbie Mom pasti akan pernah mengalami situasi ini. Redakanlah marah dahulu, dan sesetengah orang tidak cukup hanya dengan beristighfar untuk bersabar sebab mereka perlu mengekspressikannya. Jadi, kalau dengan cara menumbuk dinding boleh tenangkan anda, tumbuklah. Kalau dengan menghempas-hempas barang boleh tenangkan anda, hempas lah asalkan tidak mencederakan baby. Btw, kalau ada punch bag pun lagi bagus, kan?

3. Rasa bersalah yang meluap-luap

Ini adalah kesinambungan daripada tindakan Newbie Mom yang termarah, tergoncang, terpukul dan tertepuk baby dengan kuat akibat rasa marah dan stress. Rasa bersalah terhadap anak. Inilah yang membuatkan ibu-ibu selalu menangis tak kiralah daripada anak tu kecil hinggalah mereka besar. Ibu akan menangis kerana rasa bersalah akibat termarah anak. Ia adalah suatu perasaan yang tak boleh digambarkan betapa bersalahnya seorang ibu, lagi-lagi jika terhadap seorang bayi.

Marah, tapi lepas tu kesian, sedih, rasa bersalah sampai menangis-nangis minta maaf kat baby. Baby pun senyum sebab memang mereka tak faham apa-apa. Hati dan minda mereka tidak menyimpan sebarang dendam walaupun baru lepas kena marah atau tepuk dengan ibunya. Inilah dilema seorang ibu yang sangat meruntun jiwa dan raga seseorang yang bergelar ibu. Yelah, sebab ibu je yang banyak marah anak berbanding ayahnya, kan?

4. Nak dengan suami saje...

Ini biasa terjadi bila dapat anak pertama. Fasa-fasa permulaan ketika baby masih kecil amatlah terasa memenatkan. Ketika ini Newbie Mom akan rindu detik-detik bersama suami yang mana hanya dia dan suami saja, berdua. Tiada orang lain yang perlu difikirkan, dan tiada orang lain yang perlu diberikan perhatian yang banyak. Hanya suami. Ini adalah normal kerana ia termasuk dalam proses penyesuaian diri.

*********************
Apapun, perlu diingat. Ianya adalah normal jika Newbie Mom berperasaan macam ni di peringkat permulaan dan anda tidak perlu rasa bersalah atau rasa diri anda adalah seorang ibu yang jahat. Masih terlalu awal untuk merasa diri anda gagal menjadi ibu yang baik, dan masih terlalu awal untuk para suami merasa pasangan anda seorang ibu yang gagal.


Dealing with baby is not easy and the struggle is real. Keep going, mommies! And no matter what, don't give up :)

P/s: aku tulis ni sebab tengah stress baby nak beralih bulan. Dia punya melalak kalau kita tak dukung, aduhaiiii.... boleh kena darah tinggi kalau hari-hari dia macam ni... hmmm


Monday, 17 July 2017

Pengalaman Balik Kampung Naik Flight Bersama Baby Umur 2 Bulan

Salam :)
Hoyeah! Hoyeah! Kalau tahun lepas kitorang balik raya ke Johor naik ETS dan KTM, tahun 2017 ni kitorang balik kampung naik kapa gebang lah pulak. Haa amek kau dia punya upgrade tu kan, kapa gebang terus! Hahah :p

Sebab kitorang belum ada rezeki nak beli kereta, maka agak pening jugak cari solution camne nk balik Johor daripada Bangi ni, yelah sejak dah ada baby ni (umur 2 bulan lebih masa tu), tak boleh lah nak balik senang-lenang macam dulu lagi. Kalau naik bas, buatnya dia meragam... tak ke haru mak bapaknye ni haa~

Pilihan pertama konon nak naik ketapi tapi nak yang ada bilik punya, rupa-rupanya ketapi ada bilik tu dah takde lagi dah. Sedih betul :( At last, suami aku cakap;

"Tinggal satu je lagi cara, tapi takut awak tak nak pulak"

"Apa dia?"

"Naik flight"

Aku cam owh...okay. Untuk pengetahuan korang, aku tak pernah naik kapa gebang sebelum ni dan aku memang takut nak naik. Aku siap cakap dengan suami aku masa awal kahwin dulu, tak payah honeymoon kat luar negara ea, saye tak nak naik flight. Hahah! Tapi bila dalam kes macam ni, dah takde pilihan. Okay kan ajelah, kang tak balik beraya kat Johor lah pulak, hahah~

Cerita di Airport

Bangun awal pagi kan sebab tiket aku kol 10.30 gitu. So, ontheway ke airport, Diang dah membuta balik dah. Sampai airport, check in semua dah setel dia masih tido. Masa duduk tunggu flight dia dah terjaga tapi okaylah sebab dia masih diam je.

Dalam hati aku sebenarnya berdebar je sebab dengar pengalaman orang bawak baby naik flight, mesti menangis masa kapa gebang naik dan turun sebab masa tu berlaku perubahan tekanan dan baby akan dengar bunyi 'pop' tanpa henti di telinga mereka. Sebab tu diorang nangis, sebab sakit dengar bunyi tu. Tapi tu lah, terus berdoa dalam hati supaya baby Diang tak nangis nanti. TETAPIIII...

Masa beratur nak masuk dalam flight tu, boleh plak Diang meragam. Nasib baik meragam tak lama, so sempatlah mommy bergambar-gambar dengan ber-backgroundkan kapa gebang masa tengah que tu~ Hahah




Dalam Kapa Gebang

Kitorang naik Air Asia, first time masuk je aku cam ya ampun, sesaknyeee la hai. Bas ekspress pun lagi luas dan selesa kau tau. Seat dia dengan seat sebelah boleh buat gaduh kalau tersinggul bahu or siku. Sungguh rapat. Nasib aku duk sebelah suami, sebelah suami ada Uncle cina.

Baby Diang?? Baby duk dengan aku masa tu sebab kapa gebang kecik camtu memang takde seat khas untuk baby. Dia cuma bagi kita baby safety belt yang disambung pada safety belt si ibu. Diang masa tu dah rimas, dia dah start merengek dan nangis. Last2 daddy dia cuba dukung dan pujuk. Nasib diam dan terus tertido.

Camtulah position kitorang sepanjang dalam flight. Aku dapat seat tepi tingkap. Baby suami yang dukung sebab dia nak dengan suami. Jap lagi nak berlepas dah. Aku dah standby siap-siap sarung kepala dia dengan topi pastu tekap kapas banyak-banyak kat telinga dia. Terpaksa buat macam tu sebab cari baby earplug merata, tapi tak jumpa jugak!

Tawakkal je doa supaya baby tak nangis mase berlepas jap lagi. Orang kata, selain tutup telinga baby, susukan baby masa berlepas tu pun boleh untuk elak baby nangis, tapi dah Diang tido, maka kami berusaha agar beliau tidak terjaga masa berlepas tu.

Up! UP! And awayyyy~~~

Akhirnyaaaa Alhamdulillahhhhh, masa sepanjang berlepas tu baby Diang tidur dengan nyenyaknya sekaligus membuatkan beliau tidak menangis. Legaaaa teramat! Aku yang first time naik kapa gebang ni memang dah hilang dah rasa takut, sebab lagi takut fikirkan kalau baby mengamuk. Hahah!

Masa nak mendarat

Okay, ni satu hal jugak tapi Alhamdulillah jugak masa ni baby macam mamai-mamai dan mengantuk lagi so tak menangis. Tapi dia nangis jugak masa kapa gebang tengah pusing-pusing kat track untuk berhenti. Kuat juga lah dia merengek maybe sebab dah rimas. Tapi lepas je turun flight dia mula okay dah :D Yahooo!!
ROCKABYE BABY, ROCKABYEE~~

Sampai sudah, Alhamdulillah (n_n) Actually sepanjang atas kapal terbang tu perasaan aku agak bercampur-baur sikit. Rasa terharu, rasa sebak dan rasa gembira semua ada sebab aku sangat berterima kasih kat suami sebab berjaya tidurkan si Diang tu. Kalau tak, mesti dia merengek dan nangis2. Wuwu..


Okay, tu saje lah kisah kami naik kapa gebang masa balik raya ke Johor masa tu. Paling tak boleh lupa, bila sampai je dah nampak mak abah aku sambut kitorang daripada jauh. Kitorang sampai je kat diorang, mak aku terus amek baby pastu terusss je jalan menonong nak pegi kereta dengan abah aku. Sikit pun tak layan anak menantu dia ni haa lah sadis sungguh! Tunggu beriya sebab nak sambut cucu je rupanya! Hahaha~ hampeh betul.. (-..-')

Tips Tak Nak Bagi Baby Menangis Masa Kapal Terbang Berlepas atau Masa Mendarat

1. Tutup telinga baby (guna earplug / topi tutup telinga / tekap kapas kat telinga baby)

2. Susukan baby (utk yang BF, yang pakai botol tak sure, boleh je kot?

Wednesday, 21 June 2017

Where the hell is my mother's instinct???

Salam :)



Apa yang aku rasa mungkin agak berbeza daripada kisah ibu-ibu yang lain, sebab aku adalah seorang perempuan yang mungkin lahir tanpa naluri keibuan. Dan ini apa yang aku rasa, sehinggalah naluri itu hadir sedikit demi sedikit dalam hidup aku. Seriously, ia bukan satu proses yang mudah untuk perempuan dalam kategori macam aku tu.

Baby ini macam stranger
Macam yang kita selalu tengok dalam drama atau filem, seseorang ibu tu mesti rasa sebak atau terharu sampai mengalir air mata saat baby yang dah dikandung selama 9 bulan selamat dilahirkan dan kini diletak atas dada di dalam pelukan. Semua orang mungkin fikir semua ibu akan rasa macam tu, tapi bukan aku.



Masa nurse letakkan baby atas dada aku, apa yang aku rasa adalah tak ada apa-apa. Of courselah aku bersyukur setelah semuanya selamat, tetapi connection perasaan antara aku sebagai ibu, dengan anak aku tu, nothing. Masa tu, aku cuma rasa dia ibarat stranger dan asing. Apatah lagi air mata, memang tak keluar langsung. Masa tu aku sempat berfikir, normal kah aku?

Konflik Untuk Bahagi Kasih antara Suami dan Anak
Hari-hari yang berlalu lepas tu, aku dah boleh terima yang aku sekarang dah jadi seorang ibu, dan baby itu adalah anak aku. Hubungan aku dengan anak masa awal-awal hanya berteraskan rasa simpati dan kemanusiaan. Sebab ia macam anak kecil yang perlukan ibunya. That's it!

Tapi, dalam masa yang sama, aku rasa ada konflik dalam diri aku. Aku rasa sedih gila sebab kena bahagi kasih sayang aku untuk dua orang sekarang ni, iaitu untuk suami, dan anak. Ini bukan main-main, dalam seminggu lepas deliver tu, tiap-tiap masa aku rasa sedih dan menangis sebab aku tak sanggup nak sayang orang lain. Padahal untuk baby je, bukan orang lain pun. Lagi sekali aku tanya diri aku, normal kah aku?



Aku dah bersama dengan suami aku ni sejak couple masa tahun 2007 lagi tanpa break up. Dan sepanjang masa tu lah hati aku hanya fokus untuk dia, dan dia semata. So aku tak sangka betul, benda ni beri efek masa aku dapat baby. Terasa aku sangat mengabaikan dia masa aku sibuk jaga baby dan tak sempat nak beri perhatian pada suami aku masa tu. Wuwu sian dia...

Naluri Keibuan Perlu Didorong dan Dipupuk
At last, aku slow talk dengan suami aku pasal ni. Pasal macam mana tak sanggupnya aku nak palingkan sikit pun kasih sayang aku daripada dia untuk anak aku ni. Berkali-kali aku mintak maaf sebab bukannya aku nak pun rasa macam tu, tapi aku kena terus-terang sebab aku rasa macam perasaan ni tak patut dan kita kena betulkan balik!

And guess what, dia tahu rupanya!! Dia faham dan dia nasihatkan aku, supaya sayang baby lah ape semua lah...dia bagi dorongan dan semangat supaya tak rasa bersalah untuk sayang baby even lebih daripada sayang aku kat dia. Dan start daripada situ aku mula slow-slow belajar untuk sayang baby aku :)



Bonding Time Ketika Breastfeeding
Breastfeeding sangat membantu aku untuk membentuk jalinan kasih sayang antara aku dengan baby. Masa dua minggu pertama memang aku takde masa nak susukan baby sambil renung muka baby sebab ngantuk sesangat la hai.. haha.. tapi start few weeks after deliver, aku cuba renung dan tenung dalam anak mata baby. Mata dia ikut daddy dia, warna coklat. Daripada mata dia, aku rasa macam terus jatuh cinta kat baby aku.



Dapat tengok muka dia masa menyusu, mata dia, hidung dia, mulut dia, tangan kecik dia yang kadang-kadang siap tarik baju tu, hati aku perlahan-lahan mula cair. Datang suatu rasa tenang yang lain, yang tak pernah aku rasa before ni. Dan bermula daripada tu, rasa kasih sayang dan naluri keibuan tu akhirnya tersemai dalam jiwa raga aku yang cool ni. Hahaha!

*************************



So, Alhamdulillah sekarang ni aku rasa perasaan aku dah stabil. Aku dah boleh sayang anak aku sambil sayang suami aku macam biasa. Chewah, boleh sambil-sambil pulak kan! HAHAHA (gelak nangis)

Anak ni anugerah Tuhan. Ramai orang yang nakkan anak, tapi ada yang masih belum ada rezeki. Aku bersyukur sebab Tuhan dah beri kami rezeki tu sekarang dan aku janji akan jaga baik-baik. Satu pesan daripada mak aku yang aku akan pegang sampai bila-bila, dah jadi mak ni kita kena selalu berkorban, berkorban masa, kesenangan, duit, tenaga...even kesihatan dan nyawa sekalipun seriously... itu lah peranan seorang ibu dan isteri, InsyaAllah :)

P/s: Sayang suami dan anak saya ni banyak-banyak! (n_n)


Monday, 8 May 2017

Murahnya baju-baju baby pre-loved kat sini

Salam (n_n)


Hahaha aku dengan suami happy gila dok bershopping barangan baby kat sini. Sebabnya?? Sebab kau boleh dapat pakaian baby dengan harga serendah seringgit je sehelai tau. YA, SEHELAI SERINGGIT~~ and yaa of courselah baju tu pre-loved / second hand kan... tapi kalau kita pandai memilih, dapatlah pakaian baby yang cantik-cantik macam baru tau. Cuma balik nanti kena cuci bersih-bersih lah ye..hihi :D

Owh, btw... kat mana tempat yang murah sangat jual pakaian baby pre-loved tu? Haa, kat sini lah... 


Carbooth Bandar Sri Putra, Bangi

Ya, carbooth area Bandar Sri Putra ni memang ada pada setiap pagi hari Ahad di sekitar area Bandar Sri Putra ni. Tiap-tiap minggu akan diadakan di 3 lokasi yang berbeza, secara berturutan. Dia macam takde alamat, so aku bagi location dia camni ye:

1. Area deretan kedai-kedai belah kiri lepas keluar tol Bukit Mahkota

2. Lepas keluar tol Bukit Mahkota, terus je sampai jumpa traffic light lepas nampak Mcd dan Petronas di belah kiri. Kat traffic light tu, belok kanan. Carboothnya belah kiri ya. Landmark: Klinik Mediveron

3. Sama arah macam no.2, cuma terus lagi ke depan sampai jumpa macam tanah lapang ala-ala padang. Yang ni macam tersembunyi sikit sebab carbooth nya kat car park rumah flat gitu.

So, selamat mencari lah ye~ Mesti ada kat salah satu tempat tu, setiap pagi Ahad sampai tengahari je. Serius best gila! Baju-baju baby memang kami beli kat situ sesajer. Mana taknya, harga rompers dan pakaian baby ada yang selai singgit, 3 helai rm5, 4 helai rm10. Memang syoklah bershopping!

Antara rompers yang terpilih. Tak ingat berapa rege nya semua ni. Tapi memang tak lebih rm10 lah :D Lebih 20 helai jugak lah beli sebab murah gila kan. Setiap kali beli pulak dapat free lagi. Memang best! Cuma masa ni ku mampu beli warna selamat je, sebab daku confuse baby boy ke baby girl even scanning menunjukkan yang bakal lahir itu baby girl. Hahaha :p

Bottle Warmer - RM5 sesaje... comel dan branded lagi, Bebe. Soft toys Batman tu pun beli kat carbooth. Haa yang dalam plastik tu semua baju-baju baby Diang ler tu~

Playpen pun kami dapat RM80 je. Even pre-loved tapi memang elok lagi sebab owner dia beli, tapi tak guna pun sebab anak dia tak nak tido dalam tu. Penyudahnya terbiar je kat stor. Tapi masa jual ni memang dah bersih sebab tukang jual ni dah siap basuhkan apa semua, plus aksesori semua lengkap lagi haa beg dia pun ada lagi.. All is Rm80 only. Worth it, right? Alhamdulillah :D

Playpen ni pun aku angkut hari Ahad before lusanya aku bersalin tu. Seronok betul lah aku naik motor round carbooth lagi kan masa tengah sarat tu.. Hahaha :p Btw, bukan barangan baby je yang ada kat carbooth ni tau, macam-macam ada. Meh tengok sini...

Kau tengok seluar 5 helai Rm10 sesajer haaa~ okay lah tu kan kalau sekadar nak pakai buat basahan kat rumah. Beli yang camni pun boleh :) Even something yang related to hobby pun ada jual. Contohnya macam barangan antik atau mainan-mainan macam ni haa~
Tekun si suami tengah pilih nak beli mainan Batman dia tu haa.. hahaha..

So, itulah tempat aku dan suami shopping beli barang baby. Yang mahal-mahal kita tunggu hadiah je lah ye.. Hahaha okay tu je. Thanx sudi bace :)

P/s: Next time aku citer barangan baby yang aku beli secara online di Lazada pulak ye~ Sangat jimat kalau nak bandingkan harga dengan kat kedai luar.