Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 31 May 2016

Tips Kulit Cantik Dengan Produk Skin Care & Amalan Sihat

Salam (n_n)
Mesti ramai di luar sana yang hanya mengharapkan kecantikan kulit hanya melalui penggunaan produk skin care semata-mata. Tapi tahukah anda, penjagaan kulit sebenarnya memerlukan hanya beberapa perkara asas je untuk kelihatan lebih cantik, iaitu:


1.  Minum air masak secukupnya (8 gelas sehari)
Ini adalah untuk memastikan kulit kita tak kering atau kusam. Bila air dalam badan cukup, automatik badan rasa segar dan akan beri efek yang baik untuk kulit, bukan kulit wajah je tapi juga untuk seluruh badan :)



2. Jaga tabiat pemakanan
Seriously, tabiat pemakanan sedikit sebanyak mempengaruhi kecantikan dalaman kita. Jadi, nak bagi kulit kita nampak lebih sihat dan berseri, kenalah rajin makan sayur dan buah-buahan yang kaya dengan nutrisi. Lagi satu, elakkan lah makanan yang berminyak ya :)



3. Rehat dan tidur kena cukup
Korang confirm pernah tak cukup tidur kan? Tidur lambat, pastu esok nak bangun awal. Memanglah kena buat-buat macam tak ngantuk, tapi hakikatnya rasa macam lemah gila sebab tak cukup tidur. Dan kalau benda ni selalu berlaku, tak mustahil kesihatan dan kecantikan anda akan terjejas. Jadi, amat penting untuk cuba dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Ramai yang bagi alasan bz dan tak sempat nak rest, memanglah sebab malam2 pun duk asyik belek fon, macam mana nak dapat rehat / tidur yang cukup?



4. Senyum selalu (n_n)
Ini pula tentang bagaimana mood boleh mempengaruhi kecantikan kita. Majoriti dah tau kan kalau kita senyum, otot yang digunakan di wajah kita dikurangkan, berbanding kalau kita muram dan sedih je? So, apa lagi. Jangan stress2 dan sentiasalah senyum. Automatik otak akan menghantar mesej bahawa anda sedang gembira dan akan memberi aura-aura positif kepada tubuh badan anda (n_n)

Haa, dah lepas amalkan semua tu, barulah kulit anda akan jadi lebih sihat, segar dan berseri seiring dengan penggunaan produk skin care, barulah raya nanti nampak cun dalam gambar~ Hahah :p

P/s: selamat bershopping! :)

3 comments:

Anum said...

great sharing

Cici said...

bab pemakanan lah orang paling susah nak jaga sebab tu lah ramai pilih amek supplement kan babe. sekali telan je. tapi tu lah I ni makan ubat pun asyik lupa je . hahaha

Nadia Johari said...

yup semua betul