Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 7 February 2012

Main Layang-layang di Tanjung Balau & Batu Layar

Assalamualaikum and hi readers. Semoga semuanya sihat dan ceria
selalu (n_n)



Hari Ahad lepas, kami sekeluarga (3 orang je) pergi ke kawasan pantai
area Kota Tinggi. Siapa kat sini orang Johor? (n_n) Korang mesti tau
kan sekarang ni dah ada highway Senai-Desaru yang boleh memendekkan
masa perjalanan ke sana. Jadi, kami guna highway tu lah. Suka bila lalu
kat jambatan highway tu :




Bawah jambatan ni terdapat sebuah sungai yang saaaangat besar
ala-ala sungai Muar tu, tapi sorry tak sempat nak snap picnya.. :p


Kami terus menuju ke Tanjung Balau yang terkenal dengan Kampung
Nelayan. Ramai jugak orang kat situ sebab public holiday sampai Selasa
kan. Ramai pengunjung yang datang mandi-manda dan ada juga yang
berkhemah dan menyewa chalet kat sana.


Sampai je sana, terus kami pergi kedai layang-layang. Banyak layang-
layang dan semuanya warna-warni ! (n_n)


Layang-layang size kecik RM10, yang sedang RM15 dan yang
besar tak jual, kalau nak kena tempah :)



Ni paling best ! Tapi yang ni tak dijual, untuk display je. Kalau nak
kena tempah. Kalau jual, memang aku beli yang ni lah even aku tak
suka lebah ! Hahaha :p



Akhirnya, setelah membelek kesemua layang-layang kat kedai tu, aku
pon pilih la layang-layang ladybird ni (n_n) :


RM15 ! Hehe comel tak? (n_n)


Ni abah aku tak sabar nak testing sejurus selepas membelinya. Hahaha..


Nampak macam tinggi, tapi sebenarnya sejengkal je haa
daripada kepala :p





Tapi, kitorang tak main layang-layang ni kat sini, sebab ramai orang.
Segan~~ haha jadi kami simpan layang-layang dan bersiar-siar di area
chalet sebelum bergerak ke pantai yang lain :)


Ini chaletnya. Comel gila, kecik je macam rumah permainan Saidina
(n_n)


Lepas tu, kitorang jalan-jalan lagi dan aku ternampak satu scenery
yang best. Meh aku share kat korang beberapa gambar kat area ni :


Area ni agak terpencil sikit dan tak ramai orang sebab kawasan ni
berbatu-batu. Memang bukan tempat untuk pengunjung berkelah or
mandi-manda.




Abah aku sedang merenung ciptaan Ilahi :)












Ha, aku suka sangat tempat tu. Cantik sangat !! (n_n)

Lepas tu, kami pun bergerak naik kereta menuju ke Batu Layar pulak.
Kawasan pantai yang popular jugak dekat Johor ni :)


Sampai je, terus pergi tepi pantai, dan main layang-layang.
Bukan aku, tapi mak abah aku yang main,hahaha :p



Huhu~ tengok lah tuuu...tapi happy bila tengok mak abah aku
excited macam tu, hehehe :p


Turn mak aku pulak main. Tak nak berhenti pulak tu (-_-') haha
tapi mak aku terror jugak, tinggi layang-layang dia kat langit tu.


Aku yang tak dapat nak main ni hanya mampu interframe dalam
gambar je lah, hahaha :p Risau gak aku main nanti, dengan aku-aku
sekali yang terbang, haha



 
Lepas puas main, kami pon simpan layang-layang dan duduk jap
tepi pantai tu, tengok matahari terbenam (padahal tak nampak pon
sebab matahari terbenam belah lain) (-_-')



Hehehe, itulah cerita aku mak abah aku yang seronok bermain
layang-layang kat Tanjung Balau & Batu Layar (n_n)

Okay, pada yang sudi baca, terima kasih (n_n)



8 comments:

Anonymous said...

wahhhhhhh..dh lme x main lyg2..bez nya!

Aini Azman said...

wah cm best je tmpt ni,.
last aini main layang waktu sek rendah,.aishh rindunyaa nak main..hehee

Zaza Iman said...

dah lama tak rasa suasana begini.dpt bcuti 1 fmy..tp fmly msing2 sbk..bestnya tgk..

owner said...

ezad : haha, ko main layang2 ek ezad :p

owner said...

aini : wahh lamanya ye xmain layang2 (n_n)

zaza : it's ok, nt wat gathering satu family, g bcuti ye :)

Unknown said...

suka tgk orng main layang2, tp x pandai main, dr kecik x pernah dapat terbangkn layang2 tu.. huhu

owner said...

saiazuan : haha sy mmg dpd kecik xpnh pulak main layang2..tu yg segan nk main aritu :p

An Najwa said...

lynn uma sy gn tanjung balau dekat je, around 15 minit sampai, selalu gak lepak tanjung balau biasa lepak kat kwsn batu2 yg kat pantai..memang superb, anek pic pn cantik ;D