Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 17 February 2015

Makan di Imano Cafe, Angsana JB


Salam.


Imano Cafe ni terletak dalam Plaza Angsana di Johor Bahru. Masa first time makan di Imano Cafe, terus rasa terpikat dan nak datang lagi untuk makan kat sini. Sebabnya:-

1. Makanan yang sampai kat meja kita tu memang sama rupa bentuknya dengan yang dalam gambar. Takde tipu-tipu punya

2. Rasa makanan dia punyalah sedap dan secukup rasa. sesuai dengan harganya yang berpatutan bagi aku. Kira harganya standardlah.

3. Kat Imano Cafe ni memang pelbagai jenis makanan ada, daripada tradisional macam ubi rebus cicah sambal, nasi beriyani, sampailah ke lasagna. Memang banyak sangat pilihan. Rasa nak makan semuanya!

4. Kalau anda jenis yang suka makan yang ringan-ringan ataupun tengah dalam misi berdiet, Imano Cafe memang sesuai untuk anda sebab banyak pilihan untuk makanan ringan. Roti bakar ada, nugget ada, popia ada, samosa ada, ubi rebus tu pun ada. Memang tak perlu risau, side order memang banyak dan menarik!

So, jom tengok apa yang kami order hari tu (n_n)

1. Nasi Ayam BlackPepper ni aku yang order. Aku memang suka ayam masak BlackPepper. Dan untuk menu ni, aku bagi 8/10. Sedap dan kenyang..Best!!

2. Mi Goreng Mamak (abah punya). Ini makanan yang paling sedap aku rasa masa kitorang pergi hari tu. Walaupun ianya hanya mi goreng, tapi rasanya cukup sempurna dan sedap, sampaikan aku tukar nasi aku yang dah tinggal separuh tu dengan mi abah aku yang juga dah tinggal separuh masa tu. Haha sedap betul mi goreng kat sini :D

3. Nasi Beriyani kat sini pun sedap. Dalam Rm10 lebih rasanya harga dia. Tapi di Imano Cafe ni, ayam dia hanya ada yang masak merah saja, takde yang masak beriyani. Tapi, ianya pun sedappp jugak tau! Aku bagi 9/10..hehe :D

4. Lasagna ni adik aku punya. Aku tak rasa. Tapi adik aku kata, lasagna kat sini sedap, cuma cheesenya macam banyak sangat. Kalau siapa yang tak suka cheese banyak-banyak, confirm muak. Hehehe..

**********************************************
So, itu lah dia sedikit sebanyak tentang Imano Cafe di Plaza Angsana JB. Dimiliki oleh orang Muslim dan semestinya halal kan :D Overall rasanya sungguh sedap!! Harga pulak hari tu kitorang makan, 5 Main Course + 5 Minuman : Rm 80++ So, berbaloi lah dengan portion dan kesedapannya tu. Hihi (n_n)



Okay tu je, bye2 (n_n)


7 comments:

syakirahmn said...

lama tak g plaza angsana, dah berubah wajah!

eima said...

tak penah sampai palza angsana ni ...2 kali je lalu ari tu ...tgk bangunan je

Pojiegraphy said...

Fuh! Kalau makan semua ni confirm ada rasa sedikit menyesal lepas tu.... aah tidak berat badan naik haha

reenapple said...

Mampu telan air liur je lah melawat blog kau dan baca entry ini. Heheh

Raz said...

Ahhh rindu Angsana! Dah baru! Hehehe

Menarik restoran ni nnt blh g

Unknown said...

lama tak pi angsana ..teringat kisah2 lama..eh!!tak mau inagt lah..tak suka..heheh

Suria Amanda said...

Dah lama x bawak mak abah makan kat kuar sama2...