Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 8 January 2014

VIVO Review @ Jusco Bukit Indah, Johor Bahru




smoked-chicken-bbq-pizza-01

Buat penggemar pizza, boleh lah try makan pizza Vivo pulak ye, sedap jugak tau. Jom makan! :D

Ini mak aku...semua menu dia nak (-_-') kerambangan yang melampau..hahaha
Ini air mak aku, kongsi dengan aku..sebab air kat sini mahal..jadi konon-konon jimat lah.. Sprite Float : RM 5.90
Ni air abah aku...Americano Coffee katanya~~ siap ada Cookies comel kat tepi tu.. Americano : RM 5.50
Bil sampai dulu sebelum makanan dan minuman...okay lah, kang bil sampai time tengah makan takut tercekik pulak tengok harganya kan..haha masa ni je bil aku dah Rm 60 termasuk makanan dan servis charge
Dan yaaaa....makanan pun sudah sampaiii :


Ini aku punya food, nama dia Chicken and Mushroom Baked Rice, RM 13.90. Sangat sesuai untuk korang yang suka makan nasi dan makan cheese..sebab nasi ni dibakar dengan cheese kat atas nasi tu. Komen aku, erkk lama-lama makan rasa muak dan nak muntah, sebab cheese kot..aku ni kureng sikit cheese2 nih~

Okay ini Beef Lasagna, RM 16.90 emak aku yang punyaaa...Hahaha...kalau nak tahu, mak aku memang dah lama mengidam nak makan Lasagna ni sejak menonton filem Garfield, yang mana makanan kegemaran Garfield adalah lasagna... So, mak aku feeling-feeling Garfield lah masa makan lasagna ni..haha owh ye, korang boleh pilih nak beef or chicken for this Lasagna ya :)

Awalnya aku plan, nak order pizza banyak-banyak, sebab memang plan asal nak bagi abah aku rasa pizza-pizza sekalian kan, tapi bila sampai, semua order lain.. haha so aku order satu je pizza Around The World untuk abah aku :

Aroung The World Pizza 8'' : RM 12.90. Sedap jugak lah...tapi ishh susah lah kalau tanya lidah Melayu macam aku ni, aku rasa macam kurang pedas pizza ni, tapi takpe, korang boleh tabur banyak-banyak serbuk cili yang dah disediakan atas meja masing-masing tu ya..hahaha
 

Haha tekun abah aku makan haa...okay fokus kat Baked Rice yang aku order (gambar kiri ia di depan, gambar kanan ia di depan abah aku) Ia bermaksud Baked Rice aku telah pun bertukar tangan, abah aku kena habiskan sebab aku tak boleh nak masuk lagi sebab muak. Hahaha...


Hai tak kenyang-kenyang lagi~ Order lah garlic bread pulak...lebih kurang macam Garlic Bread kat Kenny Rogers punya lah rasa dia.. Garlic Bread (4 pcs) : RM 5.50

Hahaha dessert time ! Ini paling sedap, Chocolate Craving Ice Cream, RM 7.90 Bahagian bawah ice cream ni ada ketulan-ketulan Chocolate Brownies..
Haaa okay itu jelah food di VIVO yang aku nak review. Next time, kalau kaya sangat nak pergi lagi, aku nak order nugget-nugget dia pulak, ada blogger kata sedap ! Hihihi...dan lepas bayar tu, ada dapat Vivo bag sebagai cenderahati. Ngehehe, seronok sangat !

Apa pun, aku tak kenyang makan di sini, sebab tak kena dengan selera aku yang suka kan Malay food, ngahaha..okay tu je. Bye~~ Selamat bervivo-vivo (n_n)



1 comment:

Tinta Lana said...

Salam.

Lynn, baru aku tau kewujudan Vivo,hehehe

Aku duk baca gak review by Johorkaki..sedapnya..

Menunya tak jauh beza pun dgn pizza hut. Of course, rasa je la yg membezakannya.

Aku pernh mkn baked rice kat pizza hut, tapi aku tak ingt dah namanya. Huii, kalau bab2 cheese ni, cheese yg muak dengan aku lynn, bukan aku yg muak dgn cheese,hahaha