Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 1 June 2015

Review Asam Pedas House, UDA Business Centre JB


Salam!
Yeayy jom makan-makan (n_n). Suka asam pedas tak? Kalau suka, jom try asam pedas kat kedai baru ni. Kalau korang tau Jakel baru yang bertentangan Plaza Angsana tu, haa korang cari Restoran Upin & Ipin. Sebab Asam Pedas House ni memang sebelah Restoran Upin Ipin tu je..hehe :D


Even nama dia Asam Pedas House, tapi dia bukan sekadar asam pedas tau. Western-western macam spagethi tu pun ada. 


Harga ikan asam pedas dia bermula pada Rm10. Masa aku pergi tu, kitorang order nasi putih, kailan ikan masin, telur dadar, tauhu, dan bubur nasi untuk mak aku. Tak order asam pedas pun. But then masa hidangan sampai, akak tu offer nak kuah asam pedas tak? Hahahaha...aku pun ape lagi, memang nak lahhhh kannnn~ :p




Even gambar dia blur, tapi rasa asam pedas dia tetap aku ingat sampai sekarang. Kawwwww gila! Sedap betul! Kalau makan dengan nasi putih panas je dah sedap. Kuah memang pekat dan sedap dan cukup rase! Hahahah...so kepada penggemar asam pedas bolehlah support kedai baru ni :D


Tepi meja cashier tu ada jual-jual kerepek dan kuih raya. Roti-roti homemade pun ada. Aku dengan mak beli roti dengan popia simpul tu, pastu akak tu bagi kuih lapis kat kitorang. Percuma je dia kata..:)


Semua sedap!! Terutamanya kek lapis tu. Biaselah kan barang free memang sedap dia lain macam sikit~ HAHAHAHA! If korang nak order kek lapis tu pun boleh je datang kedai Asam Pedas House tu. Memang sedap!! (n_n)

Okay, itu saje. Terima kasih sudi singgah sini :)

P/s: Kedai dia bersih sangat, suka3! Cuma kat situ ramai orang minta sumbangan. Masa aku makan tu je, dekat 4 orang datang minta derma. So, pandai2lah korang sediakan duit kalau nak sedekah ya :)


No comments: