Happy Three Friends

Miss Money

Friday, 27 February 2015

Warna apa yang korang nampak pada baju ni???


Salam.
Aku tak tahu baju ni tengah viral kat FB je ataupun di semua laman sosial. Yang aku nak tanya, korang tengok baju kat bawah ni dan bagitau aku, warna apa yang korang nampak pada baju tu??


Aku nampak baju ni berwarna BIRU & HITAM. Tapi, apa yang menyebabkan baju ini viral adalah, ada orang lain yang nampak baju ni berwarna Gold & Putih!! Mula-mulanya aku tak percaya..tapi bila kawan aku duk komen cakap yang dia memang nampak baju ni berwarna Putih dan Gold, sedangkan aku tengok pada waktu yang sama ianya berwarna Hitam & Biru...aku dah jadi makin pelik....what's going on??

Aku panggil pulak budak ofiz aku, tanye dia nampak warna apa...dia cakap Gold & White. Bila aku cakap, aku nampak Hitam & Biru, terus dia menjerit.."Kak Lynnnn!!! Kenapa lainnnn???" Dia siap gigih nak berlari keluar daripada ofiz sebab takut dengan aku, sebab aku nampak lain! Hahahaha...adui hai pelik...pelik..


Suatu sumber mengatakan ada seseorang dah 'mengedit' gambar ni, telah 'mengilusi optikkan' gambar ini sehingga membuatkan orang yang melihat baju ni jadi gila sebab pelik apesal warna boleh lain-lain camtu. Hahahaha...kawan ofiz aku tadi tu dah naik gila dan stress sebab dia bagi BF dia tengok, BF dia pun kata biru hitam, kawan2 dia pun cakap Biru Hitam.. Hahaha..kesian~ kesian~

So korang nampak warna apa??

Biru & Hitam?

Ataupun Gold & White?

...


By the way, ini warna asal baju tu...hehehe


P/s: Aku dah dapat penerangan kenapa dan punca kenapa mata kita lihat lain-lain, tapi aku tak sempat nak melayukan. Hahah nanti lah aku update ye...skang ni aku bagi korang stress dulu :p Hahaha!

Candy Buffet Idea @ Cousin's E-Day


Salam!
Sekarang ni rata-rata majlis kahwin, majlis tunang, birthday party dan apa-apa saja occasion pun dah ada candy buffet kan? Sama lah macam cousin aku sorang ni. Hari tu majlis tunang dia pun ada candy buffet jugak. Dah macam trend dah..hehe


 

 


Crunchy Cheese ni abang sedara aku yang buat. Dia memang lecturer Kulinari, so memang master lah bab-bab buat benda-benda camni. Hehe :D So, far majlisnya berjalan lancar walaupun rombongan meminang sampai agak lambat daripada yang dirancangkan.


Paling best, sesi photoshoot pun berjalan lancar. Cuma macam biasalah, gambar aku memang yang paling sikitlah sebab aku yang pegang kamera. T_T Everytime pun mesti jadi begini. Isk..isk.. (nasib seorang photographer)



 

Okay tu saje, kepada cousin aku, Nor dan Amy (encik tunangnya), tahniah dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Hahaha ucapan macam beliau dah kahwin je..haha :p



Tuesday, 24 February 2015

Blogger Dah Tak Bagi Letak Gambar-gambar 18SX Dah


Salam.
Syabas Blogger.com!!

Kalau dulu, even Blogger dah bagi reminder kalau sesebuah blog tu mengandungi sesuatu yang 18SX/ 18SG, still pengguna bawah umur masih dapat mengakses blog tersebut dengan hanya menekan option 'I understand...bla..bla..bla'


Tetapi sekarang, Blogger telah menguatkuasakan suatu undang-undang di mana para blogger tidak akan dibenarkan sama sekali untuk memuatnaik gambar-gambar / video-video / elemen grafik yang berunsurkan 'nudity' (kelucahan/ telanjang/ 18SX) secara umum, sejak semalam iaitu 23 Mac 2015 (yang merupakan tarikh rasmi undang-undang ini dikuatkuasakan)

Bagaimanapun, Blogger masih membenarkan apa-apa yang berunsurkan 'nudity' yang bertujuan untuk seni artistik, dokumentari, pendidikan dan konteks saintifik.

Perubahan Pada Blog Sedia Ada Selepas Tarikh 23 Mac 2015??

Bagi blog yang memang takde unsur-unsur 'nudity' ini, memang takde perubahan sangat, tapi bagi blog yang terkandung unsur-unsur nudity, ia tidak akan di-delete tetapi blog mereka akan dijadikan private secara automatik. Bermakna hanya owner blog (admin) tersebut saja yang dapat lihat blog tersebut.

Apa nak buat kalau tak nak blog di-private-kan??

Untuk blog yang dibuat sebelum 23 Mac 2015, dan jika ia mengandungi unsur-unsur 'nudity', anda ada 2 pilihan:-

i. Delete apa-apa gambar/ video dalam blog anda yang berunsurkan 'nudity'
ii. Tandakan blog anda sebagai private
iii. Export blog (ni kena tanya pakar lah kot)

Kesan pada blog baru buat selepas tarikh 23 Mac 2015

Blogger akan terus remove ataupun mengenakan tindakan lanjut untuk blog-blog yang mengandungi unsur-unsur 'nudity' seperti yang telah tertera dalam polisi Blogger.

Sumber

Jadi, pada blogger-blogger yang suka menaikkan ranking blog dengan benda-benda yang macam ni, meh aku gelakkan korang~ Hahahaha~ padan muka!! Lepas ni kalau nak popularkan blog, kenalah guna gambar / video yang berfaedah sikit ya~


P/s: Good job Blogger! Diharap akan habis terhapus semua blog-blog lucah yang ada di Malaysia ini!


Wednesday, 18 February 2015

Muntah Darah??


Salam!
Semalam aku ade makan-makan sempena farewell sorang staff ni. Makan punya banyak, bila balik rumah. Mandi dan gosok gigi semua. Time gosok gigi, kalau perut aku penuh, confirm ter'uwekk' sikit.

So, sama jugak macam semalam. Aku gosok gigi, tiba-tiba terus ter'uwekk'. Burrrr.. 'uwek' aku tu merah darah dan banyak gila!! Aku terus nak pitam sebab panik + terkejut gila tengok darah terkeluar banyak gila masa tu. Tapi tekak aku tak sakit, kira darah tu keluar smooth je hah~ Aku cuak gila fikir apesal aku muntah darah ni?!!!

Dalam panik-panik bukak air kat sinki laju-laju, baru aku teringat...

"Owh, tadi aku kan minum air sirap bandung, so sebab tu warnanya merah. Tapi, apesal betul-betul warna merah darah ek? Bukan ke air bandung warna pink?"


Hmmm...

P/s : korang rasa camne? Adakah aku hanya 'uwekkan' sirap saje tanpa susu? Hahaha :p

Tuesday, 17 February 2015

Aku Lagi Rela Daki Gunung Daripada Lari 100meter


Salam.
Ya! Aku kan pencinta alam, jadi dah sah-sahlah aku lebih rela panjat-panjat gunung, daripada bersukan. Mendaki dan bersukan; adalah dua benda yang sangat berbeza bagi aku.

Mendaki gunung adalah suatu aktiviti yang mencabar fizikal dan mental, yang mana ianya TIDAK TERIKAT DENGAN MASA yang ditetapkan untuk dapatkan ganjaran. Maksudnya, ia adalah aktiviti yang santai, yang tidak terburu-buru dan tidak mempunyai tekanan daripada segi masa dan pihak pasukan sebab takde ganjaran.

Berbanding dengan bersukan, yang awal-awal lagi dah ditetapkan dengan matlamat 'Mesti Menang' ataupun 'Mesti dapat 1st Place'...Owh memang aku tak boleh kalau ditekan macam tu. Stress kot. Lagi pulak kalau sukan yang memerlukan kepantasan untuk menang, contoh macam lumba lari. Pergh! Memang bukan aku lah untuk bertanding dalam arena sukan macam tu. Haha~

Aku lebih suka aktiviti mencabar yang dalam masa yang sama, menenangkan. Paling best, aktiviti yang 'dekatkan' aku dengan alam semulajadi, seperti:

Mendaki

Jungle-trekking

Flying Fox Dalam Hutan
& Lain-lain Yang Seangkatan Dengannya

Seriously aktiviti-aktiviti inilah yang boleh buatkan aku relaks dan release tension. Satu-satunya pengalaman mendaki aku adalah waktu aku form 4 dulu, mendaki Gunung Ledang. Pengalaman tu sangat-sangat berharga bagi aku. Gambar bawah ni dipanggil KFC. Station paling susah untuk didaki masa tu.

Tapi sekarang dah ada tangga. So, para pendaki tak perlulah tergayut-gayut guna tali kalau nak panjat tu. Kurang adventure sikit lah, hehe :p Then, kalau mendaki Gunung Ledang, port paling best didaki adalah bahagian yang dipanggil Batu Hampar. Curam hampir 90 darjah!!

Dulu tempat ni paling adventure sebab kena panjat guna tali so memang tangan dan kaki kena kuat! Sebab tebing tu curam dan agak jauh (tinggi) nak sampai ke atas sana. Tapi laa ni dah ade tangga. So mudahlah, ade option bagi yang dah kurang stamina masa tu kan.

Dan yang paling aku tak akan lupa sampai bila-bila, PALING BEST adalah di saat kaki aku berjaya jejak ke puncak Gunung Ledang tu, dan duduk juntai2 kaki di tebing sambil menikmati pemandangan yang terbentang luas dari atas....memang fuuuuhhhhh...


Sungguh terbaik ciptaan-Nya, sampai aku rasa tak nak turun. Kat atas tu sangat nyaman, refreshing, relaks, dan memang rasa nak tidur je kat atas tu. Hehe :D Itu jelah yang aku nak share. Sangat rindu nak mendaki gunung lagi. Jom, awak! :D

P/s: before naik, memang kena berjogging dulu atleast sebulan ke, supaya masa naik nanti tak 'pancit'. Hehe :p


Makan di Imano Cafe, Angsana JB


Salam.


Imano Cafe ni terletak dalam Plaza Angsana di Johor Bahru. Masa first time makan di Imano Cafe, terus rasa terpikat dan nak datang lagi untuk makan kat sini. Sebabnya:-

1. Makanan yang sampai kat meja kita tu memang sama rupa bentuknya dengan yang dalam gambar. Takde tipu-tipu punya

2. Rasa makanan dia punyalah sedap dan secukup rasa. sesuai dengan harganya yang berpatutan bagi aku. Kira harganya standardlah.

3. Kat Imano Cafe ni memang pelbagai jenis makanan ada, daripada tradisional macam ubi rebus cicah sambal, nasi beriyani, sampailah ke lasagna. Memang banyak sangat pilihan. Rasa nak makan semuanya!

4. Kalau anda jenis yang suka makan yang ringan-ringan ataupun tengah dalam misi berdiet, Imano Cafe memang sesuai untuk anda sebab banyak pilihan untuk makanan ringan. Roti bakar ada, nugget ada, popia ada, samosa ada, ubi rebus tu pun ada. Memang tak perlu risau, side order memang banyak dan menarik!

So, jom tengok apa yang kami order hari tu (n_n)

1. Nasi Ayam BlackPepper ni aku yang order. Aku memang suka ayam masak BlackPepper. Dan untuk menu ni, aku bagi 8/10. Sedap dan kenyang..Best!!

2. Mi Goreng Mamak (abah punya). Ini makanan yang paling sedap aku rasa masa kitorang pergi hari tu. Walaupun ianya hanya mi goreng, tapi rasanya cukup sempurna dan sedap, sampaikan aku tukar nasi aku yang dah tinggal separuh tu dengan mi abah aku yang juga dah tinggal separuh masa tu. Haha sedap betul mi goreng kat sini :D

3. Nasi Beriyani kat sini pun sedap. Dalam Rm10 lebih rasanya harga dia. Tapi di Imano Cafe ni, ayam dia hanya ada yang masak merah saja, takde yang masak beriyani. Tapi, ianya pun sedappp jugak tau! Aku bagi 9/10..hehe :D

4. Lasagna ni adik aku punya. Aku tak rasa. Tapi adik aku kata, lasagna kat sini sedap, cuma cheesenya macam banyak sangat. Kalau siapa yang tak suka cheese banyak-banyak, confirm muak. Hehehe..

**********************************************
So, itu lah dia sedikit sebanyak tentang Imano Cafe di Plaza Angsana JB. Dimiliki oleh orang Muslim dan semestinya halal kan :D Overall rasanya sungguh sedap!! Harga pulak hari tu kitorang makan, 5 Main Course + 5 Minuman : Rm 80++ So, berbaloi lah dengan portion dan kesedapannya tu. Hihi (n_n)



Okay tu je, bye2 (n_n)


Monday, 16 February 2015

Anak Tak Kenang Budi !!



Dan akhirnya...tinggallah si ibu sendirian, menjaga hatinya sendiri dari jauh dan mendoakan kesejahteraan anaknya hanya dari jauh.. :'(

Friday, 13 February 2015

Gambar Sekitar Pemergian Tuk Guru Nik Aziz Nik Mat (12 & 13 Feb 2015)


Salam.
Jasad Allahyarham Tuk Guru telah pun selesai dikebumikan, dan hari ini, selesailah segala urusan mu dengan dunia wahai Tuk Guru, semoga diampunkan segala dosamu dan diterima segala amalan mulia mu oleh Allah SWT...amin amin amin~ Al-Fatihah heart emoticon


12 Feb 2015
Suasana di Kediaman TGNA pada malam 'pemergian' beliau


Kelihatan ramai rakyat Kelantan mula berpusu-pusu menuju ke kediaman TGNA untuk menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.








Antara yang hadir adalah Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Yaacob; yang telah mengisytiharkan pemergian TGNA malam tadi.

Tuk Guru Haji Abdul Hadi Awang juga dilihat berada di kediaman TGNA. Beliau adalah orang yang paling rapat dengan TGNA. Masing-masing kelihatan sudah uzur, dan kita doakan semoga beliau dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

13 Feb 2015
Suasana di Kediaman TGNA pada waktu subuh (hari ini)


Hadirin menunaikan solat Subuh di luar kediaman.



Suasana di dalam masjid ketika jenazah TGNA dinaikkan untuk ditatap oleh setiap hadirin (8.30 hari ini)


Tatapan untuk kali yang terakhir buat kita yang tidak dapat hadir ke majlis pengkebumian beliau.

Suasana di perkarangan Masjid Pulau Melaka ketika solat jenazah untuk TGNA (10.00 pagi hari ini)





Dato' Seri Najib juga dilihat hadir menyertai majlis pengkebumian TGNA.

Dan tibalah, di saat-saat yang dinanti oleh semua umat yang menyayangi TGNA ini, iaitu saat jasad beliau diusung keluar dengan ribuan manusia menanti untuk menyambut dan mengiringinya buat kali terakhir...


Jenazah sedang diusung keluar daripada Masjid untuk dikebumikan...


 Ustaz Azhar Idrus antara manusia yang bertuah yang dapat mengangkat pengusung jenazah Allahyarham TGNA.



Lihatlah betapa seorang pemimpin yang zuhud ini begitu disanjungi dan dihormati daripada hidupnya hingga ke hari ini...di ketika ini, bergema-gema manusia bertakbir 'Allahuakbar' dengan kuatnya. MasyaAllah..


Ribuan yang mengiringinya hingga ke liang lahad...


Suasana di perkarangan tanah perkuburan Kg. Pulau Melaka (12.00 tgh hari ini)


 



AL-FATIHAH untuk Allahyarham Tuk Guru Nik Aziz Nik Mat. Semoga kita yang masih tinggal...dapat meneruskan perjuangannya. InsyaAllah...amin..



Gambar kredit kepada:
PAS, Siakap Keli dan Harian Metro, serta orang ramai.

P/s : Dijangka semua negeri bakal mengadakan solat jenazah ghaib untuk TGNA tengahari ini selepas solat Jumaat. :')