Kita kena ingat. Dunia bukan macam yang kita bayangkan.
Dalam baik, ada yang jahat, ada yang dengki, ada yang iri.
Kita rasa, semua suka kita, kita buat baik pada semua,
semua buat baik pada kita. Kita selesa.
Tapi, kita kena ingat. Kita tak pernah tahu sama ada
mereka betul-betul ikhlas atau tidak. Kita lihat filem itu
kejam, tapi dunia sebenarnya lagi kejam.
Dalam filem, kita kesian lihat orang yang dianiaya,
tapi bila di akhir filem kita dapat tahu rupa-rupanya dia
dulunya jahat. Itu kira balasan Tuhan terhadapnya,
mungkin.
Tapi dalam dunia, kita lihat orang dianiayai.
Bila di selidik, rupa-rupanya orang yang 'buat' tu langsung
tidak ada kena mengena dengan mangsa. Mangsa langsung
tak kenal siapa yang 'buat' dia. Ini hanya kerana iri hati.
Dalam dunia nyata, kita lihat orang baik, juga teraniaya.
Sehinggakan ada yang mati. Mengapa? Sedangkan si mangsa
tak pernah sekali pun menyakiti hati orang sekelilingnya.
Tak pernah sekali pun membuat orang sekelilingnya terasa hati.
Mengapa tetap dia dianiaya?
...
Kadang-kadang, yang jahat itu jugalah yang datang dari
saudara yang dekat dengan kita.
Tapi kita juga kena ingat, yang jauh juga boleh iri kepada kita,
apatah lagi yang rapat.
Memang aku banyak fikirkan tentang benda ni.
Sampai aku fikir dunia ni tak adil.
Tapi bila di fikir balik, semua ini kerja manusia.
Sedarlah, manusia semakin gila.
Semua boleh dibuat, halal haram diketepikan.
Risiko ditanggung beres.
Nyawa manusia dipersetankan.
Hanya untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.
Kita kena ingat. Manusia semakin gila.
Dalam kemodenan ini, masih ada yang 'berasap-asap'.
Meminta supaya ditukarkan takdirnya menjadi lebih bagus.
Benda ni dah lama. Tapi masih mendapat high rating.
Cara termudah untuk mendapatkan apa yang ditakdirkan
bukan miliknya.
Aku tak tahu, macam mana nak respon tentang hal ni.
Rasa marah, tapi aku rasa takut, dan rasa sedih.
Duduklah di mana-mana pun, manusia tetap ada.
Dan manusia jahat selalu ada.
Semoga Allah melindungi kita semua.
Kalau ilmu itu boleh dilihat, pasti gelap semuanya
kerana ramai yang mengamalkannya.
Na'uzubillah.
( Aku tengah busy buat kerja tadi. Roomates aku tengah bersembang
dengan kawan-kawan dia. Salah satu cerita, yang buat aku terinspirasi
untuk tulis entri ni.
Dia cerita kisah makcik dia, yang hidup dalam kehidupan yang
sangat tragik. Aku dengar, aku tak tahu nak rasa seram ke,
sedih ke, kesian or takut.
Masa makcik dia kecik, mak dia buang dia, dah besar dia khawin pun
kerana disihir oleh lelaki yang dulunya langsung tak dikenali,
baru-baru ni suaminya tu meninggal dunia, tinggal dia dan 2 org
anaknya yang masih sekolah rendah,
dia sendiri terkena buatan orang, bercampur
pulak dengan mahkluk-mahkluk halus yang memang ada dalam
banglo yang dia duduk tu, makin lama makin stress sebab
hari-hari nampak segala makhluk-mahkluk tu, hidup rasa takut je,
even pasang ayat-ayat al-Quran
dalam banglo tu pun akan terpadam sendiri, pengsan masa
tengah bersolat, dan paling tragik...
dia hampir membunuh anaknya sendiri yang lebih kurang
darjah 2...
tapi Alhamdulillah, sempat dihalang oleh anaknya yang kedua,
yang baru je darjah 3...
Astagfirullah'al azim....
Aku terdiam dengar cerita dia tentang makcik dia.
Punca?
Semuanya kerana dengki dan iri hati orang-orang luar yang
entah siapa-siapa entah, yang tak dapat memiliki makcik
kawan aku tu. Dia cantik sangat, tapi hidupnya tragik.
Itu je aku boleh cerita.
Cuma aku nak ingatkan, yang kita kena ingat tentang semua ni.
Kita hidup dalam masyarakat yang gila.
Mohon perlindungan Allah.
Semoga kita dijauhkan dari segala keburukan, kejahatan,
godaan serta gangguan syaitan.
Amin~~