Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, 23 April 2015

BACALAH Surah Al-Mulk Sebelum Tidur


Salam.
Entry ni agak panjang sebab banyak yang aku nak explain, termasuklah bagaimana surah Al-Mulk ini akan 'datang' kepada kita demi melindungi kita daripada azab dan seksaan kubur kelak. Harap sudi baca sampai habis sebab surah Al-Mulk tersangatlah besar manfaatnya, bukan untuk orang lain, tapi untuk bantu diri kita sendiri nanti di kubur sana.


Fahami apa manfaat sebenar daripada surah Al-Mulk?

Masa di sekolah asrama, kami diarahkan untuk membaca surah al-Mulk pada setiap hari sebelum light-off pada jam 11.00 malam. Masa tu, yang aku faham, baca surah al-Mulk sama fungsi macam kita baca ayat Qursi, iaitu untuk melindungi diri dan tempat kediaman daripada gangguan syaitan dan benda-benda tak elok. Apa jadi? Balik kelas prep, dah lah mengantuk, kena pulak baca surah, jadi aku baca dengan rasa yang malas dan tidak menghayati.

Serius, kalau aku tahu manfaat sebenar surah Al-Mulk ni masa tu, tak disuruh pun aku tetap akan baca dengan rela dan ikhlas sepenuh hati.

Kenapa? Sebab surah Al-Mulk bukan saja penyelamat (pelindung) daripada bahaya dan gangguan syaitan, tetapi surah Al-Mulk juga adalah penyelamat (pelindung) manusia yang mampu melindungi manusia daripada azab siksaan kubur! Subhanallah Al-Mulk mendapat keizinan Allah untuk melindungi pengamal (pembacanya) daripada siksaan kubur.


Daripada kisah itu, penting untuk kita faham, Al-Mulk boleh melindungi DENGAN IZIN ALLAH. Ia tidak akan boleh melindungi pembacanya SEKIRANYA TIDAK MENDAPAT KEIZINAN DARIPADA ALLAH.

Maka sebab itulah surah Al-Mulk dikatakan surah yang akan menyelamatkan kita daripada azab kubur kelak. Bagaimana?

Beramallah Dengan Al-Mulk Secara ISTIQAMAH

Amalkan membaca surah Al-Mulk pada setiap malam secara istiqamah. Kalau baru nak mula, boleh cuba 2,3x seminggu, dan teruskan sampai jadi 5,6 kali seminggu sehinggalah dapat amalkan hari-hari. Takpe, slow-slow sebab aku pun sedang cuba untuk istiqamah baca tiap-tiap malam before tidur. Jadikan lidah kita ni sebati dengan Al-Mulk, percayalah suatu hari nanti kita dah boleh hafal Al-Mulk, insyaAllah.

Sejauh mana keyakinan kita terhadap surah Al-Mulk?


Kita wajib yakin. Kita beriman kepada kitab Allah SWT, jadi kita wajib percaya dan yakin sepenuh hati sebagaimana kita mempercayai dan meyakini Allah. Jadi, untuk membantu anda meningkatkan keyakinan seterusnya menggalakkan anda juga mengamalkan surah Al-Mulk ini, aku kongsikan beberapa sabda Rasulullah SAW / Hadith / Riwayat / Para Ulama berkenaan kelebihan mengamalkan surah Al-Mulk :-

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

11. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

12. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

****************************************

Itulah serba sedikit perkongsian tentang manfaat apabila kita beramal dengan surah Al-Mulk secara istiqamah. Jangan lupa sampaikan pada sedara-sedara kita yang lain, sebab ini untuk 'pendapatan' kita di akhirat juga. InsyaAllah, amin~

P/s: soon, aku nak update pasal surah Al-Kahfi. Surah yang penting untuk kita hafal sebelum ianya betul-betul 'hilang' terus daripada dunia ni seperti yang tertulis dalam al-Quran. Surah Fitnah Dajjal!


Friday, 17 April 2015

It's Sunnah (n_n)


Salam.
Sunnah Nabi ni amatlah terlampau banyaknye kan. Aku tahu ramai yang dah amalkan sunnah-sunnah Nabi ni, so aku share kan ini supaya kita semua dapat tambah lagi dan ikut banyak lagi sunnah Nabi ni..(n_n) InsyaAllah~


















Okay itulah dia antara sunnah-sunnah Nabi yang sangat digalakkan untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita, dapat pahala tau. Mudah je kan (n_n) Ada banyak lagi kalau korang google, taip je 'It's Sunnah' nanti akan keluar yang versi kartun macam ni. Mudahlah kalau nak ajar anak-anak ke apa..hehe :)

Okay semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah sini.

Hehehe~


Wednesday, 18 June 2014

Friday, 9 May 2014

You say...Happy Mother's Day ?



Trending, ucapkan selamat itu, selamat ini di laman sosial.
Trending, upload gambar bersama dan kata saya sayang mak.
Trending, kalau tak wish atau upload di laman sosial, dituduh
tak alert dan tak sayangkan mak. Bukan hari ibu saja,
tapi dah macam trending untuk semua hari yang ada peristiwa.

Tahukah kita apa erti 'sayangkan ibu' yang sebenar-benarnya mengikut Islam?

(Sumber)

Dalam rancangan Al-Kuliyyah (TV3) siri 'Kirim Ibu Bapa ke Syurga', ustaz penceramah itu ada ceritakan sebuah kisah tentang seorang anak pada zaman-zaman Rasulullah SAW dahulu :

Ada seorang anak yang meninggalkan ibu nya untuk bekerja di kawasan bandar. Bayangkan dulu bukan macam sekarang, mungkin kena merantau jauh-jauh untuk mencari rezeki. Dulu bukan macam sekarang yang ada kenderaan, dulu hanya ada unta dan paling tidak pun memang harus berjalan kaki sahaja.

Dikisahkan anak yang sedang berada di bandar yang jauh dari ibunya, tiba-tiba terasa seperti ibunya memanggilnya dari kampung. Terasa seperti ibunya memanggil-manggil namanya, menyebut-nyebut namanya agar dia pulang ke pangkuannya.

Maka anak itu pun terus saja meninggalkan urusannya di bandar, dan segera menapak untuk pulang ke kampung halaman, untuk berjumpa dengan ibunya. Berjalanlah si anak dari hari ke hari, dari minggu ke minggu kerana jauhnya jarak antara bandar itu dengan kampungnya. Seolah kedengaran suara ibunya memanggil-manggil namanya.

Dia balik ke kampung semata-mata kerana ibu dia panggil dia, dia sanggup berjalan jauh selama berhari-hari sebab ibu dia panggil dia. Tidak terlarat lagi kerana penat lelah berjalan, si anak merangkak pula demi meneruskan perjalanan untuk berjumpa dengan ibunya semata-mata kerana ibu dia panggil dia. Habis berdarah-darah tapak tangannya, koyak-koyak seluarnya dan berdarah-darah juga bahagian lutut dan kakinya. Dalam berkeadaan begitu, dia pulang untuk berjumpa dengan ibunya sebab ibu dia panggil dia.

Rasulullah kata apa?

Anak itu masih belum layak lagi untuk digelar anak yang baik


....


Bayangkan betapa Rasulullah SAW nak tunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan seorang ibu, sehinggakan apa yang anak itu lakukan demi pulang berjumpa dengan ibu sampai merangkak dan berdarah-darah, pun belum layak untuk digelar seorang anak yang baik.




Sekarang ni mungkin kita lebihkan kerja, lebihkan member-member, lebihkan pasangan, lebihkan segala-galanya kecuali ibu bapa kita. Sebab kita tahu mereka pasti akan mengalah dengan kita. Ya, ibu bapa sangat sayang kepada kita, selalu ingin menjaga hati kita, selalu kata 'tidak apa' kan?




Kita memang takkan sedar selagi belum kehilangan mereka...

Kepada yang masih punya ibu bapa, berbuat baiklah kepada mereka sepertimana yang diajarkan dalam Islam, sebelum Tuhan tarik 'nikmat' itu dari anda untuk selama-lamanya. Ibu bapa adalah salah satu 'nikmat' yang Tuhan bagi kepada kita. Kasih sayang yang abadi. Takkan ada orang yang mampu sayang dan kasihi kita sebagaimana mereka mengasihi kita. Takkan ada orang yang mampu menjaga hati kita dengan selalu berkata 'tak apa' melainkan dia adalah ibu bapa kita...
walaupun orang itu kata dia cintakan kita dengan sepenuh hati..



Kepada mereka yang 'nikmat' tersebut telah diambil oleh Tuhan, jangan bersedih kerana kematian bukanlah suatu perpisahan untuk selama-lamanya. Anda memang tidak dapat berjumpa lagi dengan mereka, tetapi anda masih boleh menyedekahkan pahala untuk mereka. Siapa tahu, boleh bertemu di syurga nanti, insyaAllah :)

Dari rancangan Al-Kuliyyah 'Kirim Ibu Bapa ke Syurga', ustaz telah menyampaikan sesuatu yang mungkin dapat mendorong kita agar menjadi anak-anak yang baik untuk membantu ibu ayah yang telah meninggal dunia di 'sana' :

Sebilangan besar ulama berpendapat, insyaAllah pahala kebaikan kita dapat disedekahkan kepada ibu bapa kita. Kalau kita berbuat baik, contohnya kita membantu golongan miskin, kita niat dalam hati, 

'Ya Allah, aku sedekahkan pahala daripada kebaikan ini (sekiranya ada pahala), kepada ibu / ayah / kedua ibu ayah ku yang telah meninggal dunia...amin'

InsyaAllah, DIA akan membantu kita. Percaya dan yakin kepada Allah SWT. Janganlah dibiarkan kubur mereka gelap-gelita dan mendapat seksaan terus-terusan kerana dosa-dosa kita yang hanyut dengan keseronokan dunia, dan jarang mendoakan mereka.
Na'uzubillah...


Sekian saja tentang ibu dan ayah. Al-fatihah untuk kenalan aku yang ibunya telah tiada, Rain Suhati dan Reenapple (ini untuk yang aku tahu) dan semua yang berkenaan.


Kena kuatkan semangat bila nak tulis entry macam ni, lagi-lagi bila berkaitan ibu dan ayah :(


Wednesday, 26 March 2014

HUKUMAN MATI TERHADAP 529 ORANG PENYOKONG DR. MORSI



Belum pun habis kita menenangkan jiwa yang berduka
dengan berita pesawat MH370 yang dikatakan berakhir
di tengah lautan Hindi, Allah menguji kita lagi dengan
dugaan yang besar di mana, ratusan saudara Islam
kita yang telah dijatuhkan hukuman mati di Mesir.


Kalau masih ingat lagi, Dr. Morsi atau nama sebenarnya
Muhammad Muhammad Mursi Isa Al-Ayyat adalah
presiden Mesir pertama yang telah sah dipilih melalui
demokrasi dan suara orang ramai. Namun, beliau telah
digulingkan atas sebab-sebab ini :

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya
menghafaz al-Quran

2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat
utk melaksanakan syariat Islam

3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah
universiti antarabangsa

4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan
oleh NASA

5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen
terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.

6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk
jawatan tetapi dipilih oleh syura.

7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan
cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body
of Rights and Reformation

8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik
terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan

9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam
terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.

10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek
pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam
semua bidang kepakaran.

dan kerana ini, para pengikut dan penyokong setia
presiden Islam yang hebat ini masih mahu beliau
menjadi Presiden Mesir, seterusnya mentadbir Mesir
dengan berlandaskan syariat Islam yang sebenar-benarnya.

Namun terbaru, keadaan ini telah menyebabkan ratusan
yang tercedera dan menyebabkan seorang / dua orang
polis, yang akhirnya telah menjadi alasan kerajaan Mesir
agar boleh menghapuskan sekaligus penyokong-penyokong
kebenaran ini dengan kejam sekali.

MESIR BERSIKAP KEJAM JATUHI KUMUMAN GANTUNG SAMPAI MATI
KEPADA 529 PENYOKONG MOHAMED MORSI


Antara 529 penyokong Dr. Morsi yang diisytiharkan
dijatuhkan hukuman mati termasuklah Mursyidul Am
pergerakan Ikhwanul Muslimin, Dr. Mohamed Badie
dan presiden JFP, Dr. Mohamed Saad Katatni.

Tindakan ini, dibuat untuk menakut-nakutkan rakyat
menjelang pilihanraya presiden Mesir tak lama lagi, 
tetapi lihat lah sendiri wajah-wajah mereka yang bakal
dihukum mati ini...


Sesungguhnya mereka hanya takutkan Allah SWT,
dan sepatutnya kita juga begitu. Hanya takutkan
Allah yang satu, yang Esa dan yang berkuasa...

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut mengecam
kekejaman Mesir ini.

"Sesungguhnya hukuman ini merupakan langkah ke
belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap
terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir
keseluruhannya", tegas Presiden ABIM, Amidi Abd. Manan
dalam satu kenyataan.

Katanya, hukuman itu jelas merupakan rentetan daripada
langkah kuku besi yang didalangi oleh rejim pemerintah
Mesir untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka.

(Tambahan apa yang aku baca di KOSMO bertarikh
25 Mac 2014, pihak peguambela seolah tidak diberi
peluang untuk berbicara, dan perbicaraan yang dilakukan
hanyalah selama dua hari dan dijalankan tanpa dihadiri
oleh sebilangan besar yang dijatuhkan hukuman)

Menurut ABIM, 'pembunuhan kehakiman' terhadap
529 mangsa terbaru ini adalah usaha untuk memusnahkan
gerakan Ikhwan Muslimin yang bergerak serta berdiri di
atas dukungan akar umbi rakyat Mesir semakin berkembang.


Sumber : COGIbnu Hasyimmy Buletin, KOSMO, Ilham Ikhlas


Tuesday, 11 March 2014

Kekuatan 'Yassin 7 Mubin' dalam Mencari Barang yang Hilang



Yassin 7 Mubin bermaksud terdapat 7 ayat di dalam Surah Yassin
yang diakhiri dengan perkataan 'Mubin'. 'Mubin' bermaksud 'Nyata'

Berikut sumber daripada Nahdatul Syifa (Terapi & Rawatan Islam) tentang

cara-cara untuk membaca Yassin 7 Mubin :

Sebaiknya dimulakan dengan solat Hajat 12 rakaat terlebih dahulu

- Membaca Surah Yassin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama,
berdoalah kepada Allah (sebaiknya ditulis, kerana akan dibaca pada setiap Mubin,
dan niat atau doa haruslah sama)

- Kemudian ulang baca daripada Yassin semula, dan berhenti pada Mubin
pertama (berdoa), dan teruskan kepada Mubin kedua (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), dan Mubin ketiga (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), Mubin ketiga (berdoa) dan Mubin keempat (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), Mubin ketiga (berdoa), Mubin keempat (berdoa) dan Mubin
kelima (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), Mubin ketiga (berdoa), Mubin keempat (berdoa), Mubin kelima
(berdoa) dan Mubin Keenam (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), Mubin ketiga (berdoa), Mubin keempat (berdoa), Mubin kelima
(berdoa), Mubin Keenam (berdoa) dan Mubin Ketujuh (berdoa) dan teruskan sehingga
ayat terakhir Surah Yassin (maksudnya setelah berdoa di Mubin ketujuh, terus baca
Yassin sampai habis)

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
(boleh dikira pada perkataan berdoa yang telah di-bold-kan)


(oleh Tuan Guru Dato' Haron Din)


*Salah satu syarat adalah barang yang hilang itu mestilah sesuatu yang
berharga. Maka ikhtiar Yassin 7 Mubin ini boleh digunakan dalam ikhtiar
mencari MH370 kerana ia melibatkan ratusan nyawa dan kenderaan.
Moga-moga Allah SWT mengampuni dan mengasihani kita dan
memberi petunjuk kepada kita, InsyaAllah...amin...


Wednesday, 19 February 2014

Mari Bantu Masjid Al-Aqsa hanya dengan RM 20


Salam semua! Okay, harap semua sihat-sihat sejahtera dan dilindungi oleh
Allah SWT ya. Hari ni aku nak kongsikan sesuatu yang baik untuk sedara-
sedara Islam aku sekaliannya :) 

Korang mesti pernah dapatkan mesej-mesej sama ada melalui SMS di telefon,
sebaran info di laman-laman sosial seperti di Facebook, Twitter, Blog dan
sebagainya tentang keadaan Masjid Al-Aqsa sekarang ni yang didakwa dalam
bahaya dan bakal runtuh? Ya, pihak Yahudi dan Israel sekarang ni memang
sedang giat menggali bahagian bawah Masjid Al-Aqsa, dan sekarang aku rasa
dah banyak gila ruang yang berjaya digali, tanpa pengetahuan kita di sini...

Tapi sebelum aku bagitau cara untuk membantu Masjid Al-Aqsa ni, mari kita
betulkan atau tambahkan sikit pengetahuan kita tentang masjid ini :


Aku ringkaskan cerita :

Bila pihak Israel atau Amerika berkata tentang Masjid Al-Aqsa, mereka akan
menunjukkan gambar Masjid Al-Sakhrah yang berkubah emas (Dome of The Rock).
'Kesalahan yang disengajakan' ini telah berkurun lama dilakukan berulang-ulang kali
sama ada di kaca TV, di blog dan di laman-laman web sehingga umat Islam
sendiri yang mana jenis yang tak ambil endah, pun menyangka masjid berkubah
emas (Al-Sakhrah) itu adalah Masjid Al-Aqsa.


Adakah Israel dan Amerika bodoh??

Tentu sekali tidak, malah mereka lah mahkluk durjana yang terbijak di muka
bumi ini. 'Kesalahan yang disengajakan' itu membuahkan hasil apabila semakin
ramai Umat Islam yang tidak menyedari bahkan langsung tidak mengetahui
yang mana satu Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya, yang mana ianya semakin
memudahkan mereka untuk melaksanakan 'agenda besar' mereka.

Apakah agenda besar itu??

Masjid Al-Aqsa dipercayai telah dibina di atas tapak Kuil Sulaiman
(di zaman Nabi Sulaiman A.S)

Pada zaman pemerintahan baginda, terdapat segelintir umatnya yang mengamalkan
ilmu-limu sihir dan ilmu-ilmu hitam yang menyembah syaitan yang sangat
berbahaya jika ia berterusan diamalkan, kerana bukan saja ia jauh terpesong
daripada Islam, tetapi juga bakal memusnahkan hubungan dan
keamanan sesama manusia.

Jadi, Nabi Sulaiman merampas kesemua buku-buku dan naskhah-naskhah
tentang ilmu sihir tu, dan menanam jauh ke bawah tapak Kuil Sulaiman itu
dan melantik beberapa orang kesatria yang menggelar diri mereka sebagai
'Knights Of Temple of Solomon' (Knights Templar) untuk menjaga kuil itu
siang dan malam. Ia dijaga dengan baik pada awalnya....

Namun selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS, para Kesatria itu menyedari
apa yang mereka 'ada' di bawah tanah sana, dan mula menggali seterusnya
meyebarkan ilmu hitam di seluruh Eropah dan seluruh dunia. Sebagai penghargaan
daripada syaitan, para pengikutnya akan dijanjikan dengan kekayaan dan kebebasan
melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.

Mereka giat menyebarkan ilmu sihir dan ilmu hitam yang menyesatkan, dan dilihat
sangat baik dengan Amerika, kerana menegakkan satu tujuan yang sama iaitu,
menyeru orang ramai menyembah syaitan dan melakukan 'ritual' demi
menyambut kedatangan Dajjal Laknatullah!

Agenda besar mereka adalah, mereka nak musnahkan Masjid Al-Aqsa dan
bangunkan kembali Kuil Sulaiman atau nama lainnya 'Istana Dajjal' serta
mengembalikan zaman kegemilangannya yang menyebarkan ilmu sihir...dan bila
Masjid Al-Aqsa runtuh, maka itu adalah salah satu petanda hari kiamat

************************************************************
Daripada sini, kita sebagai umat Islam mesti mempunyai pendirian untuk membantu
Masjid AL-Aqsa, memahami isu-isu Al-Aqsa dengan mendalam, dan mengetahui
peranan kita sebagai seorang Muslim iaitu seperti berikut :

1. Mengetahui kedudukan dan kemuliaan Masjid Al-Aqsa

2. Mengambil tahu tipu helah 'mereka' untuk merampas Masjid Al-Aqsa

3. Menyedari bahawa Masjid Al-Aqsa sedang dalam bahaya!

4. Peranan kita secara peribadi mahupun organisasi terhadap Masjid Al-Aqsa


Untuk itu, marilah kita membantu Masjid Al-Aqsa (yang merupakan tempat
perjalanan Nabi Muhammad SAW pada Malam Isra' Mikraj dan merupakan
kiblat pertama bagi Umat Islam) dengan memberi sumbangan serendah RM20
kepada Al-Aqsa

Caranya :

1. Beli kupon ini  (Anjuran AMAN PALESTIN, Perak) :

Boleh sumbangkan lebih daripada 1 kupon yang bernilai Rm 20 :)
2. Bank in kan kepada :

MAYBANK 5622 6301 0787

BANK ISLAM 1202 901 004 7880

BANK RHB ISLAMIC 2124 576 000 4907

BANK MUAMALAT 1207 0051 337 17

BANK RAKYAT 22 080 619 5922

CIMB BANK 1215 000 1242 107

Kalau nak melalui aku pun boleh, ..korang kena email aku kat
lynndamya@yahoo.com, dan nanti aku akan beri no. akaun aku...
so lepas aku kumpul-kumpul, aku terus serahkan pada akaun akak senior
aku di Uitm dulu, sebab dia yang bertanggungjawab uruskan segala hal sumbangan ini :)

Inilah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya
MISI SELAMATKAN MASJID AL-AQSA, di tangan anda! ;)

(kalau dah niat nak menderma, derma je..jangan risau tak cukup duit,
sebab Allah pasti 'ganti' dengan sesuatu yang lebih dari apa yang kita beri,
kalau tidak di dunia, kita akan dapat di akhirat, tapi dengan syarat..
sumbangan diberi dengan ikhlas, tidak merungut, tidak mengungkit dan tidak riak)

Sekian terima kasih (n_n)
Jangan lupa email aku, kalau nak beri sumbangan melalui aku.
Aku tak dapat apa2, cuma tolong kongsikan benda baik untuk korang..Hehe ;)


Friday, 16 August 2013

Itulah Perjuangan Sebenar, Merekalah Pejuang Sebenar


Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.

Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.

Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.

Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.


( Sumber Penuh : Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir 
aku share kan kata-kata ini kerana semuanya betul tentang aku, tentang apa yang aku nampak,
tentang apa yang kita buat, dan tentang apa yang mereka di sana sedang buat di ketika ini.)

Thursday, 1 November 2012

Hebatnya ayat Qursi



Khasiat Ayat Kursi :

☑ Baca pada saat keluar rumah,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

☑ Baca saat masuk rumah,
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

☑ Baca setelah berwudhu,
Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

☑ Baca pada saat tidur,
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

☑ Baca setelah sholat,
Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.