Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Tuesday, 8 August 2017

Mari Melantak di Kafe Seringgit Sembilan Posen (Eat & Repeat Cafe)

Salam!

Dah lama rasanya aku tak update entry makan-makan kat blog ni kan? Hahah, sebenarnya ada je aku try cafe-cafe baru cumanya tak sempat pula nak review kat sini. Tapi cafe yang ni, aku cuba jugak untuk review secepat mungkin sebab ianya sangat menarik dengan konsep yang sama ala-ala Boat Noodles! Di mana??

Kafe Eat & Repeat, Bandar Baru Bangi

Ya! Inilah rupa kafenya daripada luar. Simple macam kedai biasa-biasa je kan, tapi harga sangat best dan menunya saaaangatlah sedap sangat-sangat!

Ini pulak menu dia. Owh ya, tadi aku ada mention yang konsep kafe ni ala-ala macam Boat Noodles kan? Sebabnya di Kafe Eat & Repeat ni, menunya dihidangkan dalam small portion yang mana harganya cuma Rm1.90 sahaja setiap satu. So, boleh lah makan sikit-sikit dan raaaaasa semua menu yang ada dengan senang hati tanpa rasa takut tak habis makan/ rasa tak mampu nak bayar. Dan disebabkan air dia pun sama je harga dengan menu-menu dia, maka di belakang menu tersebut dah siap sedia dah dengan sifir RM1.90 supaya senang nak kira. Memang best!!


So, jom tengok apa yang kami order malam tu :)


Dari atas kiri:
Macaroni Goreng, Pulut Mangga, Lontong, Nasi Lemak, Nasi Putih Ayam Cincang.

Dari bawah kiri:
Mi kari, Nasi Impit Rendang Ayam, Nasi Putih Ayam Kunyit dan Nasi Putih Ayam Cincang.

Haa...ni makan 4 orang je pun, tapi setiap sorang order 2 mangkuk gitu sebab size hidangan dia sikit-sikit kan. Untuk 1st round aku order mi kari, nasi putih ayam cincang dan pulut mangga.

Perghhh! Sedap tak hingat~ Kahkahkah :D Nasi Putih Ayam Cincang dengan Pulut Mangga tu is very highly recommended!!! Sedap ya amat... nyampah tau! Sedap gila... hahaha mi kari kureng sikit sebab aku pernah rasa yang lagi sedap, tapi lagi dua menu tu memang best!! Air bandung dia pun manis dan just nice :D

Suami aku dia ada order nasi lemak untuk 1st round, dia kata sedap gila! So, untuk second round aku pun oder lah nasi lemak jugak. Kah! Dia oder jugak nasi lemak tu weh untuk 2nd round. Sedap bebenor lah tu :p

Ni lah rupa nasi lemak tersebut. Dan rasanya, ya Allah sedap jugak! Sambal dia memang terbaik. Telur dia pun even telur dadar yang dipotong-potong tapi ia tebal. Takdelah nipis seperti sehelai kain yang biasa kita dapat kalau beli nasi lemak singgit kan? Hahaha... memang sedap! Nyum~nyum~

Dan inilah hasilnya daripada kami berempat malam tu. Kalau adik aku ikut sekali malam tu confirm lagi tinggi mangkuknya tu bersusun. Hahaha~ so overall makan di sini sangatlah berbaloi, sangat berpuas hati, servis dan layanan tip-top, makanan dan minuman sedap dan harga yang berpatutan. Aku memang sangat rekomenkan korang untuk melantak habis-habisan di sini! Hahaha :D

So untuk location, korang ada Waze kan? Haaa... waze je lah sonang yo! Zaman teknologi dah canggihkan, pasti tak sesat punya. Jadi, selamat melantak di Kafe Eat & Repeat pada harga yang mampu milik! Haha :D

P/s: Next time kalau dapat pegi lagi aku nak order nasi lemak 1x dengan pulut mangga 2x. Pergh, bersantan semuanya confirm ngantuk lepas tu. Hahah :p

Thursday, 23 March 2017

Kisah Terhantuk di Sebijik Kafe Kucing

Salam :)

Kalau korang nak tahu, ni semua adalah entry tergendala akibat pembawakan baby yang membuatkan aku malas gila nak buat apa-apa termasuklah update blog. Maaf ye baby, kamu jugak yang disalahkan~ Hahaha! Okay, tanpa buang masa, entry kali ni nak review cafe kucing pulak area Bangi ni. Baru je bukak awal tahun ni... So, jom tengok best ke tidak :D

CAT SIGNATURE, BANDAR BARU BANGI


Okay, mula-mula aku akan bagitau satu rahsia yang mereka tak war-warkan dalam FB Page mereka iaitu:

Kalau nak tengok kucing kat tingkat atas, kena bayar lain.

Maksudnya, kalau korang datang just untuk melawat kucing-kucing tu je tapi tak nak makan kat situ, pun BOLEH!

Bayaran masuk tengok kucing:
Adult: RM10
Kids (12 years above): RM7

Masa kitorang sampai kat situ, bau gulai tempoyak ikan patin daripada kedai Temerloh di sebelah sangatlahhhhh menyelerakan dan begitu menggoda sekali, tapi dek kerana aku nak sangat main kucing, so kami pun kuatkan iman untuk makan jugak kat Cat Signature. Kalau lah aku tau, boleh datang main kucing je, memang aku makan kat kedai sebelah tu dowh~

Sampai-sampai je teruslah pergi ke kaunter untuk order. Aku order kuew teow goreng pedas, suami pulak order nasi goreng kampung pedas :D Pedas-pedas belaka, you all~

Macam biasa, air sampai dulu. FYI, gelas tumbler tu korang boleh bawak balik okay. Tu sebabnya kenapa harga air minuman kat sini boleh tahan mahalnya, sebab dah dicaj sekali dengan tumbler tersebut. Aku tak surelah kalau datang lagi dengan bawak tumbler sendiri akan dapat diskaun untuk air ke tak...dah lah agak mahal, orang belakang boleh slumber je tinggalkan tumbler diorang atas meja....gua dah rasa nak amek pastu jual~ Hahaha!

Satu yang aku suka, servis diorang. Masa mula-mula makanan kitorang sampai, kitorang berselfie sakan lah kan. Yelah, orang jakun :p Tapi aku pelik apesal staff yg amek order kitorang tu macam tertengok-tengok je pastu tanya rasa makanan okay ke tak... aku cakap belum makan lagi, syok ambil gambar...haha...

Tapi, tak lama pastu dia tanya lagi, rupa-rupanya dia bgtau order kitorang tersalah, belum di-pedas-kan lagi rupanya...tu yang jadi sebelum dan selepas tu :D Nasi goreng dia versi pedas memang sedap!!! Kuew teow dia je pedas gila, tak tahan pulak aku...wuwu then okay, dah kenyang baru boleh pergi main kucing!! Yeahhh!!

Kucing putih ni besar gila sebenarnya tau...


Kiri: Kucing Munchkin si kaki pendek... Kanan: Kucing Parsi

British Short Hair (keje asyik nak gigit tangan aku je~)


Memperkenalkan, inilah kucing jenis Ragdoll yang harga dia mencecah belasan ribu kalau masuk Malaysia!! Mahal gilaaaa nak mati! Dah lah tido je, memang aku gigih nak tarik dia keluar daripada rak tu sampai aku berjaya memalukan suami aku dengan jayanya~ Hahaha..

Terhantuk kat rak kucing

Kucing mahal dah depan mata dowh, takkan nak tengok jer~ Tengah-tengah gigih aku bersujud depan kucing tu, dapat je capai badan dia terus aku bangun nak tarik keluarkan beliau, sekali terhantuk pulak kepala aku kat rak belah atas yang terjojol sikit tu. Aku dah nak maki je rak tu.... bongok betul buat design terjojol-jojol macam tu. Agak bergempita jugak lah bunyi hantukan tu sampai semua yang ada terdiam dan pandang arah aku. Sian suami aku masa tu, mesti dia rasa nak menyorok time tu...HAHAHA!!

Best ke main kucing di cafe-cafe camni?

Best ke? Pada aku, TAK BESTTTT~~~ hahahaha...sebab:

1. Kucing mahal ni jenis kuat tidur, pastu sombong. Diorang tak friendly macam kucing local.

2. Diorang dah diberi makan secukupnya, tu yang membuta je. Ajak main-main pun diorang mampu tengok je, pastu pejam mata balik. Grrr~

3. Diorang cepat stress bila orang ramai-ramai kerumun diorang. Nak privacy lah kononnya, tak suka ramai-ramai~

4. Diorang tak aktif macam kucing local. Terbaring sesaja dan kurang mengeow dengan kita. (sentap kucing tak nak berbual dengan aku)

5. Sesak. Kalau kau masuk time orang tengah ramai, kemungkinan besar kau tak dapat kucing. Semua dah kena 'book' dengan orang yang datang awal. Kena tunggu kucing tu lari or orang tu blah baru kau dapat peluang amek kucing tu pulak.

6. Rak terjojol. Kanak-kanak macam aku mudah terhantuk...

*************************************
So, ikut pengalaman aku sendiri, cukuplah dah dapat merasa main-main kucing mahal di cafe-cafe macam ni. Nak pergi lagi? Erm, tak kot~ Balik rumah nenek aku lagi best, kucing semua manja, cergas dan aktif sentiasa. Hahaha~


P/s: selfie seketul bersama kucing parsi yang tido tak reti-reti nak bangun~ Location cafe ni korang waze sendiri je lah ek..hahaha

Wednesday, 22 March 2017

Review Western Food Paling Sedap di Kulai, Johor

Salam (n_n)


Hari tu aku satu family jalan-jalan cari makan dekat area AEON Kulai, then decide lah makan dekat Restoran Young Arif. Tengah dok makan2, rupanya sebelah restoran tu ada sebijik cafe western food nama Major Street. Gila tak perasan pun selama ni? Serius tak perasan! Tengok ramai je yang masuk makan kat situ, so mak aku kata nanti boleh try lah makan kat situ.

So, aku pun memulakan lah tugas membaca survey berkenaan cafe Major Street ni~ dan tak sangka pulak ramai yang beri positive feedback tentang Major Street, daripada deco, makanan, service sampailah ke rasa makanan tu sendiri diorang kata memang tip-top! Aku ape lagi, dah tengok semua komen memberangsangkan, memang harus terjah lah kan!

Pakai sememeh je sebab cafe nya dekat gila dengan rumah~ hahaha so tak yah nak dress up sangat lah mak buyong oii~ :p sekali tengok gambar dah macam bibik pulak ..hahahah

So, bila menu sampai, agak rambang fikiran sebab tak tau nak order apa..sebab menu takde gambar, so 'rambang mata' tak boleh di-applykan di sini, kita guna rambang fikiran je lah :p At last, macam biasa mak aku manusia yg paling susah nak decide order apa....maka ini lah dia makanan2 kami :D

Chicken Nachos Rm12.90 (sesuai makan ramai-ramai sebab portion banyak)

Chicken Rice Grilled Chicken Rm13.90 (sedap!!!)

Beef Roti John Rm7.90 (ni abah punya, pun sedap jugak!)

Fish and Chips Rm14.90 (sedap tapi isi ikan dia macam halus sangat, tepung je besar..hahah)

Spaghetti Seafood Aglio Olio Rm14.90 (adik aku kata sedap)

So, tu lah dia antara menu yang kitorang pilih hari tu. Semuanya sedap2 belaka! Banyak lagi menu yang aku tengok ramai rekomen sedap, antaranya skewer mushroom soup diorang. Memang akan pergi lagi next time sebab berbaloi dengan harga dan kesedapannya. Makan 5 main food + 3 air + 2 air suam : RM95 je!!


Sekian, review Cafe Major Street, Kulai daripada aku~ gigih nak makan kat sini jugak masa balik Johor hari tu sebab lepas tu aku hanya akan balik johor semula lepas bersalin. So, before aku berpantang, haruslah melantak western food ni dulu ek...haha :P


P/s: ramai yang buat birthday party dan dinner di sini tau. Sangat happening, semoga sukses Major Street Cafe :D


Friday, 25 November 2016

Burger King 2 Ketul Rm9 Jer

Salam (n_n)
Yuhuuuuu~ aku memang suka Burger King tapi selama ni memang 2x je pernah makan situ sebab regenye boleh tahan. So, bila dah alang-alang ada promosi camni, janganlah kita melepaskannya! Hahaha :D


Untuk promosi 2 bijik Rm9 ni, hanya ada 4 pilihan burger yang korang boleh pilih iaitu:


Hari tu kitorang beli dekat Burger King dalam KL Central. Aku amek Cheese burger, dan suami aku amek Chick'N Crisp, lalu bergembiralah kami berdua sebab dapat menikmati burger king ini pada harga yang berbaloi-baloi (n_n) Hahaha~



Burger Chick'N Crisp:
Rasa dia ala-ala McChicken daripada McD, cuma lebih rasa cheese. Sedap!!

Burger CheeseBurger:
Rasa dia ala-ala Double CheeseBurger daripada McD, tapi dengan rasa daging yang di-grill. Sedap jugak!!

P/s: selamat menjayakan promosi Burger King, sementara stok masih ada dan T&C!

Tuesday, 27 October 2015

Makan-makan Sempena Birthday - Part 2

Salam!
Hoi lah bulan Oktober dah nak habis pun masih tak setel2 lagi entry birthday aku hari tu. Hahaha, banyak sangat urusan lah :p Ok, tak nak panjangkan mukadimah, jom tengok kat mana adik aku belanja makan sempena birthday aku yg ke-26 ni...

Restoran Marines Cafe (Pasar Karat, JB)


Sebenarnya, ikut perancangan awal nak makan kat BigFood, tapi sebab keluar dah malam, so Bigfood dan banyak restoran lain dah fullhouse. Akhirnya decide pergi Bazar Karat dan pilih je lah makan di Mariners Cafe tu. Tapi, masa mula-mula sampai, keadaan agak pelik sedikit dan berlaku something yang kurang syok lepas tu~ Hmm...


Sampai-sampai, masuk je aku dah pelik apesal kosong?? Tak ramai orang pun? Before ni kalau lalu je mesti cafe ni dah penuh, tapi kenapa masa tu kosong? Kan ni malam minggu? Dah awkward sikit tapi tetap pilih meja sebab dah tak tau kedai mana lagi nak pergi. Kami pilih meja di tingkat atas...dan standard lah dalam cafe macam ni korang boleh jumpa pelbagai jenis kerusi dan meja..hehe


Sorry gambar blur ya amat. Tangan menggigil kelaparan~ Hahaha over!



Ni abah aku cakap kerusi kapal terbang. Entah betul ke tak aku tak sure lah. Abah aku punya fakta kekadang meragukan jugak sebab ikut suka dia je cakap. Haha :p Kami pilih kerusi biasa je, tapi dekat dengan beranda dia..



Dekorasi kat area meja kitorang agak vintage dan unik, but still agak pelik. Sebab aku tetap rasa something yang pelik. Aku rasa tempat ni macam usang gila! I wonder apesal cafe ni macam agak bersepah dan tak kemas di sana-sini. Customer boleh nampak bahagian stor dan loteng yang macam berhantu tau tak...hmm~ but okay, diam je. Pilih menu...

Pekerja dalam tu ada 2 orang je. Punya lama nak tunggu dia naik atas untuk bagi buku menu. Pas bagi menu dia turun bawah, bagi masa kitorang pilih, pastu dah pilih-pilih, masa nilah yang buat kami menyirap mcm air sirap! Hishhh...

Order itu takde, order ini takde, itu habis, ini habis. Boleh kata hampir 80% food yang ada dalam buku menu tu SEMUAAAAA HABIS DIA KATAAAAA!!! Arghhhh dah macam nak blah daripada situ. Geram tak terkata sambil order je lah makanan yang masih ada~~~

Sandwich Cheese Bread

Fish Burger

Fish And Chips

Okay semua makanan tu sedap even fish dekat fish n chips tu jugaklah yang dia sumbat dalam fish burger tu~ Terima kasih kepada adik aku yang belanja semua ni (n_n). Tapi, aku masih lagi melayan mood ke laut aku masa tu. Geram sebab staff tak mention awal2 food mana je yang tinggal. Such waste our time duk terpilih2 makanan yang sebenarnya memang dah takde...Hmm :/

Then time bayar, aku keluar dulu dengan abah aku. Mak aku teman adik aku bayar, tanya-tanya barulah staff tu cakap sebenarnya cafe tu dah nak pindah, esok hari last bukak kedai. So, memang banyak yang dah habis. Then aku pun macam owh~~~~ (dalam hati cam tertanya ape je lah food yang tinggal esok ek??)

LAIN KALI MENTION LAH AWAL2 SEMUA TU, NI DAH NAK TUTUP KEDAI PUN ADA HATI NAK NIAGA LAGI. DAH HAMPIR 80% MAKANAN TAKDE PUN MASIH NAK NIAGA LAGI, BAGI BUKU MENU TANPA INFORM APA-APA PULAK TU. Aku boleh terima if bagitau awal2, customer pun taklah marah. Ni dah macam kes memerangkap customer pulak dah..haihhh~

Apapun, jangan dah cari kedai ni kat Pasar Karat tu, sebab dah tutup~

Okaylah, emo pulak tetiba bila ingat balik. Nasib kau lah sebab aku blogger, so aku citer depend on my pengalaman lah kan. Lain blogger, lain pengalaman kan? Hehe :)


P/s: lukisan dinding kat cafe tu cantik! Cam nak potong dinding tu bawak balik rumah, haha~

Friday, 23 October 2015

Inilah Rupa Contton Candy Paling Popular Di China

Salam!
Haaa pernah tengok tak cotton candy bentuk macam sejambak bunga besar camni??


Dikatakan cotton candy bentuk bunga ni sangat feymes di China dan ramai yang membeli sebab bentuk dan rupanya yang unik, comel dan colorful tu. Kalau aku, aku pun terbeli. Haha meh kita tengok camne diorang cipta cotton candy flowers ni...


Mula-mula, guna serbuk gula yang colorless je untuk cotton candy warna putih. Dah habis tu, letak pulak serbuk gula yang berwarna untuk jadikan lapisan-lapisan yang berwarna, macam ni...



Haa, nak jadikan dia bentuk tu, tekan guna lidi je camni haa...




Tadaaa siap dah!! Besar sebenarnya cotton candy flower ni tau, memang kalau pegang tu macam pegang jambangan bunga lah kiranya, hahaha seronoknya!!




Besar gila kan, makan sorang jenuh jugak ni! Haha sesuai untuk dimakan ramai-ramai lah ni kiranya..hehe

Video cara buat cotton candy bentuk bunga

Menarik, kan!! Begitu kreatif sekali dalam memanipulasikan design makanan. Even benda2 simple camni pun boleh jadi wahhh! Yang tak suka cotton candy pun boleh tetiba suka nak beli. Hahaha..(n_n)

P/s: tetiba teringin nak makan cotton candy lah pulakkk~