Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 29 October 2014

Murah Berbaloi di Restoran Uncle Jack !!!


Salam!
Pergh bersemangat betul aku nak review pasal Restoran Uncle Jack ni. Harga dia sangat-sangat murah dan berbaloi bagi aku!


Restoran Uncle Jack ni selalunya terletak di dalam pasaraya Giant. Yang aku pergi ni dalam Giant di IOI Mall, Kulaijaya. Baru lagi restoran ni kat sini. So, hari tu kitorang satu family pun decide nak try makan di situ.

Mula-mula tengok menu dia macam tak caya. Sebab murah sesangat dan sangat berbaloi! Tengok ni, biar betul???



Aku dengan abah aku pakat pilih nak makan menu budak-budak punya, sebab murah sangat dan ada aiskrim! Hahaha, tak sedar diri betul lah :p 



Aku makan set yang ada nugget (6pcs), abah aku makan set yang ada ayam seketul...murah gila Rm3 je siap dengan air, dah lah free ice cream pulak tu! Nugget pun besar-besar tau, sangat berbaloi! Owh ya, cuma kalau menu kanak-kanak ni, nasi dia kurang sikit berbanding yang biasa. Hehe owh ya, nasi dia bukan nasi putih tau, tapi nasi ayam. Sedap dan lembuttt je~ :D


Mak aku order set nasi + 2 ketul ayam goreng, siap dengan air cuma Rm5 saja!! Murahnya...dan sangat berbaloi sebab ayam dia besar dan tepung dia sedap dan rangup! Nyum~nyum~


Overall, kami sekeluarga rasa sangat-sangat berpuas hati makan kat Restoran Uncle Jack ni, sebab walaupun harga makanannya sangat murah, tapi kualitinya tip top! Berbaloi, ayam besar, dan rangup! Servis pun cepat sebab semuanya dah tersedia, dia tinggal ambil dan letak dalam kotak kertas...so dah boleh makan! Very nice presentation and good service! Welldone (n_n)

P/s: Masa pergi tu aku tak snap gambar, ni semua gambar google. Nanti nak makan sini lagi, nak rasa set chicken rice shop dengan karipap pusar dia, aku snap pic jelas-jelas ye..haha



5 comments:

MaYAsHiKiN said...

wahh...mmg murah...mknnnye pun nampak sedap..hehe..

lia said...

wahhh menarik nyer... so far x pernah jumpa g restaurant ni, bole la cari2 gak kalau p giant...

nur anis said...

yup...mula-mula saya tengok hari tu, memang terkejut jugak sebab murah...rasa pun boleh tahan sedap..sesuai untuk berjimat cermat...

Hafiz Hafizol said...

Giant kat kampung saya pun ada.. kalau balik kg, memang kawan2 ajak g situ sebab makanan murah2 .. hehehe..

Suria Amanda said...

Akak x pernah cuba lagi la...tp ada la nampak kat dlm giant. .boleh cuba kot lepas ni...