Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 8 August 2014

Berbaloikah makan di Restoran Upin & Ipin ??


Salam.


Dah lama aku perati je restoran ni tiap kali aku pergi Angsana or on the way ke JB. Memang teringin nak makan kat situ, sebab aku dengan abah aku minat betul tengok kartun Upin-Ipin tu..hehehe~

So raya ke berapa hari tu, memandangkan belum banyak kedai makan yang bukak, aku ajak family aku makan malam kat Restoran Upin & Ipin ni..aku memang bajet-bajet menunya maybe standard harga macam set KFC or fast food yang lain, around Rm 10 ke atas camtu lah...


Ini pulak buku menu dan foods yang ada kat restoran ni. Food memang semuanya nampak menyelerakan, lagi-lagi ayam goreng.



Antara harga western food kat situ..price rate memang standard seperti yang dijangka...

So, takde pape yang menarik berlaku masa tengah menunggu makanan sampai. Tonton je lah dua bijik TV yang dipasang dengan kartun Upin-Ipin tu. Masalahnya, ada dua bijik TV dalam satu ruang kedai, tapi pasang citer lain-lain, so agak serabut.

Dalam 10 minit kemudian, minuman dan makanan pun sampai.

Carrot Susu, Peach Tea, Teh O Ais dan Sirap Bandung...air okay, takde masalah, cuma Carrot susu tu agak kecik gelasnya..Cuma harga..harganya mak oii~ air biasa kat kedai makan biasa je pun kau bedal sampai cecah Rm 3 segelas?

Ini Chicken Popcorn. Yang ini memang aku syorkan kat korang..kira Must Try! lahh~ rempah tepung goreng dia tu sedap, dan agak banyak dengan harga dia Rm 3.90 tu..

Ini pun sedap jugak, ubi dia lembut dan besar-besar. Sambal bilis dia pun okay. Padan lah dengan harganya, cuma aku tak ingat Rm 3.90 ke Rm 4.90 ek...
Nasi Goreng Tomyam...rasa dia sedap, cuma tu lah, kedai biasa pun boleh dapat makan dengan rasa yang macam ni, dengan harga yang lebih murah...
Ni kalau tak silap aku nama dia Nasi Goreng Resepi Atuk...eh Nasi Goreng Tuk Dalang...lebih kurang camtu lah..ni mak aku punya.. Untuk harga yang mencecah Rm 9.90...mak aku cakap tak berbaloi..rasa yang biasa dan mahal sesangat!
Ini adik aku punya, Carbonara Spaghetti ke apa entah...pada aku mungkin sedap, tapi pada tekak dia yang before ni dah banyak merasa yang lebih sedap, so dia cakap ini sedap tapi kuahnya tu kurang pekat...
Tibalah giliran nasi aku...Nasi Putih Daging BlackPepper...harga around ten ringgit. Daging liat ! Daging liat ! Daging liatttt !!! Aku request ayam dekat kertas order tu, tapi sikit pun waiter mahupun tukang masak yang baca kertas tu, datang kat meja kitorang dan tanya untuk confirmkan tentang request itu. Semuanya main masak dengan confident nya dan hidangkan daging liat tu kat aku....ape kau tak rebus dulu ke daging tu? Haishh..terus hilang selera aku. Dan tentang request aku tu, jadi apa guna kau sediakan ruang 'Nota' kat dalam kertas tu kalau korang sendiri yang tak take note...??


Overall...makan di Restoran Upin & Ipin, tak berbaloi jika dibandingkan kesedapannya dengan harganya yang agak mahal. Nak makan kat sini boleh, cuma jangan harapkan kesedapan yang tinggi setinggi harganya tu.

Dari segi idea memang dah okay, konsep kedai semua decoration luar dalam kedai, nama-nama food semua gempak-gempak, cuma tolonglah, jangan sekadar tangkap muat je kalau nak buat restoran. Selalunya, aku memang buat research kat blog-blog kalau nak try satu restoran ke apa ke, tapi kali ni aku yakin Restoran Upin Ipin sedap...tapi nampaknya tidak.

Aku try google, pengalaman diorang yang makan kat situ, tapi majority nampaknya tak berpuas hati. So, macam mana ya..? Aku makan kat situ, dengan ketidakpuasan hati...total semua Rm 71. Nak nangis ke tak? Kalau sedap tak pe, ini tak...

p/s : Aku pergi makan kat situ sebab nak support kedai usahawan Melayu, tapi....? Hehehe..jangan marah kalau aku tak support lepas ni ;p


2 comments:

eima said...

dik ai dah penah review dah .. mmg hampeh tak berbaloi ngan harga ....

Diana Rashid said...

ha ah..selama akak baaca review pqasal restoran ni rata2 semua kata tak memuaskan..depa tak ambik kira ke pendapat pelanggan..dulu sampai sekarang tak berubah2..