Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 5 March 2012

Perlukah 'surat wasiat' untuk itu ?


Sesungguhnya ajal dan maut di tangan tuhan. Mati itu pasti.
Cuma yang menjadi rahsia adalah bila, di mana dan bagaimana.
Aku sering terfikir, soal kematian. Banyak yang aku fikir.
Contohnya, apa yang berlaku kepada akaun-akaun alam maya aku ni.



Akaun facebook aku...
Takde siapa pun yang tahu apa passwordnya...
Segala gambar aku, akan kekal di situ...
Biarpun gambar aku itu bertudung,
tapi sempurnakah?
tertutup kah semua aurat ku itu?
Ia kekal di situ, dan masih boleh dilihat
walau aku telah tiada...
Perlukah password itu 'diamanahkan'
kepada seseorang,
untuk menutup terus akaun itu,
selepas aku tiada...



Blog ini....
Blog kawasan Lynn Damya....
Bukan blogger terkenal,
Bila aku pergi untuk selamanya,
blog ini akan bersawang tidak ter'update..
blog ini akan sunyi sepi tiada pengunjung....

 
Akan ada kah yang perasan semua itu?
Mungkin ada, tapi mungkin tidak terfikir bahawa
penulisnya sudah tiada...
Perlukah aku 'mengamanahkan' blog ini,
kepada seseorang yang boleh dipercayai,
untuk terus menjaga dan menghidupkan blog ini?


tapi, siapa?




...................................


Semoga kita semua dimatikan dalam Iman, 
amin :)


6 comments:

Zaza Iman said...

terfikir juga kan..ermmm...macam mana lah ye

Unknown said...

tak perlu amanah kan kat sape...
sbb..bile lame tak terupdate, blog / akaun anda akan expired dgn sndirinye..
hehe..
sory...
wanie maen2 plak..huhu ^__^
nice!!

suzie rahman said...

salam lynn, wah thx ingt kn :) xpnh terpk plak. hurmm

Lynn Damya said...

zaza : kann :(

Wanie : haha it's okay lah (n_n), ceria selalu :D

suzie : wslm, same2 igtkan, hehe (n_n)

Shida Radzuan said...

sama la terfikir juga..blh la kite sama2 ingtkn.. :)

Nong Andy said...

aku dah tulis siap-siap dalam diari password :)

kalau jadi ape2 kat aku kot-kot derang geledah diari aku hehehe..