Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday, 3 September 2014

Harga Review Produk di Blog Saya :D


Salam.. :D



Entry ini ditaip untuk memperkenalkan anda dengan satu lagi medium yang dapat membantu serta mengembangkan lagi bisnes anda, selain menggunakan laman media sosial seperti FB dan Insta; iaitu Promote Bisnes Anda Melalui Blog.

Promote produk / servis / perniagaan di blog adalah berbeza berbanding platform-platform yang lain kerana di blog, kami menarik perhatian pelanggan melalui kata-kata dan pengalaman-pengalaman orang yang dah pernah menggunakan produk / servis anda. Ia amat kuat untuk mempengaruhi dan meluaskan lagi perniagaan anda :)


1. Apa yang boleh saya review?

- Produk kecantikan dan kesihatan
disertakan dengan testimoni daripada anda sendiri sebab saya takkan menjadikan diri saya sendiri sebagai testimoni ya..hehe

- Produk makanan / minuman homemade
lebih berkesan jika beri sample kepada saya, jadi saya boleh tulis tentang rasanya dengan ikhlas sekali..hahah

- Produk atau servis kreatif
seperti kraftangan, lukisan, doodle, jahit manik, buat design dan sebagainya. Anda nak kenalkan diri anda sendiri pun boleh (branding yourself)

- Review tentang perniagaan anda
Ya! Mungkin anda nak orang tahu anda adalah seorang bisnesman sekarang ini, dan nak kembangkan potensi perniagaan anda, jadi bolehlah promote bisnes / perkhidmatan anda di blog saya

- Review berkenaan pelancongan / restoran / perhotelan dan sebagainya
Ya! Kuasa blogger sangat penting dalam hal ini. Ramai orang yang membuat survey berkenaan ini. Rata-rata mencari tempat pelancongan bajet, pakej berbulan madu yang bajet, restoran yang sedap bagi food lovers, hotel yang murah dan servis yang baik dan sebagainya. Mungkin cara promote di blog lebih berkesan berbanding di TV, Surat Khabar atau majalah sebab bila mereka baca di blog, nampak saja link anda, mereka terus boleh klik dan survey pada masa tu jugak!


2. Apa yang saya taknak review??

1. Saya menolak review tentang segala produk kecantikan / kosmetik yang memerlukan saya menjadi testimoninya terlebih dahulu.

2. Saya menolak review barangan yang haram di sisi Islam seperti rokok, arak dan sebagainya.

3. Saya menolak review tentang barangan 18SX seperti alat besarkan itu ini, alat nak bagi abang sayang lah, isteri puas lah, dan sebagainya yang berkenaan. Tak kuasa aku tau~


3. Cara saya membuat review??

Lain blogger, lainlah style penulisan dan reviewnya. Tetapi bagi saya, berikut merupakan ciri-ciri penulisan saya bila menulis review :

- Gaya penulisan yang santai dan tidak skema (ala-ala tengah bersembang gitu)

- Saya menganggap visual dan penerangan sama penting, jadi entry review saya akan ada gambar-gambar dan caption sebagai penerangan

- Saya akan cuba membuat entry review yang ringkas tetapi padat, tidak berjela-jela sampaikan orang boring nak baca.

- Beberapa entry saya telah mendapat tempat pada page pertama di Google (kerana tajuk entry yang mesra SEO), jadi saya akan cuba membuat tajuk entry review yang mesra SEO untuk anda juga, insyaAllah

- Saya juga akan akan membuat entry review itu lebih menarik dan teratur dengan menggunakan warna-warna font yang sesuai, di samping meng'highlight'kan point-point penting.

- Entry review akan diletakkan backlink ke laman web anda (FB, BLOG, INSTA, WHATSAAP, FON NUMBER, dll) agar memudahkan pembaca blog contact anda terus jika berminat.


4. Siapa yang akan membaca entry review ini??

Setiap entry review yang saya buat akan di-share kan ke laman FB personal saya dan beberapa page blogger yang lain dan akan mengumpul pengunjung blog daripada situ. Saya juga rajin berkunjung ke blog-blog orang lain, dan ini merupakan basic trick agar blogger lain turut berkunjung ke blog saya dan membaca entry tersebut. Dan macam saya cakap tadi, tajuk entry yang mesra SEO sedikit sebanyak dapat membantu meramaikan lagi orang membaca entry tersebut. 

*Entry tersebut akan kekal dan tidak akan dipadam sampai bila-bila melainkan jika diminta sendiri oleh orang yang menempah ataupun jika blog saya tiba-tiba dipadam oleh encik google! Owh kejamnya~ Hahah..jadi selama-lama itu, entry review itu akan tetap dapat dibaca dari semasa ke semasa.


5. Harga review produk / servis / perniagaan di blog saya?

Harga ini merupakan upah untuk saya memikirkan idea dan cara yang berkesan agar entry yang dihasilkan menjadi ringkas tetapi padat, dan masa yang diperlukan untuk menulis sesebuah entry.

Harga :
Rm 30 - Rm 100 / entry

*tambahan Rm 10 untuk sticky post (entry) selama 2 hari.

*entry akan dibuat hanya selepas bayaran dimasukkan bagi mengelakkan customer 'ghaib' tanpa membuat bayaran selepas entry siap. Hahah :p

******************************************



Jadi, kepada sesiapa usahawan kecil-kecilan mahupun yang besar-besaran kalau berminat nak gunakan khidmat saya untuk membuat review tentang produk / perkhidmatan / perniagaan anda, bolehlah emailkan butir-butir kepada saya di :

lynndamya@yahoo.com
dengan tajuk 'Nak review barang'


Mana-mana kawan yang kenal aku tu, kalau nak try promote bisnes korang di blog aku, bolehlah PM je kat Fb aku ye~ harga kawan-kawan saje untuk u'olls~ haha

Haaa...okay~ Sekian terima kasih (n_n)


Letak gambar sendiri bajet boleh jadi pelaris lah konon~ Hahahah okay, saje interframe. Bye~

1 comment:

nur anis said...

haah la...comel sangatttt...geram...