Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 16 September 2014

Review Patung Kecil Felt by Lylac House :D


Salam...(n_n)
Kalau korang perasan, Hummy Lovey 'berkenalan' dengan Lylac House daripada suatu kejadian yang tak best. Tapi kami dah setel secara baik, dan aku pun dapat lihat yang Lylac House ada keunikan kraf yang tersendiri. Jadi, aku berbesar hati dapat review hasil kraftangan daripada Lylac House di sini (n_n)

Actually, hasil kraftangan di Lylac House tidak ada nama khas, jadi aku namakan je ia sebagai Patung Kecil, sebab semua kraf kat sini jenis yang kecil tetapi dibuat dengan kemas dan terperinci.

Jom lihat hasilnya :D

Ini baru siap kepala saja...tapi kalau korang nak request kepala saja pun boleh..saiz kepala lelaki tu (w)7cm x (h)5.5cm, manakala untuk saiz kepala perempuan tu lebar sikit sebab ada tocang (w)10cm x (h)5.5cm

Haa..ini baju untuk kepala perempuan tadi tau, lepas badan dia dah siap, dia akan pakai baju ni...

Tadaaaa !!! Comel takkk???


Aku sebenarnya begitu kagum dengan hasil felt kraf daripada Lylac House ni sebab beliau begitu mentabahkan diri menjahit kraf-kraf kecik comel begini, dah lah kecik, kemas dan siap terperinci sungguh. Kau tengok gambar atas tu, nampak tak camne rajin beliau buat kasut kecikkkk untuk patung comel tu? Haha~

Ini pula antara hasil-hasil patung kecil yang siap dihasilkan :


Ini pulak dibuat khas untuk anaknya, memang sama dan sangat comeyyy nyee kannn~~
 
Siap boleh bukak-bukak topi bagai~~ comel betul!

Sesuai untuk anak-anak kecik korang yang suka berangan nak jadi princess-princess tu~ hehehe
Dia siap boleh designkan baju dan kasut sekali tu, alahai rajinnya beliau nih..haha tapi memang comel, rambut ditiup angin tu~~
Aku suka dengan kekemasan yang diutamakan ni, jahitan tepi dia halus bebenor kan~
Haaa...kiut-miut sesangat kan...eee geram betul tengok!
Okay, patung-patung kecil ni tadi, bukan saja boleh dijadikan hiasan semata-mata, tapi boleh juga dijadikan sebagai

1. Hiasan untuk cover Photobook
2. Keychain
3. Hiasan untuk gantung kat dinding
4. Fridge magnet
5. Cucuk dengan lidi sebagai photobooth props / Jambangan bunga
6. Lekat pada bantal / lekat pada frame gambar
7. Sebagai cake topper

dan lain-lain. Pendek kata, semua pun bolehhh lahh! Haha, jom tengok gambar lagi :








Lekat di cover Photobook



Pencil Topper
Teddy bear kecil yang dilekatkan pada frame gambar :D


Haaaa okay! Banyak gila dah gambar aku letak, geram betul tengok semua patung kecik tu comel-comel semuanya. Paling best lengkap dengan baju tu dan lain-lain aksesori lagi tu. Hihi..

Okay, pada siapa-siapa yang berminat nak tempah patung kecil comel ni, bolehlah PM terus di FB LYLAC HOUSE (KLIK) atau whatsapp beliau di 011-3750 8703 (Akuma San) ya :)

*******************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


3 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Cantiknya. Boleh buat mainan untuk anak saya juga ni. :-)

hana hadi said...

alolo comelnya.. mintak free 1.hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

sweet.. yui lom buat lg bnda cmni..t nak try..huhu.tp mmg rumit n sbr kena tinggi.