Salam (n_n)
Last week masa hari jadi aku, adik aku belanje makan di Restoran Abah Beriyani, dan semalam, beliau belanja kitorang 1 family pergi makan-makan lagi. Kali ni kami pilih restoran ayam iaitu :
Restoran BBQ Chicken
(dalam AEON Bukit Indah, JB)
The restaurant entrance |
Dekorasi dalam kedai, lama tunggu barulah kedai tu kosong sikit. Owh ya, kehadiran 'mambang' di belah kiri bawah tu tidak disengajakan.. |
Korean Rice + chicken leg : Rm9.90 Ini sedappppp gilaaaaaaa (n_n) |
Chicken Spaghetti Bolognese : Rm12.90 Sedaaappp |
Mashed Potato (lupa harga, bawah Rm5 kot?) Ini tak sedap...haha KFC punya lagi sedap :p |
Ini ikan dory kot~~~lupa nama menu dia, Rm12.90 Pun sedapp jugak :D |
Sandwich Chicken ape entah..Rm18.90 Ini dalam menu gambar dia roti panjang dibelah dua camtu lah, sekali dapat amek kau dua bijik burger sekali haa~ Ini pun sedapppp burger dia :D |
Col-Pop Chicken : Rm9.90 (set dengan air) Sedap tapi keras sikit, lagi sedap ayam popcorn dekat Upin Ipin |
So, overall memang puas hati makan kat sini. Sangat-sangat sedappp!!! Hahaha, terharu betul masa makan semalam sebab sedap :p Memang sku suggest korang try restoran BBQ Chicken ni!
Abah aku sempat tidur kekenyangan jap sebab tunggu anak bininya habis makan~ hahah sian beliau :p |
Okay, sekian saja review tentang BBQ Chicken Restaurant di AEON Bukit Indah, Johor. Terima kasih sudi singgah sini (n_n)
1 comment:
Ini jawapan saya untuk soalan anda tentang laptop.
Saya cadangkan anda guna pendrive untuk format laptop. Refer sini http://sawangkrool.blogspot.com/2012/05/format-laptop-menggunakan-usb-pendrive.html
Step format sama macam guna CD.
Post a Comment