Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 1 December 2014

Tempat Menarik Baru di Melaka 2015


Salam...(u_u')
Mak aku suka buat surprise. Jumaat lepas, tengah aku duk tergolek-golek menjahit bantal kat bilik, boleh dia cakap "Jom, pegi Melaka esok!" Aku pun macam haa????

Terpaksalah reset minda yang dah berfikir nak qada' tidur kepada pergi bercuti...hahah~

So, ini antara tempat menarik yang baru di Melaka yang 'wajib' korang lawati semasa pergi ke sana :

1. Taman Burung Ayer Keroh, Melaka


Harga Tiket Taman Burung, Melaka...tapi sekarang promosi dah habis, so harga tiket refer tulisan yang warna hitam tu ya..
Dulu Melaka memang ada taman burung, tapi dah tutup, so digantikan dengan yang ini, di mana kemudahan dan kelengkapan memang canggih dan lebih mesra alam. Pengunjung kena naik atas jambatan laluan yang tinggi supaya dapat lihat beburung dengan lebih dekat lagi. Kalau malas menapak guna tangga, boleh naik je guna lift...class gitu taman burung ada lift kan~

2. Coral Wonderland, Dataran Pahlawan


Harga Tiket
Dewasa : Rm30
Kanak-kanak & Warga Emas : Rm20

Agak mahal dan bagi mengelakkan kekecewaan korang, aku inform dulu, tempat ni bukanlah macam akuarium besar macam di Aquaria KLCC tu, ia cuma tempat pameran ikan-ikan dan terumbu karang camtu je lah..





3. Muzium Kapal Selam, Klebang


Harga Tiket
Dewasa : Rm1.00
Kanak-kanak : Rm0.50

Muzium ni guna kapal selam sebenar tau iaitu kapal selam buatan Perancis yang bernama SMD Quessant Agosta 70. Jadi, pada sesiapa yang teringin nak tengok bahagian dalam kapal selam ni, boleh lah berkunjung ke muzium ni ya.



***********************

Haaaa....tapi, aku tak pergi pun semua tempat tu sebab Taman Burung dan Coral Wonderland macam mahal, dan Muzium Kapal Selam kat Klebang, jauh pulak....so akhirnya, kitorang just pergi ke Taman Rama-rama dan area Bandar Hilir saje..haha :p

Sumber

Itu pun tersilap tengok, check kat google harga tiket dewasa Rm8, sekali pergi Rm15...amek kau, melayang Rm60..haha :p so layan je lah gambar tak seberapa ni ya~

 

 

Rumah Arnab!! Banyaknyeeee tapi tak boleh pegang :(

Menara Taming Sari is not bad, aku dapat naik masa dia mula-mula open for public dulu, dapat naik dua orang je dgn si dia~ Rasa macam VIP! Haha~ okay itu saje, terima kasih sudi singgah sini (n_n)

P/s : Kali ni pergi tak ambil gambar sangat, aku kekurangan stamina nak pegang kamera..haha :p


4 comments:

Unknown said...

teringin nak pergi muzium kapal selam tu.. takpe next time pergi melaka harus jalan2 puas2. hehe

eima said...

laaaaaaa dik ko ade kat melaka ke last weekend ai pun .... tp entry melaka nanti le nak transfer gambar dulu .....

9W2TOY said...

Assalam beb, sori tumpang iklan kat page awak beb pls like and share yer kalau ke Melaka lagi jgn lupa singgah bukit beruang yer Restoran Selera Dapur tq beb wassalam...

https://www.facebook.com/restoranseleradapur

:-)

Unknown said...

Baru ni pegi melaka nak masuk coral wonderland.. cari punye cari tak ada kat tingkat 4 dataran pahlawan melaka megamall.. tah kemana menghilang.. adoiiii...