Happy Three Friends

Miss Money

Friday, 16 January 2015

Cara-cara nak minum percuma di Starbuck


Salam.
Seumur hidup aku tak pernah terfikir langsung nak beli air Starbuck yang mahal tu. Tapi sejak 'sesuatu' berlaku, aku kini boleh minum air Starbuck tu free saja tiap-tiap hari, tu pun kalau aku nak lah kan~ Hehehe

Tengoklah air-air Starbuck ni, nampak sedap sungguh kan! Korang nak tak dapat minum air Starbuck ni secara percuma untuk setiap hari?? Haa kalau berminat, bolehlah ikuti tips-tips dibawah dengan penuh cermat okay :-


1. Duduk depan PC

2. Bukak Microsoft Word

3. Bukak laman web Starbuck Malaysia (KLIK)


4. Cari outlet mana yang ada kerja kosong, tulis resume korang dan pergi interview kat Starbuck.

Haaa...kalau korang dah dapat kerja kat situ memang confirm!! Hari-hari waktu kerja, korang akan dapat minum air Starbuck tu ha. Bukan sekali sehari, tapi dua kali sehari tau. Campur adukkan lah segala perisa yang korang teringin sangat nak rasa selama ni. Haha~


Kalau kerja full time, siap dapat makan roti sebijik lagi tau. Roti Starbuck pun bukan calang-calang, sebijik roti pizza or cheese ke pape, cecah dekat Rm9.00 jugak..pergh! Inilah sebab utama kenapa aku memang langsung tak pernah jejak kaki ke Starbuck. Air dia pun berbelas ringgit, dekat Rm20 pun ade. Rasa mahal gila~

Sebab tu lah macam aku cerita tadi, satu-satunya cara nak minum air Starbuck yang mahal tu secara percuma; adalah dengan menjadi seorang pekerja di Starbuck tu sendiri. Untunglah aku adik aku kerja Starbuck. Boleh aku 'tiaw' air Starbuck yang dia bawak balik lepas kerja tu. Hahaha~ mostly biasa je rasanya. Tapi aku fikir, orang ramai minum dan lepak kat situ sebab nak memenuhi tuntutan 'citarasa yang tinggi' dan bajet style. Hahah :p

So, itulah keistimewaan bekerja di sebuah coffee house yang memang disegani dan dipandang mewah; iaitu Starbuck. Saje share untuk panduan korang, kot-kot ada yang nak kerja di Starbuck tapi takut. Eh, nak takut apa kan? Haha okay tu je, bye (n_n)

P/s : cara lain nak minum free, mintak kawan belanja. Kot dia bagi penampar free sekali ke kan :D Haha..dan maaf, tektik 'letak lipas' or rambut dalam air amatlah tidak berkesan di Starbuck ya. Itu standard nak minta makan free kat gerai mamak boleh lah kot~ Wuwee :p


2 comments:

Unknown said...

ahahahaha.. sengal. sy mati2 ingat ade promo ke ape.. selalu starbuck ni org belanja je.. beli sendiri mmg tak lah. ituu pun baru 2-3 kali je lah merasa. hehe

Pojiegraphy said...

WUUU. Nak cuba la!