Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 5 March 2015

Didik Masyarakat Tentang Islam Melalui Kafe Islamik :)


Salam.
Impian aku selain mempunyai bisnes sendiri adalah, aku teringin nak ada kedai sendiri. Baru-baru ni, aku rasa macam bestnya kalau dapat bukak cafe. Cuma tu lah, bila aku pandang sekeliling, semua cafe masing-masing ada konsep tersendiri yang sangat unik dan menarik. Aku fikir, kalau aku buka cafe dengan konsep yang lebih kurang sama, sama je lah cafe aku dengan semua orang. So, haha jom layan angan-angan aku ni.

Didik Masyarakat Melalui Kafe Islamik (n_n)

Yup, disamping berniaga tu adalah benda yang digalakkan dalam Islam, baik terapkan sekali ciri-ciri keislaman tu dalam perniagaan. Sambil menyelam, minum air sekali~ Sambil orang makan-makan kat cafe tu, boleh kita 'berdakwah' sekali. So, ini antara yang aku fikirkan :)

1. Ruang Solat Yang Sangat Selesa
Kalau aku mampu sewa 1 lot kedai atas bawah, bahagian atas tu aku nak buat ruang solat yang selesa dan lengkap dengan kelengkapan solat yang bersih (sentiasa dibasuh), seperti sejadah, telekung, songkok, kopiah dan sebagainya. Lepas tu, ada wangi-wangian terapi supaya orang yang bersolat tu rasa tenang masa solat atau berehat kat situ. So, ruang solat yang selesa ni sedikit sebanyak dapat menggalakkan customer solat daripada meninggalkannya.

2. Laungan Azan Dalam Cafe Bila Masuk Waktu
Kenapa tak guna radio saja? Sebab kalau buka azan di radio atau TV, orang buat tak endah. Jadi, bila guna 'manual', baru orang akan terdiam dan tahu menghormati azan. Mungkin akan ada sediakan tempat khas untuk 'bilal' yang dilantik tu laungkan azan .

3. Pasangan Yang Belum Berkahwin Duduk Di Ruang Terbuka Dan Terang
Ini untuk mengelakkan fitnah dan apa-apa yang tidak elok. Memang kalau ikut secara kasar, lantak diorang lah kan nak duduk meja mana sekalipun, tapi jika kita fikir, diorang datang tempat kita, jadi kita bertanggungjawab untuk 'jaga' mereka. Jadi, walaupun hanya di dalam cafe ini, biarlah mereka duduk di tempat yang terbuka dan senang dipantau.

4. Penyediaan 'Kain' Bagi Yang Tidak Menutup Aurat Dengan Sempurna
Ini haruslah dibuat dengan berhemah dan lemah-lembut. Terangkan kenapa mereka perlu gunakan 'kain' tersebut bila masuk ke cafe islamik ni supaya diorang tak rasa macam dihina or 'diceramah'. 'Kain' tu maksud aku macam selendang yang orang arab pakai yang besar dan tebal dan warna hitam tu. Sama macam kat certain masjid, ada 'kain' disediakan bagi mereka yang tak tutup aurat dengan sempurna, termasuklah kepada yang Non-Muslim, supaya diorang dapat cover bahagian yang terdedah untuk menghormati mereka yang 'menjaga pandangan' mereka.

5. Memartabatkan kesenian Islam
Pehiasan di dinding-dinding cafe ni pulak akan terdiri daripada seni-seni Islam seperti seni kaligrafi, Khat Khufi, Jawi dan sebagainya yang indah dan berwarna-warni. Kalau ada orang nak beli, aku jual. Hehe :) Dapat juga tolong para pengkarya yang buat kesenian Islam camni kan.

6. Penuh Dengan Info-info Tentang Islam
Pelbagai infografik tentang Islam dan segala macam Sunnah Nabi dan sebagainya tentang Islam akan ditampal cantik-cantik atas setiap meja makan yang ada. Setiap meja berlainan info. Jadi, kalau customer tu dah duduk di meja A, next time kalau dia datang lagi, dia duduk kat meja C pulak, dapatlah dia ilmu yang lain pulak kan. Biasanya, kalau time tunggu makanan yang di-order tu sampai, ada banyak masa untuk membaca apa yang ada di sekeliling :)

7. Hidupkan Sunnah Nabi
Zaman sekarang susah kan, nak jumpa tempat yang makan beramai-ramai dalam dulang. Kalau ada pun, di madrasah, atau pun di majlis Maulidur Rasul. Jadi, kat menu cafe tu nanti, aku akan letak menu Istimewa Sunnah Nabi, iaitu Nasi Dulang. Hehehe, maknanya makan dalam dulang ramai-ramai lah kan. Jadi, kot ada parent yang bawa anak-anak kecik makan kat situ, bolehlah order Nasi Dulang. Sambil-sambil makan, bolehlah si ayah bercerita tentang sunnah nabi makan dalam dulang tu. Hehe :D

8. Pasang Lagu-lagu Nasyid, Selawat Nabi & Zikrullah
Macam dalam kereta, orang tumpang kereta kita. Kita pasang zikir dalam kereta, kalau orang yang tumpang tu ikut berzikir sekali dalam hati ke, insyaAllah kita akan dapat pahala juga kalau Allah nak bagi. So, konsep yang sama. Pasang semua ni kat cafe, insyaAllah, customer akan terikut-ikut juga berzikir :)

9. Nota Comel Untuk Customer
Ini macam pesanan terakhir yang mana kalau Allah bukakan pintu hati customer, customer akan buat. Kalau tak, maknanya belum sampai seru kata orang, tapi takpe. Kita buat je :) Contoh yang aku bayangkan, di satu sudut cafe, ada satu meja yang tersusun balang-balang berisi 'Nota Comel' yang dah dibahagi kepada beberapa kategori yang biasa. Biasa maksud aku, soal smoking dan aurat wanita. Andai ada customer yang kita lihat cantik sudah bertudung, tapi bajunya pula ketat, masa diorang nak balik. kita boleh bagi 'Nota Comel' dibawah kategori Aurat. Pada nota comel tu, mungkin boleh beri kata-kata dorongan dan semangat agar dia rasa nak tutup aurat dengan lebih sempurna. (n_n)

10. Peluang Pekerjaan Untuk Pelajar Tahfiz & Madrasah
Ya! Kalau aku dapat buka cafe macam ni, aku rasa aku nak mereka inilah yang menjadi pekerja aku. Beza didikan di madrasah macam ni dengan orang yang macam aku ni, yang hanya belajar agama di sekolah agama semata-mata, lepas tu 'tambah ilmu' dengan tengok ceramah di youtube, baca ilmu di FB dan sebagainya adalah; mereka akan berdakwah dengan penuh berhemah dan soft, berbanding kita-kita ni yang kadang-kadang tengok ceramah sikit je dah rasa macam riak dan nak heboh di laman sosial. Dan lagi satu, ilmu diorang penuh di dada, insyaAllah :)

11. Tak Perlu CCTV
Yup! Aku nak letak signage ni kat cafe:

"Tiada CCTV Di Premis ini.
Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat"

******************************************

Okay, itulah sedikit sebanyak tentang cara yang mungkin dapat memperlihatkan keindahan Islam kepada masyarakat tak kiralah kepada yang Muslim mahupun Non-Muslim. Apa yang aku nak tonjolkan adalah, Islam itu adalah agama dan cara hidup yang sangat indah dan sempurna, cuma kita ni sebagai umatnya yang kadang-kala buruk. 

Sekian, tentang impian aku :) Hehe bye!


1 comment:

Razf said...

bagus idea anda.. lagi2 part nota comel tu