Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 28 May 2015

Seriously, Ya Hanana Bukan Zikir


Salam.
Sebenarnya dah lama nak tulis pasal benda ni, tapi masa tu aku takut kena kritik memandangkan bila aku google, ramai yang kata tak salah pun Qasidah Ya Hanana ni...tapi lepas dengar suatu cerita aneh daripada sorang makcik jiran aku niaga ni, aku rasa patutlah aku cerita benda ni...


Qasidah Ya Hanana ni adalah tak lebih daripada suatu puisi berlagu ataupun sebuah lagu nasyid yang liriknya bercerita tentang kerinduan umat kepada Nabi Muhammad SAW, dalam bahasa Arab. Qasidah tu sendiri bererti puisi. Nak nyanyikan Qasidah ni memang tak salah, sebab ia macam satu bentuk hiburan yang berfaedah. Kita nyanyi untuk menghayati kemuliaan Nabi kita, kita nyanyi untuk mengingati Nabi kita. Itu memang tak salah.

Yang jadi salah ataupun sedikit anehnya, apabila...ada di antara kita yang menganggap Qasidah ni sebagai zikir. Ada orang dengar je benda tu dalam bahasa Arab, terus dia rasa benda tu Islam punya, padahal Arab tu hanyalah sebuah bahasa, bukan Agama. Jadi, macam mana kalau kita hanya tahu sebut, sedangkan kita tak belek dia punya maksud? Arab hanya sekadar bahasa, bukan sesuatu yang Islamik. Boleh jadi juga lagu puja syaitan pun boleh di-Arab-kan. Siapa tahu?

Jadi, yang jadi 'sumbang' adalah bila ada orang duk sebut Ya Hanana...Ya Hanana berulang-ulang kali sebab pada dia, dah cukup berzikir lah dengan sebut 'Ya Hanana' tu. Jadi makin parah, bila dia ni memang lah bukan orang yang suka berzikir, so bila dah salah anggap macam ni, memang zikir sebenar entah ke mana, yang dia tahu sebut 'Ya Hanana' semata. Sebab apa dia rasa dia tengah berzikir kalau sebut 'Ya Hanana'? Sebab 'Ya Hanana' adalah bahasa Arab.

Maksud 'Ya Hanana' adalah
"Betapa Beruntungnya Kami"

Kalau kita tengok, Ya Hanana lah yang duk diulang-ulang sebutannya dalam Qasidah tersebut, sampaikan ada satu majlis kat KL ke mana entah dulu tu, ia diulang-ulang sampai makin lama qasidahnya makin laju dan semangat sampai semua orang terhangguk-hangguk 'naik syeikh' dah aku tengok. Sedangkan apa yang diulang tu maksudnya 'betapa beruntungnya kami' sahaja...

Sebab tu bak kata UAI, Ya Hanana bukan Selawat (klik)....kita pun tahu kan selawat itu berbunyi macam ni :


Jadi ikut logik, bukanlah lebih baik, kita buat sesuatu yang memang In Shaa Allah dijanjikan pahala oleh Allah SWT (berselawat ke atas nabi), daripada sebut Ya Hanana banyak-banyak kali sampai 'tak sedar diri'...seriously!

Kisah Makcik Jiran Niaga Aku

Berbalik pada cerita makcik ni, dia makcik kantin dekat satu sekolah ni. Baru-baru ni, ada sekumpulan jemaah yang datang situ ramai-ramai dalam 2 buah bas. Dari segi penampilannya macam orang-orang Tabligh. Semuanya berjubah hitam dan tutup mata bagi perempuan dan berjubah cerah / putih bagi yang lelaki. Ada sorang yang mungkin ketua dia, sebab dia dipayungkan dengan payung kuning.

Datang sekolah tu konon nak bagi ceramah, tapi bila sampai lain pula jadinya. Menurut certain guru yang turut dengar 'ceramah' tu cerita, ada something yang pelik berlaku masa tu.

Aku anggar majlis tu bermula daripada sebelum masuk waktu Zohor. Daripada mula, mungkin lepas ketua dia cakap-cakap sikit, jemaah tu mula nyanyikan Qasidah Ya Hanana tu, straight tanpa henti sampai pukul 3 petang. Okay, aku dengar dah rasa bazir masanya 3 jam duk nyanyi benda tu je kan. Then dia sambung lagi cerita.

Masa waktu Zohor, kalau tengah azan, kita sendiri yang bukan ustaz mahupun ustazah ni tahulah kita kena diam sekejap, bagi laluan kat azan yang berkumandang. Hormat azan, benda tu basic kan. Tapi jemaah ni tak berhenti pun, teruskan je berQasidah sambil bergendang-gendang masa azan tu. Aik??

Then, aku flashback semula masa aku kat asrama dulu, kalau lepas maghrib ada tazkirah pun, mesti tazkirah akan di-stop kan kejap sebab nak dahulukan azan dan solat Isyak secara jemaah then baru sambung tazkirah ke apa. Basic, kita kena dulukan lah mana yang lebih pentingkan. Tapi makcik tu kata, takde! Qasidah sampai jam 3 petang, lepas tu bersurai pergi makan, then baru pergi solat sendiri-sendiri. Apa benda tu ea....?

****************************************

So, itulah motifnya aku nak cerita tentang Qasidah ni. Aku tahu ramai yang kata Qasidah ni tak salah, yess! Memang awal-awal aku kata nak berqasidah ni tak salah, tapi kalau dah duduk ulang-ulang sampai puluh-puluh kali, ia macam bazir masa. Baik kita berzikir munajat ke apa...hmm, entahlah. Hendaknya kita lebih berhati-hati sekarang ni. Tak semua jemaah tabligh tu di jalan yang benar, dan aku tak kata pun jemaah yang datang ke sekolah tu terpesong ke apa, cuma aku rasa sangsi sikit.. Apapun, kita kuatkanlah iman dan semoga kita dilindungi daripada fitnah dajjal di akhir zaman. Sekian dari aku yang menyampaikan dengan rasa sangat rendah diri.

Terima kasih sudi baca. Wallahu'alam~

P/s: there's something wrong...so, pandai-pandailah korang handle kalau kot-kot dekat masjid tempat korang ada majlis berQasidah sampai 3 jam~


3 comments:

nur anis said...

hurmm..lain macam juga tu..semoga kita, keluarga kita dilindungi dan dikuatkan iman..

eima said...

hmm bkn takat tu je ... dgr kate malam cinta rasul tu lebih kpd syiah .... wallahua'lam ....

Nurrul Hazieqah said...

apa2 pun berbalik kepada Al-Quran dan sunnah.. kalau tak berapa jelas.. minta penjelasan daripada uztaz2 dan ulama2... ^^