Happy Three Friends

Miss Money

Friday, 16 October 2015

Tengok Wayang Hanya Dengan Seringgit

Salam.
Hoho, inilah kisah kehidupan tahun 70-an dulu yang abah aku selalu duk ulang-ulang pada setiap kali aku cakap aku nak keluar tengok wayang. Sebab apa? Haa, sebab beliau nak menunjuk-nunjuk tengok wayang masa zaman beliau dulu lagi murah gila berbanding zaman kita skang nih la hai..haha~
Starting dia cerita, dia akan start camnih...

"Abah dulu masa tingkatan 5, ada seringgit je dah boleh dah pergi bandar..."

Ya! Dengan seringgit je dah boleh pergi bandar hoi~ Kalau kita skang ada seringgit nak pergi bandar, tambang bas pun tak lepas tau. Haha..abah aku cerita dengan seringgit tu jugak lah dia boleh pergi tengok wayang. Kalau korang nak tahu, dulu tiket wayang dibezakan melalui barisan tempat duduk. Seat depan lebih murah daripada seat belakang-belakang. Sebab tu encik abah aku dapat tengok wayang.

Gigihlah duk depan sekali dengan terdongak-dongak kan, yelah dah skrin nya betul-betul kat depan. Pastu kalau nak baca subtitle kena toleh daripada kiri ke kanan~ kiri ke kanan~ hahaha tapi abah aku kata, mula-mula je..pastu tengok seat belakang takde orang, pindah lahh~ hahaha bijak~ bijak~ :p

Contoh Tiket-tiket Wayang Zaman 70-an




Tengok wayang: 50 sen
Tambang bas pergi balik: 40 sen
Minum air: 10 sen

Cumanya, tips nak keluar dengan seringgit masa tu adalah, kena makan kenyang-kenyang sikitlah kat rumah kan~ Hehe..so, itulah dia perbezaan nilai matawang kita yang sangat ketara dalam masa 40 tahun lebih ni... :) Abah pun dah 50 tahun lebih umur dia...aku tak boleh lah citer something yang nostalgia dan vintage2 camni. Mesti sebak. Terasa betapa jauhnya nostalgia tu dengan zaman aku dan tak mungkin dapat diulang semula...Yea, memories are forever...


P/s: Skang tengok wayang je dah Rm10 ke atas. Nak murah sikit kita tunggu hari Rabu...

7 comments:

Anum said...

sangat berbeza

ct cheery said...

Ermm betoi tu.tiket wayang mahal betoi skrang..nak dpt 13 hingget pun dah susah lah.dah naik harga dah.sbb tu ramai ja beli CD pirate hahaha

Razf said...

hehhe pindah tmpat blkang tu bijak

amira faqihah said...

nangis tengok hargaa,,murahnyaaa..T.T

Zaza Iman said...

rindu lak rasa zaman dulu2 kan...best sgt...rasa xnak duk kt zaman skg..

dalila said...

2mggu lps FIL sy br tunjuk gambar ni..murahnyaaaa..zaman kite mmg xdpt laaa..dpt beli gula2 je kot..

sitirohaida said...

seringgit sekarang dah jauh bezanya dengan zaman dulu kan..dulu seringgit macam-macam boleh beli..