Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 29 November 2015

Senyuman TMJ, Kekuatan Penyokong JDT

Salam.


Bukan calang-calang team yang mampu meledakkan gol pada minit-minit ataupun saat-saat akhir permainan, sepertimana yang telah Amirul Hadi lakukan pada perlawanan menentang Felda kelmarin. Ramai penyokong JDT mengharapkan Amirul dimasukkan pada second half game, TAPI....


Apa yang berlaku semalam adalah, Gomez memasukkan Amirul Hadi hanya 10 minit sebelum game tamat. Apa yang dia fikir? Adakah dia berharap JDT dapat 2 gol terus dalam masa 10 minit tu? Adoi~ dengan refree nya macam tak adil. 4,5 kali orang yang sama buat salah baru nak layang kad kuning? Siap cakap pemain Felda takde niat nak mengasari pemain JDT? Owh, come one~ Banyak-banyak game yang aku tengok, kau sorang je yang bagi alasan 'bijak' macam tu. Nak mengasari player, kena ada niat? Gitu? Then, JDT dah score 1, tapi tak dikira sebab kata refree bijak itu, Harris Harun mengasari pemain Felda, but bila tengok replay, Harris Harun yang dikasari adelahh~ Haihh!

*****************************************
Apapun, saat wisel panjang ditiup tanda game telah tamat, seluruh stadium Larkin senyap membisu. Gila kau tak senyap, stadium fullhouse dengan penyokong JDT, then kalah pulak, dengan BOS sekali terkedu. Kami sangat kecewa, dan speechless. Ini game penting untuk musim ini. Game penting untuk mara bagi merebut Piala Malaysia, but then terhenti di setakat ini saja. Tak cukup dengan tu, rekod berlawan di Larkin tanpa kalah juga akhirnya dipecahkan oleh Felda. Kami sangat kecewa. 

Larkin senyap.

Sehinggalah kelihatan TMJ turun ke padang sambil bertepuk tangan dengan senyuman....dan something mula meresap ke dalam jiwa....macam satu kekuatan...


TMJ.

He's the one yang membangkitkan JDT dari bawah hingga ke tahap sekarang. He's the one yang tak pedulikan haters yang mengutuk beliau dan terus berusaha demi menaikkan nama JDT sehingga ke tahap sekarang. He's the one yang sepatutnya rasa sangat sedih dan kecewa dengan kekalahan ni, tapi beliau masih mampu turun padang untuk 'bersama' penyokong JDT...


Lalu serentak itu, perlahan-lahan Larkin mula bersorak kembali. Bersorak kerana tanpa sedar, kami dah bersatu melalui JDT. Bersorak kerana tanpa sedar, JDT telah melangkah jauh secara konsisten pada musim ini sehingga berjaya merangkul 3 piala sekaligus dengan cemerlangnya. Bersorak kerana tanpa sedar, negeri Johor ini telah mempunyai satu trademark yang kuat iaitu JDT...




and yes, we are JDT! \(n_n)/ Terima kasih TMJ, untuk semua Fenomena JDT ini


P/s: Entry ni untuk menaikkan semangat penyokong JDT yang sedang bersedih, termasuklah aku. Semalam pun gigihlah tunang aku pujuk aku sebab aku sedih JDT kalah. Hahahaha!! Btw, tahniah Felda...Anda main hebat ;)

2 comments:

Maria Firdz said...

Terbaiklah..

Razf said...

bagusnya TMJ..huhuhu T-T