Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 5 May 2016

Memori Ada Apa Dengan Cinta

Salam.
Ada Apa Dengan Cinta kembali selepas 14 tahun! Korang dah tengok? Aku dah tengok malam tadi :D Ramai orang kata AADC2 ni tak best, warga Indonesia malah siap nak boikot filem AADC2 ni sebab Ladya Cheryl takde. Tapi aku rasa, filem ni masih ada something. Dan ini, tentang pendapat aku...dan tentang rasa aku mengenai AADC2 ini :)

AADC is my 'Childhood Romantic Movie'
Ya, kita punya kenangan mainan zaman 90-an, punya kenangan jajan / snek zaman 90-an, justeru itu kita juga punya kenangan movie zaman 90-an kita. Jadi, AADC ni bagi aku adalah filem cinta pertama Indonesia yang aku lihat, dan ia terusssss melekat terpahat dalam jiwa ni.

Aku tengok citer ni dalam awal Form 1, yang mana masa tu, segala apa yang aku tahu tentang cinta itu masih zero, ibarat masih suci gitulah. Hahah..sebab tu bila lepas aku tengok filem ni, aku rasa macam gila deep perasaan bercinta tu siap dengan puisi bagai, lirik-lirik lagu Melly dalam movie tu pun macam tepat je kena dengan scene yang terpapar, dia macam something yang lain, unik! Dan aku suka itu :)

Dan sedar tak sedar itu adalah cerita daripada tahun 2002, tahun yang terlalu jauh dengan kita sekarang ini iaitu tahun 2016. Sangat jauh dan tak mungkin kita boleh kembali ke tahun itu sampai bila-bila pun. Jadi, kenapa AADC 2 itu sangat bermakna buat aku?

AADC 2 Adalah Benar-benar 14 Tahun Selepas AADC 1 !!


Phew~ it's a longggggg break! Really..really long break...ia adalah tempoh selama 14 tahun yang sebenar. I mean, kebanyakan tempoh pada sekuel movie hanyalah rekaan semata-mata. Mungkin filem yang kedua itu keluar hanya setelah 3 tahun je daripada filem pertama, tetapi dalam filem ia seolah-olah sudah 10 tahun berlalu. Dan apa yang membuatkan kita tahu ia sudah 10 tahun berlalu pun sebab ada muncul tulisan di tepi / bawah skrin yang menyatakan hal itu.

Tapi, untuk sekual AADC2 ini, tidak ada muncul perkataan yang menyatakan selepas 14 tahun, kerana ia adalah tempoh yang sebenar. Yang real. Dan kita sendiri faham tentang tempoh itu. Betapa lamanya ia. Dan kalau saat kita menonton AADC2, kita sendiri akan merasa rindu pada kisah mereka iaitu 14 tahun yang dulu, di saat diorang masih di SMA, kita adalah peminat tegar AADC. Hahahaha (n_n)

and It's like REUNION !
Seriously, feeling dia macam kita buat reunion dengan kawan2 zaman sekolah / study kita. Feeling warm and ada something yang kita rindu, iaitu memori zaman belajar dulu. Aku tak tau sama ada aku sorang je ke yang rasa macam ni...or anyone else with me?

Hahah :p Ia adalah sangat sweet melihatkan kawan-kawan kita, selepas suatu tempoh yang lama. Perubahan fizikal yang ketara seperti Milly, tapi dengan perangai blur dan kelakar yang sama macam 14 tahun yang lalu...how original and sweet~ :)


Cuma aku rindu pada watak Alya. Dalam AADC1 aku suka dengan Alya. Dialah yang paling memahami Cinta masa tu. Tup bila watak dia mati dan takde dalam AADC2 ni, aku agak kecewa sebenarnya. Dan inilah yang menjadi penyebab kenapa AADC2 diboikot di Indonesia.

Tapi untuk aku, why so serious. Kalau dari segi relevan, tempoh 14 tahun itu adalah tempoh yang lama dan macam-macam boleh jadi, jadi tak salah jika pengarah mematikan watak Alya (berikutan sebenarnya Alya ada urusan pendidikan masa tengah shooting AADC2 tu). Dan nasib baik Karmen datang dengan membawa perwatakan yang seperti Alya, iaitu memahami Cinta.

Cuma aku tetap frusttttt, kenapa takde flashback tentang Alya excident tu~~~~ nak jugak feeling nangis2 sikit ala2 AADC1 masa Alya cuba bunuh diri tu. Wuwuwu~

Overall Tentang AADC2 (2016)
Nostalgia, tapi ada orang kata perkembangan emosinya agak mendatar. Sekejap ia macam mengajak kita menyelami perasaan derita Cinta yang 9 tahun ditinggalkan Rangga tanpa sebarang berita tanpa dia tahu apa salah dia, tapi sekejap kemudian mood tiba-tiba diubah menjadi OK, hanya selepas dengar penjelasan daripada Rangga. Malah, Cinta sendiri yang menawarkan untuk berbaik semula, jadi kawan.

Bagi aku, itu bukan mendatar. Itu adalah 'respon bijak' sebagai orang yang telah dewasa. Mereka itu bukan memainkan watak anak-anak SMA lagi. Cinta sendiri cakap, hal antara mereka sudah selesai dan mereka bukan anak kecil lagi, jadi better berbaik saja. Kira macam menghapuskan dendam gitu. Even dalam realiti, tak mungkin kita macam tu, tapi itu adalah satu pemikiran yang matang. Dan kita patut cuba untuk mencontohi. Likes 'No hard feeling' dah, kita dah matang.

Dan satu lagi iaitu, masa keesokan harinya, saat di atas menara yang berbentuk crown tu, kalau korang betul menyelami perasaan Cinta dan Rangga masa tu, kita mesti akan rasa takut dan mengharapkan *hal tu dilambatkan. Bertahun-tahun terpisah, tiba-tiba dipertemukan. Daripada AADC2, kita bagai dapat instinct mereka ada jodoh, sebab bila jauh, sebenarnya mereka rasa sakit, dan bila dekat mereka rasa bahagia, cuma masing-masing macam tak boleh nak jadi macam dulu. Jadi, macam mana nak melalui *perpisahan itu sekali lagi sedangkan mereka merasa begitu? 
Cinta ada kata, 'This is it...'
Inilah masanya untuk berpisah...
Inilah masanya untuk kembali buat rutin harian...
Inilah masanya untuk menerima rasa yang bercampur...
Antara takut untuk berpisah dan takut lepas ni tak dapat bertemu lagi...
***********************************
Biarpun warga Indonesia boikot filem AADC2, aku tetap rasa filem ni ada aura tersendiri. It's good to see them again after 14 years! That's all, thank you (n_n)
P/s: aku memang suka ulas filem sampai panjang-panjang camni. Huahahaha

3 comments:

Cici said...

hi dear. rindu entry you. busy ek skrg?

I belum tengok lagi movie ni. tunggu keluar tv la agaknya T_T jalan cerita AADC 1 pun I dah ingat ingat lupa -_- masa tu I darjah 5 kot. yang i ingat , dok share ayat-ayat cinta and lagu lagu dia kat crush, tulis kat buku sekolah. hahahha

eima said...

ni antara filem yang aku tak akan tengok .... hahaha
sebab aku tak suka ape2 je cerita pasal cinta ... klu 14 thn dulu aku tak tengok ni kan yang terbaru ... rupanye aku masih belum berubah .. kah kah kah
i still who iam .... jiwa aku yang tidak berubah

ct cheery said...

Fuh...rasa mcm tngah membaca blog pengulas filem..tetiba mood serious sambil berkerut-kerut dahi..ekehkehkeh...