Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 18 October 2011

Kekuatan 'Bismillahirahmanirahim'

Ramai orang sekadar mengucapkan kalimah ini
kerana sudah terbiasa menyebutnya atau sebab lagu kumpulan Raihan
yang berbunyi macam ni;
"Dimulakan dengan Bismillah"
amalan ini memang digalakkan dan kita akan dapat pahala
InsyaAllah...
tapi apa kata selepas ni, kita ucapkan kalimah ini dengan yakin !
Sebab pada aku, kalimah ini adalah doa yang paling ringkas
dan jalan yang paling mudah untuk kita memohon bantuan
dan perlindungan daripada-Nya. Aku mintak maaf kalau ada
yang tak bersetuju tapi aku menulis ini untuk sharekan apa yang
aku rasa dan lihat daripada kalimah ini.

Setiap kali aku dalam
kesusahan atau pun sangat mengharapkan sesuatu yang baik itu
berlaku, aku akan mengucapkan kalimah Bismillahirahmanirahim
dengan sangat yakin di dalam hati,
bahawa ketika itu, Allah mendengar permintaan aku dan memperkenankan
permintaan aku itu. Paling selalu aku buat ialah time aku
kejar nak naik bas dengan my sweetheart, yelah kitorang
takde transport, so pegi jalan pon naik bas..hehe sesak dan ramai orang
dan aku ni jenis kesian tengok pakwe aku berdiri lama-lama,
so aku akan bersungguh-sungguh bila part nak kejar bas dan cop
seat untuk kitorang..haha..(korang tak perlu lah nak imagine okay.malu aku)
dan setiap kali tengah tunggu bas, nampak je kelibat bas yang kitorang nak naik tu,
aku akan ucapkan Bismillah sambil dalam hati aku cakap dengan yakin,
'dengan nama Allah yang maha penyanyang lagi maha pemurah'
dan terus aku cepat-cepat pegi ke arah pintu bas tu dan Alhamdulillah
selalu dapat tempat duduk even terpaksa berebut2 dengan ramai orang lagi
especially pendatang-pendatang asing. (-_-')

Dan Alhamdulillah, selama aku amalkan
macam ni, Dia mendengar dan memakbulkan permintaan aku itu..
hampir semua urusan aku dipermudahkan. :) Nampak tak?
Sebab tu lah, aku nak share dekat korang,
supaya korang pun akan amalkan lepas ni.
Tapi, jangan pulak merungut atau mengeluh jika tiada apa-apa
yang berlaku untuk membantu anda ketika anda meminta,
kerana Allah pasti mahu menguji anda terlebih dahulu
sebelum dia memberi sesuatu kepada anda.
InsyaAllah.. (n_n)

No comments: