Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 29 November 2011

Klip 3GP : Jalan cerita berterabur, papar realiti orang Melayu zaman sekarang

Assalamualaikum readers. Okay, aku baru habis tengok filem Klip 3GP lakonan
Zahiril Adzim. Overall, aku rasa filem ni mungkin terlalu mencuba untuk jadi macam
filem-filem berunsur psiko daripada luar negara, so resultnya agak huru-hara dan
certain part rasa macam takde penghayatan. Hanya ada dua isu yang aku nak
sentuh tentang filem ini.


1. Jalan cerita berterabur

Permulaan okay, tapi lepas itu, scene by scene dah rasa macam mesej yang cuba
disampaikan tu macam tak jelas, tak sampai kepada penonton dan tergantung.
Sampaikan aku kena tengok dan teliti sambil otak cuba mentafsir apa yang sebenarnya
berlaku dalam certain tu dan bila scene tu habis, aku macam..........Apekah???
 (-_-')

Terlalu banyak cerita yang nak disampaikan tetapi plot dan susun aturnya tu
agak mengelirukan jadi rasa macam entahlah. Aku rasa cerita ni hanya bergantung
kepada nama besar pelakon berbakat Zahiril Adzim, kerana aku nak tengok cerita
tu sebab beliau berlakon, tapi entahlah pihak filem hanya mensia-siakan peluang itu.

 
Part Hantu Kebaya Merah pula, pelakon-pelakon wanita amatlah gedik dan sangat
annoying terutamanya Tasha Shila. She was great in Ramadhan Terakhir dalam drama
TV3, but in here, lakonan dia mengecewakan. Terlalu gedik sampai macam cacing
kepanasan sampai aku rasa segan pulak tengok dia tergedik-gedik macam tu.
Tak perlu kot........(-_-')

Okay lagi, dalam cerita tu juga seolah-olah mengajar cara untuk skodeng orang.
Macam mana nak skodeng, dekat mana, dalam tandas, dalam taman, dalam semak
semuaaaaaanya ditunjukkan dalam ni dan ya, sekali lagi aku macam....motifff?????

2. Papar realiti orang Melayu zaman sekarang

Satu yang bagus tentang filem ini ialah ia berjaya membuatkan aku rasa takut
dengan manusia zaman sekarang. Aku terfikir, zaman sekarang macam-macam
boleh jadi. Manusia gila ! Buat apa saja demi wang. Berbunuhan sesama sendiri,
diperdaya sana-sini, lelaki yang zahirnya baik tetapi kita tak tahu asal-usulnya, 
adakah dia seorang yang benar-benar baik atau sekadar berlakon je? 

Aku terfikir,
perempuan-perempuan sekarang terlalu open-minded, berkenalan dengan semua
jenis lelaki yang nak kenal dengannya. Ada rupa, ada harta, maka akan dilayan
tanpa menyelidik hati budi lelaki itu. Aku terfikir, apa akan jadi sekiranya lelaki
itu seorang yang psiko, boleh bertindak luar kawalan terhadap orang yang sebelum
ni disayanginya. Sampai sanggup bunuh kekasihnya?? Ini tak mustahil. Dan syabas
Klip 3GP berjaya mengetengahkan isu ini. Dan aku terfikir betapa kejamnya
manusia zaman sekarang ! 

Saat ini, aku mengakui kebenaran Islam yang mengutamakan agama sebagai ukuran
untuk mencari pasangan. Aku tak nak khawin dengan orang yang tak kuat agamanya,
sebab hatinya mudah dirasuki syaitan. Korang berani? Tu sebab banyak kes suami
bunuh isteri, suami tetak isteri, tendang perut isteri yang tengah mengandung. Ini sebab
si suami tak memahami konsep perkhawinan dalam Islam. Bila ada masalah je terus
blame each other, naik darah dan seterusnya membunuh. Masya Allah~

Kesimpulannya :

Kalau orang cakap aku tau nak kritik je, cuba lah kalau kau buat filem sendiri,
tengok bagus ke tidak?? Okay, aku ada hak untuk mengkritik. Bukan aku tak
supprot filem tempatan, tapi filem ni kalau buat dengan lebih teliti dan tak terburu-
buru, mesti okay :) dan lagi satu, orang akan cakap sampai bila filem kita nak
maju kalau orang macam aku ni asyik nak menentang je. Okay, bukan menentang,
aku faham industri filem tempatan sedang bersaing hebat gila nak hasilkan filem
yang canggih macam the matrix (-_-') tapi tak payah lah buat cerita-cerita mengarut
yang boleh ajar budak-budak buat benda tak senonoh.

Korang tau tak filem Syukur 21 lakonan kumpulan Raihan dulu? 

 Filem itu SUPERB !
Still ada teknologi, still ada kecanggihannya di situ tapi lihat macam mana pendekatan
yang digunakan. :) Filem itu menyeru kita kepada kebaikan kan :)

No comments: