Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 3 January 2012

Macam Ni Ke Rupa Status Yang Bagus ??

Assalamualaikum and hi readers. Okay, aku rasa aku dah penat layan
facebook yang penuh dengan post-post isu semasa yang berlaku
sekarang nih. Baca tajuk je dah penat, tapi curious so tekan lah see
more, owh lagi penat, panjang berjela then curious nak tau respon
orang ramai, bace lah komen. Huh, mencarut je lebih. At last, apa
yang aku dapat? Penat, letih. Itu baru facebook, nasib aku takde
Twitter~

Sangat banyak masalah yang berlaku sekarang ni. Sangat banyak
benda yang tak betul sekarang ni. Lagi banyak benda yang rumours
tapi dah disalah anggap sebagai sahih. Lagi-lagi dengan teknologi
sekarang ni, senang dapat maklumat, tapi kesahihannya masih kita
tak tahu kan? So, how??

Hari tu, aku blogwalking kat blog kawan kepada kawan aku, dia
tulis pasal 5 status facebook 2011 yang paling annoying. Okay, aku
baca sampai habis, dan kesimpulannya ialah dia tak berfikir secara
mendalam, tau nak bisinggggg je macam langau~ Kenapa?

Dia sibuk dok bengang bila orang lain update status pasal Ombak Rindu.
Hello~ kau dah kenapa? Of courselah orang semua nak update pasal
benda tu, adaptasi daripada novel terkenal kot, mesti lah semuaaa orang
nak tengok, dan semuuuaaaa orang nak express feeling diorang bila diorg
tengok movie tu kan? Ke kau yang tak reti nak support filem melayu?
Then, bising sebab ramai sangat yang update pasal movie tu. Tu lah, dulu
main approved je kan, sekarang friend kau dah berapa ribu? Better kau
buat acc fb, tak yah add sesaper, tak yah approved sesapa, ngkau update
status, ngkau jugak yang komen, ngkau jugak yang like. Haa, kan bagus !


Then, bising pasal orang sibuk share sana-sini. Okay aku terasa sebab
aku selalu share kat wall aku. Tapi kenapa aku shared? Aku memang 
tak percaya kalau jenis mesej-mesej berangkai yang kalau tak share
akan dapat bala lah apa lah, sorry to say, tapi itu nonsense ! So, apa je
yang aku share?? Tolong tau yang aku hanya share yang penting-penting
dan yang boleh menambah ilum kawan-kawan aku yang tak cukup
ilmu okay. Contoh, blog Oh! Adwa selalu buat entry share tentang
agama, so salah ke? Wall aku suka hati aku lah, nak share, aku share
benda baik, bukan gambar lucah, faham? Then yang pasal air Coke
ada HIV tu, yup, memang lah aku tak tahu kesahihannya, tapi kadang2
berfikiran negativ dan berprasangka buruk pun bagus. Serius bila baca
benda tu aku sangat risaukan orang-orang yang aku sayang, terus aku
share, tp aku tulis wallahu'alam lah kan. Better beringat, daripada
terus tuduh benda itu rumours, lepas tu awek kau minum then mati.
Hahhh, sape suruh kau tak share benda tu??


Ni yang paling aku pelik ni, selalu kita akan bengang bila ada orang
update status emosional or memaki dengan me'mentioned nama
seseorang yang berkenaan. Sebab pada kita-kita yang pandai ni
tak suka lah nak bukak aib orang kat facebook kan, kita tak suka lah
nak cari gaduh dalam lamang-lamang soOsial mcm tu sebab at last
kita jugak yang nampak cam bodoh, tapi mamat ni boleh pulak
cakap, kalau nak marah or mencarut, mention terus nama orang tu
kat status. Hahaha...kelakar pulak, bukan ke adat melayu, sindiran
itu lebih baik? Kerana mulut badan binasa, tapi di dalam alam FB,
kerana jari badan binasa~~~


So, masing-masing ada pendapat kan. Mungkin ada antara readers
aku yang setuju dengan kata-kata mamat tu, ada juga yang setuju
dengan aku. Manusia kann~, selagi mulut tak distapler, selagi tu duk
sibuk bergosip, mengata orang, selagi jari tak kena ikat, selagi tu nak
menaip berita-berita sensasi lagi memanaskan.

So, before aku akhiri entry aku ni, agak-agak korang lah, apa je yang
mamat tu update untuk status dia hari-hari kan? macam ni ke :



"Aku benci betul semua nak tulis pasal ombak rindu ! Make me sick !!"
(err, kan status tu pasal ombak rindu jugak tu......)

"share sana-sini, sahihkan dulu lah baru share !"
(kau ingat kitorang ni pakar ke nak kaji bagai untuk sahihkan, atleast
kitorang share to make people alert dengan dunia sekarang ni tawuu?)


"woi (Nama), kau memang sial kan sebab cakap aku babi, tak puas
 hati datang sini lahh gua nak tengok lu berani ke penakut cam pondan !"
(owhhh..kena sebut nama macam tu ea?)


So,kau tak rasa ke orang lain pun annoying kat status kau?


2 comments:

ADILA MOHKTAR II said...

Me sokong kak Lynn walaupun me takda fb. wahkaka! ^^V

owner said...

adila : haha wah awk org 2nd yg sy kenal xde fb..hehe thank Q ea :D