Happy Three Friends

Miss Money

Friday, 2 November 2012

6 Sebab Kenapa Anda Patut Mandi Sebelum Subuh


Korang selalu bangun pukul berapa dan mandi pukul berapa ??
Ahakz, sebab ada jugak orang yang bangun awal tapi mandi lambat,
mungkin sebab dia bangun-bangun terus mengadap laptop or pc dan terus online.

Toink !

Fine~~~~ terkena batanag hidung sendiri. Sakit betol :p

Okay, aku nak cerita pasal mandi ni. Siapa yang amalkan mandi sebelum subuh ni?
Haaa, tahniah lah kepada mereka yang amalkan, sebab ternyata mandi sebelum
Subuh ni memang best dan banyak kelebihannya !

 
Antara kelebihan mandi sebelum subuh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi
lebih tinggi dari waktu lain.  oleh itu, gas ozon ini juga amat penting
untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh,
ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat
untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :


1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk
mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini,
jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan
air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata.
begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak.
kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi
lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian
tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila
anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada
lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan
salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH,
dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah
lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik
utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam
tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan
tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk
dijangkiti dengan sebarang penyakit.



dan aku tambah lagi satu, ia akan membuatkan kita segar bugar seperti ribena
apabila kita menunaikan solat Subuh ! Yeayyy

\(n_n)/

~Selamat mengamalkan mandi sebelum Subuh~








4 comments:

reenapple said...

okeh. Pasni aku nak mandi sebelum subuh. Tapi takut la p toilet awal2.. haha

Lynn Damya said...

reenapple : hahaha okay aku tak terfikir lak pasal tu, terlupa..haha selalu awal2 ni mmg seram sikit, haha :p

Nong Andy said...

Baik.. lepas ni try nak mandi sebelum subuh..

cici tembikai said...

hahaha seronok mandi sebelum subuh tapi problem i , sebab kan terasa nyaman sangat silap-silap boleh terbongkang balik -,-' ada case tertidur dengan telekung , tertidur dgn towel -,-'' nyaman . oh , saya mandi guna air panas. takut air . hahahah