Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 16 March 2014

Apabila ia sudah mengembang...


Tak payah nak mengembang sangat, actually ayat betulnya adalah
'apabila ia sudah berkembang'....Apa yang berkembang? Haaa tu lah ni aku
nak cerita, yang aku agak stress sikit sekarang ni.. 

Dulu aku jahit-jahit bantal sekadar hobi, tak ramai yang like page aku.
Aku pun memang tak nak promote sangat, sebab aku tahu tenaga yang buatnya
aku sorang je...

Tapi sejak sebulan dua ni, ramai gila dah yang like page aku. Wuwuwu...bila
hari-hari bukak, ada je 'likers' baru. Beberapa hari ni aku bukak, datang
sedebuk 10 orang baru like. Esoknya gedebuk 10 orang likers baru lagi.
Bergedebuk-gedebuk likers yang menge-like page aku skang ni...
Wuwuwu....Alhamdulillah..

Namun mereka bukan sekadar like, tetapi mereka datang sambil membawakan
rezeki untuk aku...TAPI, AKU TAK KETANGANAN T_T dan servis aku yang
dulu pun tak berapa nak bagus sangat, bila dah makin ramai begini, pastilah
akan terjejas sebab aku sorang yang meng-handle-nye pun adoi...T_T uwaaaaa~~

Macam mana niiii....dengan keadaan kerja di ofiz yang semakin melambak dek
kerana ketiadaan pembantu designer, maka aku dah tak boleh menjahit di ofizku
lagi....balik kerja pergi pasar malam pulak tolong mak ayah aku niaga...balik rumah
malam jam 9.00 lebih, biasanya aku memang dah lalok-lalok sikit time tu. Tu yang
memang tak larat dah nak menjahitnya.

Uwaaaa....nangis lagi T_T. Aku pon tak tahu lah apa yang aku nak.
Kadang-kadang aku fikir, macam nak bukak kedai sendiri je. Entah bila
entah nak bukak..leceh betul banyak prosedur~ owh i hate procedurszzz~

Hmmm....

(okay, sekian luahan perasaan setakat ini, yang lain disimpan untuk seseorang
yang setia dan sudi mendengar dengan lebih lanjut even sampai beliau tertidur)

Hahah :p

*kain felt amatlah tak cantik jika dijahit mesin, bagi aku lah..hehe*

1 comment:

eima said...

alhamdulillah ..murah rezeki