Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 2 March 2014

My New Horror Novel....


Salam. Walaupun aku suka membaca sejak kecik lagi (rujuk Sini),
tapi hobi itu sekarang dah terhenti dek kerana aku sangat tidak gemar
membaca novel cinta. Tak ada novel yang kena dengan jiwa aku ni (amboi).

Namun selepas siri FIXI keluar, minat tu macam mula bercambah semula.
(pehal ayat aku hari ni novel semacam nih!) Aku selalu ke Popular cari siri
FIXI, tapi padanlah tak pernah jumpa sebab adik sedara aku cakap, FIXI di
jual kat MPH je...

OooOooOOOooooOHHh.....baru aku tahu, hahaha...so semalam aku teman
dia pergi kedai buku MPH, konon dia nak beli novel. Akhirnya dengan aku-aku
sekali terbeli gak. Memang rambang mata nak pilih siri FIXI, tapi aku terjumpa
sesuatu yang aku rasa lebih menarik lagi untuk dibaca.

Aku ternampak ini :

...


...


JOYLAND by Stephen King (Penulis Novel seram yg terkenal !)


SINOPSIS JOYLAND

Demi mengubati hati yang telah dilukai oleh seorang gadis, Devin Jones, seorang
pelajar kolej, membuat keputusan untuk bekerja di Joyland sewaktu cuti musim
panas. Namun dugaan yang dihadapinya di sana ternyata lebih dahsyat.

Di Joyland, persoalan demi persoalan di luar jangkaan minda menanti Devin:
sebuah legasi pembunuhan yang kejam, untung nasib seorang kanak-kanak yang
berada di ambang maut, dan sebuah pengajaran tentang realiti hitam kehidupan
- serta alam selepas kematian - yang mengubah dunianya buat selama-lamanya.

Sebuah kisah yang mencengkam jiwa tentang cinta dan kepedihan sebuah
kehilangan, tentang detik-detik yang mendewasakan dalam meniti usia - dan
tentang mereka yang tidak berkesempatan melalui saat-saat itu kerana maut
datang menjemput terlalu awal - Joyland adalah gabungan kisah misteri dan
seram yang turut menyingkap pahit manis kehidupan dalam meniti kedewasaan.

Sebuah kisah yang bakal menyentuh hati para pembaca...

*****************************************************

Haaa...macam best kan? Tak tau lah best ke tak, harap ia best. Bukan
senang aku nak melabur duit aku untuk membeli novel, tahu? Hahaha..

p/s : lupa pulak nak bgtau, yg ini edisi yang dah diterjemahkan kepada BM ya ;)



4 comments:

msredcheesecake said...

Akk pon ada usha buku ni ritu...tapi kat moh mahal kan? Tunggu duit lebih dulu... Nanti review k...

reenapple said...

Jelez weh... huu

Aku tertarik yg 1 lagi. hORRor Stories. Huuum. :D

Anonymous said...

Fy suka juga baca FIXI. So far favourite FIXI,Ilusaniti by Adib Zaini.

eima said...

ohohho br nk taip komen "dik hang terer baca omputeh" klu aku tak leh nk feel .. hihi

aku mmg tak baca novel cinta tp klu rambli awang murshid aku baca jugak la ... thriller