Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 5 August 2014

Damailah di sana, saudara ku...


Salam. Al-Fatihah...

Arwah bersama ibunya...

Ahad malam Isnin kelmarin, punyalah aku tak boleh nak lelap. Sebab phone aku sentiasa berbunyi daripada jam ke jam, terima update news tentang Ijat di hospital sana. Dalam jam 12 tengah malam sampai ke jam 2.00 pagi, update demi update aku dapat. Masa tu, Ijat dah tenat. Doktor call family dia suruh datang hospital...

Aku tertidur lepas tu...

Terkejut dengar phone aku menjerit lepas tu. Memang aku sengaja kuatkan volume sampai maksimum.

Jam 3.05, kak sedara aku inform Ijat dah masuk tube, dah kritikal. Doktor tengah bertungkus-lumus cuba selamatkan Ijat...

Jam 3.10, doktor cuba macam-macam ikhtiar...beri kejutan elektrik yang dekat dada tu, banyak kali tapi reaksi semakin lemah. Nadi semakin menurun dan menurun, down terus. Usaha terakhir, buat CPR....

Jam 3.15...Ijat akhirnya meninggal dunia...Kak sedara aku call sambil nangis-nangis. Lepas call, aku terkebil je atas katil pandang siling...

Blur...

**************************************


Aku tak tahu apasal rasa kehilangan betul...maybe sebab dia seorang cousin yang sangat baik, dan maybe...sebab kitorang semua baru lepas jumpa dia masa raya hari tu. 

Aku jumpa kau setahun sekali je dowh, itu pun time raya. Tiap-tiap kali jumpa, aku memang bersembang dengan kau. Cuma raya kali ni je aku macam tak sampai hati nak bersembang dengan kau, sebab kau nampak sakit dan lemah gila...kau pun mengasingkan diri je, duduk sorang-sorang. So, kitorang semua tak nak kacau..bagi kau berehat. Memang raya tahun ni, tak bersembang dengan kau Ijat...itu memang agak ralat sikit...hmm~


Tapi, kitorang semua bersyukur, dapat jumpa kau sebelum kau pergi. Ko memang nak jumpa sepupu-sepupu kau yang sengal-sengal ni dulu kan~kan~kan~ Ijat, sebelum kau pergi? Hahaha... :p


Raya tahun depan mesti berbeza...apapun, kitorang akan selalu mendoakan kesejahteraan kau kat sana, Ijat..kau cikgu, insyaAllah, ilmu yang kau ajarkan dan sampaikan dengan ikhlas tu akan membantu kau di sana, InsyaAllah...aminn...

Kenangan nihhh...kenangan.....hukhuk~

p/s : special thanx to my sweetheart, gigih temankan aku 'dalam handphone' masa aku tengah sedih-sedih macam ni...i love you always :)


3 comments:

eima said...

semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman ....

bertabah la dik ....

nuyui a.k.a miss YUI said...

al-Fatihah

sayu bc coretan ini...

reenapple said...

al-fatihah. takziah.