Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 22 March 2015

Kami dah bertunang (n_n)


Salam.

Hahahaha...yaa...entry gembira haruslah dimulakan dengan ketawa-ketawi begitu ya anak-anak. Alhamdulillahhh. Akhirnya selamat juga aku bertunang setelah mengharungi hari-hari yang memenatkan sebab kena angkut segala perabot dalam rumah letak kat luar rumah. Yelah, rumah tak berapa nak besar so kenalah angkut semua untuk kosongkan ruang tamu. Haha..

So, inilah barang kemas aku yang pertama dalam hidup semenjak dah dewasa ni. Chewah :p


Aku minta cincin ada 'mata' sebagai cincin tunang, sebab insyaAllah masa 'naik' (kahwin) nanti, aku tak nak minta cincin lagi, maklumlah jari halus sangat. Kang tercabut hilang pulak nanti (-_-') So nanti aku minta necklace dengan loket yang comel-comel je kot, sebab aku suka pakai necklace...weehihi~


Bilik pun aku dah kemas cantik-cantik, sekali orang datang habis semua. Berkali-kali aku mintak maaf kat cameraman sebab bilik aku bersepah takut akan mencacatkan gambar, sekali bila tengok hasilnya...perghhh! Memang professional itu cameraman, nampak okay saje gambarnya. Hahaha so kalau korang nak tengok artwork dia lagi, boleh klik page wedding dia kat sini.

Owh okay, awal-awal aku nak bagitau, beberapa entry selepas entry ini adalah entry tentang E-day aku je ye, harap maaf kalau bosan nak baca...sebab nak update before majlis tak boleh sebab benda ni dirahsiakan, so terpaksalah update lepas majlis. So, aku akan update tentang persiapan pertunangan seperti hantaran, mini pelamin, bajet, baju, dan paling penting, cara aku 'hilangkan' jerawat aku dalam masa seminggu saje. Hahaha gila time-time nak tunang lah jerawat muncul. Nasib ada krim tersebut :p

Okay, tu saje. Terima kasih pada yang mendoakan ya (n_n) Btw, aku suka gila pic bawah ni...kenapa entah~ haha!


Kalau nak tengok full photoshoot photos, sila klik SINI

P/s: tengok gaya macam aku kena marah, padahal sebenarnya aku tengah cover gelak agar ia tidak terbahak-bahak sangat. Maklumlah dah pakai baju ayu-ayu kan, kenalah control emosi sikit~ Hahah :p


8 comments:

Shila said...

walaweyh~

cantik! ayu je nampak dengan warna pink tu.

haha.. tahniah2.. moga dipermudahkan segala urusan utk next stage..

ct cheery said...

Congret dear..selamat bertunang!

Suria Amanda said...

Tahniah Lynn...wah lynn mendahului akak nampaknya .

NUR FARIZA UMAIRA said...

Lynn cantikkk!! Pink always suit for girls.. hopefully entri lps ni akan ada bnyk gmbr lg.. congratulations again 😘

Unknown said...

tahniahhhh.. pinky2 gitu.. hikhik

eima said...

waaaaaaaaaaaahhhh tahniah dik

tatau nk ckp ape i ..aku tumpang hepi dik .... dah lama dah aku tgu entry ni

Unknown said...

Congrats! Smoga jodoh berkekalan!

Kalo nak cari MUA murah utk kahwin nanti, bole la survey blog atau page saya: http://www.facebook.com/fienarizz

Kalo rasa2 nak test make-up pun bole - free saje (utk tempoh yg terhad sahaja sempena promosi pembukaan bisnes)

Nurrul Hazieqah said...

Lamanya tak jengguk akak.. busy..
tengok2 dah jadi tunang org dah... :)