Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 7 June 2015

Tips Pakai Kanta Lekap Tidak Berwarna & Brand Yang Bagus


Salam.

Dulu masa nak tunang, aku pakai lens yang takde color je, konon nak nampak natural gitu. Tapi bila dah reti pakai, mulalah mengade, terasa nak pakai lens yang berwarna. Aku beli yang brand Freshlook.

Tapi, bila pakai lens yang berwarna tu, bila aku pegang je dah terasa tekstur lens dia sangat berbeza dengan lens aku yang tak berwarna tu. Macam nipis dan mudah terlipat-lipat bagai, bila lekap kat mata pulak, bahagian dalam kelopak mata aku tu rasa sakit. Aku siap imagine dalam kelopak mata aku tu macam terhiris-hiris setiap kali mata aku berkelip dek kerana contact lens tu nipis dan tajam di tepi dia. Hahahaha~ sungguh mengerikan kan~~ Terus trauma aku nak pakai yang berwarna.


Tapi dalam sakit-sakit tu, sempat gak lah selfie mata berwarna tu sebagai kenang-kenangan. Yelah, lepas ni dah tak nak pakai lagi dah. Hahah. Dan sekarang, aku stay dengan lens tidak berwarna aku tu. Isk3. Tapi aku tak selalu pakai pun, sayang mata woi. Aku cuma pakai kalau nak pergi jemputan kahwin or jalan-jalan je.

Anyway, ramai yang tak berapa gemar nak pakai contact lens yang takde color ni sebab diorang takut susah nak bezakan sama ada contact lens tu terbalik ke tidak. Then, diorang takut susah nak cari kalau lens terjatuh! Maka, sebab itulah aku nak rekemenkan lens ni kepada korang yang mungkin baru nak try pakai lens, tak gemar lens berwarna atau yang masih mencari lens colorless yang bagus :D


Bausch & Lomb Soflens
Tekstur dia sangat lembut macam jelly yang kental gitu. Mungkin sebab dia tebal sedikit daripada contact lens berwarna, sebab tu rasa macam kita pegang jelly yang lembut. Dan sebab tu lah ia tidak menyakitkan bahagian dalam kelopak mata kita.

Harga even kat kotak tulis Rm65 utk 3 set, tapi tak tahu kenapa aku dapat Rm45 je setiap kali beli. Hahah!

Macam mana nak tau lens tu terbalik ke tidak?
Tak susah nak bezakan walaupun ia takde color, lihat gambar di bawah :
Kalau ikut pengalaman aku, masa kita cuci kejap kat tapak tangan before nak pakai tu pun dah boleh tau sama ada dia ni terbalik ke tak. Aku ambil lens dan letak kat tapak tangan, then aku titiskan 3-4 titik solutions dia betul-betul dalam 'mangkuk' lens tu.

- Kalau lens tu elok je dapat takung air solutions tu, maka lens tidak terbalik, dah betul lah tu.
- Tapi kalau lens macam asyik nak 'tergolek' atau terlipat-lipat ke tepi bila kena titis dengan solutions, means lens itu terbalik.

Senang jumpa ke kalau lens takde colour tu terjatuh??
Aku pernah tengok ada brand jenama takde color ni yang memang takde color langsung, jernih habis! So, kalau yang itu memang susah nak nampak. Sebab tu aku suggest beli yang Bausch & Lomb ni, sebab even dia colourless, dia tebal. Dan ketebalan tu menyebabkan tepi-tepi dia tu nampak macam ada line biru. So, kalau jatuh takdelah susah sangat nak cari. Hehe, tapi kalau dah rabun kuat, even cari lens yang berwarna pun jadi susah kan. Hahah!

So, itulah dia kisahnya. Itu mata aku, mata korang tak tahulah macam mana. Ramai je yang mata dia okay bila pakai lens berwarna. Aku pernah try lagi sekali pakai lens berwarna aku tu, tapi memang tak boleh. Tetap sakit. Jadi aku pilih untuk mempercayai teori kelopak mata aku terhiris tu betul. Hahahahaha! Kalau tak, memang dah lama dah aku pakai yang colorful camni haa~~~ Haha!


Okay tu je, semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah! :D

P/s: entry ni banyak sangat gambar satu mata. Jangan ada orang kata blog aku illuminati sudah (-..-')

7 comments:

eima said...

aku takan pakai lens ...seriau .......

ngeri pun ada

Prince of Noob said...

cantiknya mata lepas pakai contact lens.

btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

Unknown said...

tak pernah pakai yang xde kaler
mmg lain ke permukaan nye
takott nak pakai sbb yang ade kaler ni pon kadang2 terbalik
lagi kalau xde kaler

Unknown said...

Cm mna nk tau dy tu kanan ke kiri???

Anonymous said...

sama je dik kanan ke kiri..kalau power mata sama..

Unknown said...

Kalau lense kita terjatuh lepastu dah keras. Tapi lepas kita letak dlm air solution dia jadi lembut and elok balik. Still boleh pakai ke?

Unknown said...

U beli dekat mana dpt price rm45? Pengguna setia Soflens jugk mmg terbaikk😊