Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 5 July 2015

Kucing Office Bajet Puasa

Salam.
Huh, tengoklah kucing gedik dua ekor ni. Konon terlepek-lepek macam puasa sesangat gamaknya tuu~




Masa ni, sebelum aku pergi toilet, sekali aku keluar budak 2 ekor ni dah posing camni pulak haa...


Terasa nak berguling-guling kesedihan jugak masa tu sebab sayu fikirkan nasib aku yang asyiklahh dapat kucing sengal unta macam ni..(-..-')

Btw, aku perasan dua ekor ni dah makin kamceng sekarang ni. Yang si kasut asyik nak copycat apa yang abang dia (stokin) buat. Yelah, dah namanya kucing, takkan nak copyhorse pulak kan~



Itulah saja kisah kucing office aku ketika bulan puasa ni. Gaya macam puasa lah sangat, siap tak nak makan tu even kitorang dah sediakan nasi + whiskas Tuna. Bau dah lah macam sardin. Jangan sampai kitorang yang tolong makan kan~ Hahaha..


Btw, mak diorang ni baru je mati hari Khamis lepas. Sebab kena langgar kereta. Mak dia ni daripada dia anak kucing, memang dah ada dan setia je depan office aku ni. Aku bagi dia makan sampailahh dia besar dan siap beranak dua ekor ni haa...dan sepanjang tu memang dia tak pernah menyeberang jalan sebab seberang sana tu memang takde pape melainkan sebuah padang. Entah macam mana memang dah ajal dia, dia seberang jugak dan mati kena langgar kereta masa tengah seberang tu...sedihh T_T

P/s: lepas nampak mak dia dah mati, aku dengan sorang staff lain pun jumpa budak 2 ekor ni, bgtau mak diorang dah takde..wuwu, tapi diorang buat dek saje..hampeh betul~


1 comment:

Unknown said...

bajet alim sungguh lah tu kononnya puasa. puihhh. geram je tengok. haha