Salam.
Wahai peminat-peminat kucing sekalian alam~ Tahukah anda bahawa kafe kucing yang macam kat Jepun tu kini dah berada di Johor Bahru skang ni???
Yaaa aku begitu teruja sekali bila dapat tahu tentang ini dan semalam, aku terus plan nak belanja family aku yang juga penggemar meow makan di kafe ini. Maka kami dengan semangatnya pun pergi tengah-tengah hari buta demi makan tengahari sambil dikelilingi kucing-kucing yang gemuk dan comel.
Waktu Operasi Cats Cafe, JB
Everyday except Wednesday
Dari jam 1.00 p.m - 9.30 p.m
Kami sampai jam 1.30 ptg. Tapi bila kami sampai je, salah sorang pekerja kafe tu cepat-cepat keluar dan approach kami dengan mesra, dan dia cakap...
"Minta maaf encik, sekarang dah full. Sebab kami baru bukak jam 1 tadi, so semua masuk serentak dan masing2 tgh tunggu makanan siap. Jadi, kalau encik nak, kami ambil nama dulu dan kena tunggu dulu lah. Nanti kami akan panggil."
Kami pun, alahaiiii~~~ kecewa ngko~ Memang taknak tunggu tapi kitorang sempat minta tengok menu diorang. Sebab utama nak tengok HARGA sebenarnya~ Hahahaa thanx to that staff sbb sangat nice dan bersopan-santun!
Harga Menu di Cats Cafe, JB
Aku tak ingat secara spesifik, tapi untuk main dish dia yang aku nampak, paling murah RM 19.90. Mostly western food lah. Sebab tu rege dia mahal. Huhu~
4 comments:
Cute sangat..
Atie geli pegang kucing, tapi suka tengok kucing2 yg comel..
wah bestnya cafe ni..kalau dekat nak je kak ana pi sekarang :)
alaa comelnya kekucing itu
babe sonoknyaa. takyah pegi ke korea nak cats cafe ni kan. tapi kalau bawak anak, habislah jadi sesi berkejaran -,-
Post a Comment