Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 2 August 2015

Taksub atau Ambil Tahu??

Salam.
Hari tu aku kena label taksub dengan sorang kenalan aku. Sebabnya, aku suka sangat ambil tahu pasal politik dan pening-peningkan otak untuk berfikir tentang politik.

Aku tanya diri aku sendiri?
BETULKAH AKU TAKSUB??

Aku cuba selidik perbezaan taksub dan ambil tahu. Taksub itu lebih kepada membabi buta. Tahu? Membabi buta? Sedangkan aku bukan bercakap kosong. Aku tahu dan faham apa yang aku cakap. Aku bukan taksub, aku cuma mengambil berat dan mengambil tahu tentang sesuatu yang besar, iaitu hal politik. Dia kata jangan banyak fikir. 

Well, ikut pemerhatian aku sekarang ni, memang tak ramai yang suka berfikir tentang sesuatu yang susah dan berat seperti hal politik dan dunia di luar sana. Mereka anggap siapa yang ambil tahu tentang politik adalah orang yang tak cool. Betulkah tak cool?

Entahlah. Aku rasa, aku bukan taksub. Tapi lebih kepada nak mencari jawapan kepada apa yang aku tak pasti, aku nakkan jawapan! Aku nak selidik, bukan percaya bulat-bulat. Itu dia kata taksub? Nope!

Apapun, aku rasa lepas ni macam nak kongsi sesuatu yang amat berat dalam blog aku ni, cuma aku takut kena dakwa. Well, kita dah terbiasa dengan keadaan orang yang cuba membongkar rahsia akan ditangkap, kan? Sebab tu aku selalu je batalkan niat untuk kongsikan sesuatu tu. Aku takut nak ambil risiko. Tapi bila aku makin kaji, makin baca dan makin buat research, benda ni nampak logik, sebagai penulis blog, aku rasa macam nak tulis je segala benda tu dalam blog ni. Tapi tu lah, orang kita bukan suka membaca.

Maka sebab itu aku masih diam. Masih lagi update blog dengan cerita-cerita rutin harian yang biasa, cerita-cerita restoran dan makanannya yang sedap, cerita tentang kucing comel aku, dan gosip artis. Semuanya yang ringan-ringan. Entahlah...

Yang pasti, benda yang aku nak cerita itu bukan tentang politik dalaman, tetapi tentang sesuatu yang lebih besar yang berlaku di dunia yang kita sedang duduk sekarang ni. Hmm..

P/s: kalau tiba-tiba korang baca entry aku sedang membincangkan sesuatu yang serius, itu bermakna aku sedang serius. Seriously!


2 comments:

eima said...

pe tu ... nk tau jugak ....pm la aku dik....aku ni spesis ko bukan taksub tapi amik tahu ....

Razf said...

aku pon selalu baca2 kes2 politik ni.. dan jugak dgr dr org2 dalam.. tp seriously aku pon takut nak percaya ke tak.. 50% boleh percaya kot