Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Bantal Kahwin Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Bantal Kahwin Kreatif. Show all posts

Monday, 9 March 2015

Tempah Bantal Handmade Felt Murah dan Cantik


Salam.
Ya! Hummy Lovey dah buka semula untuk terima tempahan untuk bulan April dan May 2015 (n_n)


Jadi, pada anda yang memang tengah tercari-cari barang best untuk dibuat hadiah or perhiasan masa majlis tunang / kahwin / birthday / anniversary atau apa saja majlis, boleh lah cuci mata dulu ya, kot-kot ada yang berkenan di hati~ Hehehe

Bantal Birthday Handmade
Rm 45

Rm 50

Rm 45

Rm 45

Bantal Couple Handmade (miko-miko)

Rm 55

Rm 55

Bantal Miko-miko ni adalah bantal karakter yang sangat sesuai digunakan masa photoshoot wedding or pre-wedding anda sebab ia boleh menonjolkan unsur-unsur kecomelan yang melampau kerana mereka ada tangan cenonet yang comel. Hahah!



Bantal Karakter Ganas Untuk Lelaki
Rm 50 / karakter


Rawwrrrr!! Ganas kan?? Hahaha~ okay tu je lah. Dah nak balik kerja ni. So, kalau berminat nak tempah, bolehlah email aku di lynndamya@yahoo.com. Terima kasih (n_n)


P/s: Harap maklum, semua harga produk belum termasuk postage Rm6++

Tuesday, 6 January 2015

'Comelkan' Perkahwinan Anda Dengan Ini :D


Salam \(n_n)/
Ya...jika anda sedang mencari barang hiasan yang kreatif dan unik untuk dijadikan props tambahan di pelamin anda, atau di photobooth barangkali, atau di bilik tidur, atau di mana-mana saja bahkan untuk dijadikan hantaran sekalipun boleh, jom...saya cadangkan anda dan pasangan menempah bantal couple handmade yang ekslusif ini!!



Mohon jangan terkeliru dengan bantal couple yg dinamakan dengan 'Cutebox' ini, ia adalah bantal, bukannya kotak. Nama Cutebox itu dipilih sebab bantal yang berkarakterkan kartun comel ini berbentuk petak 4 segi tepat. Hehe :)

 

Untuk satu set, anda akan dapat sepasang Cutebox iaitu satu Groom (pengantin lelaki) dan satu Bride (pengantin perempuan). Anda boleh customise nama dan warnanya mengikut tema warna wedding anda nanti.



'Cutebox' dijahit dengan sangat teliti kerana setiap sambungan memerlukan penyambungan yang kukuh supaya tak tercabut. Perincian pada 'bride' ditekankan pada bahagian pergelangan baju dan 'handbouquet'nya.

Saiz bantal couple 'Cutebox' ini adalah 11x16.5inchi, lihat gambar di bawah, ya..ada aku yang tengah control pernafasan di situ, menyibuk je~ :p


Itulah saiz bantal Cutebox bila ia siap nanti :)

Itu kalau tema ala-ala Barat, kalau anda lebih gemarkan tema yang Islamik pun, insyaAllah saya boleh buatkan, macam ni...



Bantal couple kahwin bertemakan Islamik. Perbezaannya memang 100% kepada Groom sahaja, daripada memakai kot, saya ubah dia agar memakai jubah. 



Dan untuk menambahkan serinya, saya cuba bereksperimentasi dengan glitter material, dan hasilnya...sangat sesuai untuk wedding! Cuma dalam gambar, kurang nampak kilat-kilat mak jemah dia tu. Hehe :p



Owh lagi satu, customer selalu order set Cutebox dengan sebijik lagi bantal yang ada love-love dan tulisan, seperti ini :





Saya pun tak tahu kenapa, padahal ia bukannya set. Hahaha :p Jadi, pada yang berminat nak tempah, boleh lah tengok harganya dulu ni ya :

Cutebox Set : Rm 165.00
*Tidak termasuk postage Rm6
*Anda akan dapat satu 'Groom' & satu 'Bride'

Bantal petak tambahan : Rm 40 - Rm 50
*Boleh pilih nak glitter atau tidak

Okay, kalau cukup bajet dan berminat nak tempah, bolehlah PM saya di FB 'Hummy Lovey' (Klik).  And sorry, saya takde whatsapp tau. Ngehehe :p Okay tu saje, terima kasih sudi singgah.

p/s : hahah..sopannya entry aku kali ni, ber'saya-saya' gitu...