Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Bawal Ruffle Murah. Show all posts
Showing posts with label Bawal Ruffle Murah. Show all posts

Friday, 1 July 2016

Tutorial RAYA Bawal Ruffle Qisamni by Lynndamya

Salam (n_n)


Hohoi poyonye lah aku nak buat tutorial-tutorial bagai ni kan. Tapi, bila mengenangkan owner Qisamni ni dah bersusah-payah pos untuk hadiahkan bawal ruffle ni kat aku, jadi rasanya tak salah kalau aku balas balik dengan menge-share cara-cara aku pakai bawal ruffle beliau ni. Boleh lah geng-geng Qisamni buat untuk raye nanti!

So, let's take a look on the step :D


Details corak & pandangan belakang:

Tapikan, bahagian depan tu, aku lagi suka kemaskan sikit yang terjuntai-juntai kat bawah tu. So, aku pun bawak hujung yang terlebih tu ke bahagian dada dan sembunyikan ia di situ (pin kan), dan jadilah hasilnya begini...


Tadaaa! Dah siap!! :D

Actually tutorial ni dah pernah ada orang buat pun, aku cuma remake semula dengan menggunakan bawal ruffle dpd Qisamni yang best ini (n_n) So, geng Qisamni yang dah cuba tutorial ni, meh share sikit gambar korang dengan saya, hihi ;D

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, semua :)
Hati-hati pulang ke kampung, aku mintak maaf zahir batin dengan semua rakan-rakan netizen ya :)

P/s: Owner Qisamni ada beri sample Dyas Scrub jugak sekali dalam parcel bawal ruffle ni, nanti aku review okay! TQ Qisamni (n_n)

Thursday, 2 June 2016

Aku & Bawal Ruffle Qimsani

Salam (n_n)


Aku adalah peminat tudung bawal. Dan hari ni aku nak share sikit kenapa aku suka gila dengan tudung Bawal Ruffle daripada Qimsani ni :D

1. Fabric ringan
Even harga dia Rm10 je, tapi kualiti memang tip-top. Paling best sebab takde lubang sangat bila kita cabut pin brooch daripada kain tudung tu. Lepas tu, bila fabriknya nipis dan ringan, mestilah pakai tak panas kan. So, memang selesa.

2. Tak panas
Sebab fabriknya nipis dan ringan, so amat selesa untuk aku lilitkan ia macam lilit shawl. Tetap rasa sejuk dan entahlah, sangat selesa lah pada aku.

3. Murah
Rm10 je sehelai. Tapi disebabkan owner Qimsani ni pemurah orangnya, kadang-kadang hujung minggu dia akan buat sale sehelai Rm8 je! Gila murah tahu! Design pun best, tepi dia ber-ruffle-ruffle gitu. Orang melayu kata macam ropol-ropol lah sikit gitu :p Hihi~

4. Mudah dibentuk dan digayakan
Yess!! Tersangatlah mudahnya. Sebab tu aku suka pakai tudung ni. Awning mudah bentuk even bukan kain cotton, dan senang pula nak digayakan dengan gaya lain selain selimpang hujung tudung tu kiri dan kanan.

Sekarang ni, aku dah ada 4 helai Bawal Ruffle daripada Qimsani. Dan aku suka pakai camni...


Tudung bawal je pun, tapi hasil lilitan seperti pakai shawl. Dengan tepi dia yang bergelombang-gelombang tu. Suka sangat (n_n) Hahah, ke mata aku sorang je yang nampak cenggitu? Hahahah..fine~ T_T

Ok, untuk orang Johor yang terasa nak jugak beli Bawal Ruffle Qimsani ni, boleh lah pergi Bateri ye, butik dia warna pink comel je. Banyak gila tudung dalam tu tau, segala keknis, instant shawl, halfmoon semua bagailah ada. Harga pulak memang sangat mampu milik punya. Hahah~



P/s: Sebab aku friends dengan owner Qimsani ni kat FB, tetiba rasa macam segan pulak nak pergi butik lepas dah tulis entry ni. Hahaha, saya ni pendiam orangnya, tulis kat blog je kepoh lebih..haha