Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Busy Book. Show all posts
Showing posts with label Busy Book. Show all posts

Thursday, 1 October 2015

Starter Kit Untuk Buat Busy Book

Salam (n_n)


PRE-ORDER BUSY BOOK KIT (n_n)
--------------------------------------------------------
Memandangkan ramai yang teringin nak buat busy book, tapi tak terbuat-buat sebab caranya agak rumit, jadi aku dengan rendah diri, menyediakan kit ini untuk anda yang betul-betul NAK BUAT busy book untuk anak-anak anda.

Dalam Kit Busy Book 1st Edition ni, aku sediakan 4 aktiviti, lengkap dengan template, felt dan aksesori yang bersesuaian mengikut aktivitinya. Felt alas setiap aktiviti aku buat dengan dua lubang belah kiri, supaya korang boleh compilekan terus dalam file-file yang comel. File sila beli kat kedai. Haha 
tongue emoticon
So, mudahkan? At least akan jadi lebih bermakna dan moment gitu kalau anda yang buat sendiri. Hehehe...kalau sambutan menggalakkan, tak mustahil aku akan buat 2nd edition dan seterusnya. Jadi, senang je, buat sikit-sikit, compile dalam file. Nak tambah boleh, nak biar 4 aktiviti tu je pun boleh.
Harga Rm45 kalau siap potong ikut bentuk, tapi untuk harga awal-awal ni, 1 pack = Rm35 saje lah. Postage +Rm5. If korang beli 3 pack pun, postage masih Rm5. So, pandai-pandailah cari sape2 lagi nak order, boleh tong-tong kos postage. Hehe (n_n)
Ingat tau,
1 pack = Rm 35 saje

Nak order, PM saye 
heart emoticon
 Time kasih (n_n)


Tuesday, 25 August 2015

10 Material Utama Untuk Buat Busy Book (with online supplier's list)

Salam.
Bagi yang baca entri ini (klik), confirm dah tahu apa itu Busy Book kan? So, entri kali ni, aku nak expose bahan-bahan dan material yang kita perlu ada untuk membuat Busy Book ini, siap dengan weblink kat mana nak beli secara online. So, let's go! (n_n)

1. Kain Felt Pelbagai Warna & Corak
 
Kegunaan: Sebagai helaian buku
Size: A4 paling ideal, boleh guna A4 atau lipat dua terus jadi buku yang bersaiz A5 (separuh A4)
Jenis: Felt Polyster (felt keras) sesuai buat helaian buku, manakala Felt Acrylic (felt lembut) sesuai dijadikan 'hiasan'
Beli Felt Polyster (Keras) di SINI
Beli Felt Acrylic (Lembut) di SINI
Beli Juga Felt Pelbagai Corak di SINI
*size felt keras lebih besar daripada A4, so boleh adjust kemudian.

2. Fabrik Pelbagai Corak

Kegunaan: Hiasan
Size: Sikit-sikit je pun boleh
Jenis: Tak kisah, asal boleh dijahit
Beli pelbagai jenis fabrik dan corak di SINI
Beli fabrik cotton dengan pelbagai corak cantik di SINI

3. Velcro (Pelekat)

Kegunaan: Melekatkan hiasan pada helaian buku dan boleh dicabut-cabut
Beli pelekat Velcro di SINI

4. Buttons Boleh Jahit
 
Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (buttoning / counting)
Beli pelbagai corak dan warna dengan pelbagai size di SINI

5. Zip

Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (zipping activity)
Size: 8 inchi ke bawah tu cantik lah
Beli zip warna-warni di SINI

6. Ribbon & Slider

Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (tie and slide activity)
Beli pelbagai jenis ribbon dengan corak menarik dan slider di SINI

7. Buckle
  
Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran
Pelbagai jenis: Kiri jenis yang selalu ada pada beg, kanan jenis yang selalu guna pada jam tangan. Mana-mana pun boleh
Beli buckle wrist clock di SINI

8. Batang Aiskrim Warna-warni
Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (counting and colour)
Beli batang aiskrim kraf di SINI

9. Kapas Sintetik (Fiber)
Kegunaan: Untuk jadikan hiasan lebih 'hidup' dan efek 3D (gelembung)
Beli kapas sintetik di di SINI

10. Loceng Comel
Kegunaan: Merangsang deria pendengaran anak anda. Tak semestinya buku tak boleh berbunyi kan? Hehehe, jadi gunalah loceng kecik comel ni haa sebagai aktiviti tambahan
Size: Better guna yang kecik comel je..
Beli loceng comel di SINI

*********************************************
So, itulah dia TOP 10 Material dan Bahan yang paling utama untuk buat Busy Book. Kena ada lah maksudnya. Kalau lari bajet, beli sikit-sikit dulu or boleh guna barang-barang terpakai yang bersesuaian dan selamat untuk kanak-kanak. So untuk part 1 ni, aku review supplier online dulu ye, sebab yang offline kat kedai-kedai punya aku belum sempat survey.

And of course beli kat kedai lebih murah, tapi buat ibu-ibu yang dah tak sabar nak start buat Busy Book ni + takde masa nak survey2 kat kedai, bolehlah purchase kat link-link yang aku bagi tu ea...Jangan risau sebab aku dah banyak kali beli barang kat 2 online store tu, memang boleh dipercayai dan senang nak berurusan. :D

P/s: stay tune entri seterusnya, maybe about idea for Busy Book's activity, In Shaa Allah (n_n)