Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Cerita masa pregnant. Show all posts
Showing posts with label Cerita masa pregnant. Show all posts

Wednesday, 6 February 2019

Harga Wad Bersalin Kelas Pertama Hospital Serdang 2019

Salam :)
Untuk makluman, masa deliver Marissa last two years, suami request wad 2nd class untuk aku. Kali ni masa deliver Atiya, request jugak 2nd class tapi sebab penuh, suami decide masuk 1st class. So, dalam entry ni selain nak inform tentang harga, aku juga nak citer sikit perbandingan antara wad 2nd class dengan 1st class di goverment hospital :D Silalah baca ya..

Cara Masuk Wad 1st Class Tanpa Booking


Disebabkan aku pergi hospital masa betul-betul dah sakit je, so memang takde pengalaman booking wad di hospital. Dua-dua request masa lepas setel bersalin. Tapi memang ikut nasiblah, kalau ada kosong boleh lah masuk. Kalau tak, terpulanglah antara kau nak pergi 3rd Class atau 1st Class.

Selalunya, memang akan disumbat jugaklah ke dalam wad 3rd Class, even boleh muat 3 katil je tp diorang boleh arrange sumbat masuk lagi katil. Sangatlah rapat dengan orang sebelah, kena jenis pemalu macam aku memang tak selesa lah sebab takde privacy, langsir pun tak boleh tarik :(


Melainkan kalau korang pilih wad 1st Class, memang banyak kosong. Cara bayar, kena bayar deposit cash dulu RM800. Pergilah cari ATM kalau korang tak bawak duit masa tu. Yang penting, nak masuk wad 1st Class, dalam tangan kena ada RM800 for that deposit purpose. Dah register apa semua tu, barulah kita akan ditransfer ke wad. Boleh pilih nak katil single, double atau 4 katil. 

Baki bayaran pulak defend lah pada berapa lama kita stay dekat wad, dan rawatan tambahan apa yang kita kena. Kalau biasa-biasa je contoh takde masalah serius dan stay 1-2 hari je, selalunya daripada deposit RM800 tu, akan ada balance yang dipulangkan balik kat kita. 

Siapa yang boleh teman dalam wad 1st Class Hospital Kerajaan?

Ya, ku harapkan suamiku boleh teman rupanya tidak~ Hahaha! Kau bajet private hospital ke.. hihihi.. untuk makluman, wad 1st Class di Hospital Serdang termasuklah bilik yg berkatil single pun tak boleh ditemani oleh waris yang berlainan jantina. So, bagi yang baru lepas bersalin mungkin caesar, bolehlah ajak mak, kakak, atau adik korang temankan masa dalam wad tu. Ajak BFF pun best jugak bolehlah membawang time breastfeed baby :p Hahah!

Perbezaan Wad 2nd Class & 1st Class
Actually masa deliver Marissa dulu, aku dah bersyukur dah sebab suami sudi transferkan aku kepada wad 2nd class. Asal ada privacy dan boleh tarik langsir tutup semua dah cukup dah bagi aku. Selesa banyak kot kalau nak compare wad 3rd class masa tu.

Tapi, bila dah masuk wad 1st Class hari tu, rasa macam berbezanya daripada 2nd class. 2nd Class tu lebih kurang sama je macam 3rd class. Sama daripada segi apa? Haa meh aku citer...


Wad 1st Class, pagi-pagi nurse akan datang ambil baby untuk dimandikan. Kita bagi je 1x set baju baby, topi ke mitten booties dengan bedung. So nanti kita akan dapat 1x set baby kita yg dah siap dimandikan. Haha~ wad 2nd class takde, sama macam 3rd class.

Wad 1st Class, memalam takde staff nurse yang datang panggil kita untuk pergi ke bilik sekian-sekian untuk check luka jahitan. Doctor yang nak check luka kita tu sendiri datang ke katil kita, check atas katil kita sendiri. Best sungguh! 

Kalau dulu kat 2nd Class, tengah2 malam kena tinggalkan baby sorang2 atas katil sebab kena pegi bilik doctor untuk check luka jahitan. Diorang akan panggil dalam 10 nama dan tunggu turn kat depan bilik tu. Patient pulak campur dengan patient daripada wad 3rd class. Lama jugak nak tunggu doc mula check, ada sampai 15 minit. Balik bilik tengok baby aku masa tu dah merah sungguh nangis sampai takde suara sebab nak susu. Ko imagine baby meraung dalam 10 minit tanpa henti sebab mak dia kena pegi check luka. Sedih gila aku masa tu, sian marissa.. wuwuwu


Selain itu, nurse2 semua lemah-lembut gitu. Sebab wad 1st class ramai 'somebody', so bahaya lah kalau tak lemah-lembut kan~ Sampai aku pun jadi segan lah. Aku asyik berterima kasih je sebab layan aku macam madam dah haa.. hihi :p Then makanan dia pun sedap!

Apa yang tak bestnya adalah masa tu, patient sebelah aku ni makcik2 politik. Boleh pulak dia bukak video orang politik tengah berucap kuat-kuat?? Dapat dengar org dalam video tu cakap pasal maruah Melayu lah, banga Melayu lah, ntah apa lagi... haih geram pulak aku. Kalau slow takpe, ni volume dia macam memang sengaja nak bagitau dia kuat politik dan sengaja nak kitorang pun dengar apa yang dia tengah tengok. Nasib anak aku masa tu pakat tidur je... kalau jenis meraung memang aku letak je kat sebelah telinga dia. Geram sungguh... husband dia pulak sampai memalam buta teman kan wife dia, tak reti nak balik agaknya. Balik pun tetengah malam baru nak balik. Sabo je lah aku kat sebelah~ eh sorry ter-bebel pulak, hahah!

Kos Bersalin Diang Atiya


Total semua RM690. So daripada depo RM800 tu, dapatlah balik balance RM110 :)

Btw, ada sikit info buat yang tak tahu ya, bila pilih wad 1st Class.. semuanya akan dicaj mengikut rate harga kelas pertama. Contoh:

1. Korang kena warded 3 malam. Even 2 malam pertama tu korang pilih nak duduk kat 3rd class je, then malam terakhir tu baru nak pindah ambil wad 1st class... hospital tetap akan caj tiga-tiga malam tu ikut caj 1st class. So jangan lah buat begitu, kalau rasa nak duk wad 1st class, amek je lah daripada awal ye :)

2. Labour room pun akan ikut harga 1st Class. Macam aku, hari tu tak sempat masuk labour room pun, bersalin kat wad bawah tu je tp sebab amek wad 1st class, so rate bersalin pun follow rege 1st class jugekkk~

****************************
Begitulah alkisahnya. Kenapa sibuk-sibuk nak ambil wad 1st class jugak sedangkan rasa sakit nak bersalin tu sama je, bukan boleh kurang sakit pun? Ramai orang cakap, bersalin kat mana pun sama je sakitnya~

Well hello, sini aku nak betulkan persepsi anda-anda semua yang masih cakap macam tu ya.. Kita nak masuk wad 1st class bukan sebab rasa sakit yang berbeza... rasa sakit dia tu sama je.. tapi apa yang kita nak adalah apa yang kita dapat SELEPAS KITA MELAHIRKAN :) Kita dah bertarung nyawa tadi, jadi kalau mampu apa salahnya untuk merasa special sikit lepas tu. You deserve it, mommies!


p/s: lebih-lebih lagi kalau kau tahu diri kau cepat stress ke apa ke, so layanan yg baik sangatlah membantu pada waktu2 selepas melahirkan tu :)


Monday, 24 December 2018

My Second Pregnancy

Salam :)


Alhamdulillah, selepas setahun aku diberi rezeki untuk merasa mengandung lagi. Haha~ memang tak plan, tapi aku dan suami macam pernah terdetik nak bagi adik kat Diang Marissa sebab kesian tengok dia main sorang-sorang.

Instinct Pregnant Lagi!

Masa sebulan sebelum puasa last year, aku terperasan yang aku tak datang period pada waktu yang sepatutnya. Mula-mula biar je dulu, tapi bila dah sebulan tak datang period, maka instinct tersebut mula menghantui. Chewah~ suami aku pun perasan juga tapi masing2 macam simpan je dulu. Hahah~

Insiden Suami Termuntah Tiba-tiba!

Masing-masing macam mendiamkan je pasal ni, sampailah satu masa tu... kitorang tengah makan malam. Tetiba je muka suami aku jadik lain pastu terdiam, pastu tetiba terus berlari ke sinki dapur. Muntah!!
Aku pun gelabah lah terus tanya kenapa? Kenapa?? Dalam hati dah suspen, lauk aku masak pelik ke hari ni?? Matilahh~ hahahaha.. bila suami dah reda, dia cakap tak tau kenapa. Tetiba rasa mual loya pastu nak termuntah. Aku pun cam..erk.. apekah?

Actually, dalam hati aku masa tu rasa makin kuat instinct aku pregnant tu. Sebab memang kadang2 loya tu kena pada suami. Suami aku pun dalam diam instinct dia makin kuat juga macam aku.

Beli Pregnancy Test!

Tapi bila dah nak masuk 2 bulan aku tak datang period tu akhirnya aku dan suami mula lah membuka mulut pasal tu~ haha so kitorang setuju untuk try sendiri guna pregnancy test tu. Punyalah nervous wehhhh, anak 1st gua baru setahun lebih kot masa tu. Hahaha :p

Habis check, memang jelas lagi terang-benderang hasilnya dua garisan. Hahaha takde kabur-kabur, memang jelas gila. Kitorang cuma gelak je tak tau nak rasa apa masa tu. Hahaha! Blur sama macam masa dpt anak pertama. Dalam hati aku dah risau kena marah nurse sebab jarak dekat sangat :P

Memang Rezeki!


Apapun, nurse kat KK Bukit Mahkota Bangi memang best. Takde sorang pun yang marah, diorang semua cakap "Wah, nak jadi kakak dah ye" pada Marissa. Hihi~ Doctor je cuma tanya aku, tak penat ke? Haha aku gelak je~

Sebab aku rasa dah memang rezeki. Masa awal mengandung tu aku ada makan buah nenas mentah banyak kot. Memang rezeki sebab mungkin benih tu lekat kuat, then Alhamdulillah sampai laaa ni~ dah nak masuk 9 bulan dah.. haha

DUE DATE!

InsyaAllah, due date aku next year.. akhir Jan 2019. Sekarang dalam proses wean off dengan anak 1st tapi memang selalu failed lah kan, sebab maknye tak bersungguh sangat. Hahaha!


Apapun, doakan aku dipermudahkan semuanya insyaAllah.. masa mengandung first tu rasa macam semuanya jadi dalam sekelip mata dan sepantas kilat je.. bila masuk 2nd pregnant ni rasa macam nervous nya nak merasa lagi detik2 cemas dan rasa sakit contraction tu. Hihi~

P/s: 2nd pun baby girl juga, insyaAllah... boleh jadi geng kakak Marissa :)


Tuesday, 18 April 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Hospital Serdang 2017)

Salam (n_n)
Untuk pengetahuan rakan-rakan blog, aku dah selamat bersalin pada hari selasa yang lalu iaitu pada 11 April 2017 jam 10.57 mlm. Baby girl yang keluar, even ramai yang meramalkan ianya baby boy. Hahahah~ pic bawah ni tudung edit ya tu yg pelik sikit... Hahah! :p


So hari ni genaplah seminggu daripada tarikh lahir my baby, dan masih segar dalam ingatan macam mana sakitnya, dan macam mana cemasnya masa on the way nak ke hospital malam tu. Jom, aku flashback balik detik-detik kelahiran my baby girl :)

Sakit Contraction Yang Disalah Tafsir


Aku mula-mula rasa sakit contraction ni pada Isnin malam Selasa, masa tu hampir jam 3 pagi. Mula-mula pun tak tau jugak tu rasa contraction, tapi bila lama-lama aku perasan macam sakit tu pergi dan datang balik, so aku assume itu adalah apa yang orang panggil contraction. Aku rekod masa guna Contraction Apps yang aku download dpd PlayStore. Sela masa 6-10 minit, setiap contraction bertempoh lebih kurang 1-2 minit camtu.

Banyak kali aku google, kalau sela masa macam ni adalah contraction yang betul, tapi aku macam tak percaya. Eh, betul ke ni? Aku tetap nak anggap contraction aku tu sebagai Braxton Hicks (contraction palsu) dan aku biar je sampai esok pagi. Memang daripada jam 3 pagi tu sampailah besoknya, aku tak boleh tidur melayan rasa contraction yang datang ala-ala sakit senggugut tu.

Jalan Belum Buka Lagi

Pagi Selasa, patutnya aku ada rutin check up kat KK tapi aku cakap dengan suami, aku tak larat nak pergi sebab tak tidur semalaman, pastu bila sakit tu datang rasa macam stress pulak...tambah-tambah kena take turn ramai pulak tu..wuwu agak rasa bersalah jugaklah sebab suami masa tu dah ambil cuti on that day jugak sebab nak teman aku pergi check up. Yelah, tengah tunggu hari kan~ kot terberanak hari ni, atleast dia ada dengan isteri dia ni :)

Petang Selasa, pergi jugak klinik biasa untuk scan 2d, tujuannya nak check heartbeat baby. Tu pun sebab kawan-kawan aku yang paksa. Hahaha! Mana tau ade efek pape kat dalam memandangkan dah berlaku contraction kan. 
Check heartbeat baby Alhamdulillah okay, air ketuban pun semua okay ngam-ngam, tak terlebih dan tak terkurang. Then yang paling best, doc tu offer nak check bukaan (VE). So, aku pun terus setuju cuma agak takut sikitlah, orang2 kata check bukaan ni sakit ye? Aku sempat tengok tangan doc tu, besar jugak...matilah nakkk mesti sakit. Then dia check, owh takdelah sakit pun. Doc cakap diding serviks aku dah lembut dan menipis, cuma jalan aku je belum terbukak lagi. So, agak lega lah di situ.

Dan dalam ontheway balik, aku cuba set mind untuk bersedia dengan rasa yang lebih sakit. Yelah, kalau jalan belum bukak pun dah ala2 senggugut, apa lagi kalau dah bukak kan? Confirm sakit dia leeeeebihh lagi!

Contraction yg Makin Kuat dan Menyakitkan!!

Petang Selasa tu ada pasar malam, nasibbbbbb aku tak gigih pegi ikot suami naik motor round pasar tu. Kalau tak, terus terberanak kat celah gerai agaknya. Hahaha! Maghrib dalam jam 7 lebih gitu, aku duk sorang-sorang kat bilik, suami pergi betulkan motor dan pergi pasar malam. Contraction aku masih tak berhenti-henti lagi. Daripada sela 10 minit (malam Isnin tu), sekarang sela masanya cuma 4-5 minit saja.


Rasa contraction masa ni? Phew~ sakit...tapi memandangkan kalau baring even baring mengiring pun tetap sakit, aku gigihkan untuk jalan ke hulu-hilir bila sakit tu datang. Bagi aku lah, aku rasa sangat membantu kurangkan sakit contraction tu bila berjalan macam tu. Kejap2 bila sakit tu hilang, aku duduk kejap kat katil dan berjalan semula dalam ruang bilik tu bila sakit datang balik.

Jam 8 malam (Selasa), sela masa antara contraction semakin cepat iaitu dalam 2-3 minit je! Suami aku dah balik, teman aku dalam bilik. Aku masih lagi mundar-mandir dalam bilik sebab nak cepatkan bukaan. Aku bajet masa tu mungkin baru 4-5cm je terbukak, so aku setmind otak dan badan untuk menerima rasa sakit yang lebih dasyat lagi lepas ni... yelah kalau dah 4-5cm pun dah sakit camni, apatah lagi kalau 8-9cm nanti kan!
Jam 9 malam (Selasa), ni lah detik kemuncaknya.... dalam 9.30 mlm macam tu, dalam sakit-sakit tu aku rasa nak muntah. Ingatkan dapat tahan, tapi tak boleh... terus pergi toilet dan muntahkan balik makanan last yang aku makan petang tadi iaitu Double Cheeseburger McD. Sambil muntah sambil suami urut belakang, then tetiba menitik sikit air bercampur darah daripada kelengkang aku, kena kat kaki suami. Terus beliau panik.

Lepas muntah, masuk bilik aku cakap nak pergi hospital. Time tu jugaklah keluar lagi air bercampur darah, lagi banyak daripada tadi kat atas lantai. Time tu laaaaaagilah suami aku panik!! Siap-siap dengan cepat, terus Zupp naik kereta. Cadang aku nak bersalin di Hospital Serdang... tetapi something happened yang menyebabkan aku hampir bersalin dalam kereta~ Hahaha :p

Hampir meneran dalam kereta~

Ayah mertua aku tersalah masuk jalan dan tersesat on the way nak ke Hospital Serdang tu. Serius aku memang dah rasa nak bersalin masa tu sebab aku kira-kira, sela masa antara contraction memang dah seminit je hah... dan imagine tengah-tengah camtu, kau nampak lah bangunan TBS, signboard Cheras dan lain-lain lagi padahal kau nak pergi Serdang je pun... Hahahaha!! Sangat ngeri weh~ jauh pulak tu nak pusing adoiyai...aku daripada duk tegak, dah tersenget dah rasa nak angkat kaki teran time tu jugak, biarlah suami aku sambut aku tak kira dah~ Hahahaha!! Sakit gila siot. Macam nak mati dah time tu rasa.

Aku banyak kali cakap nak teran kat suami, kesian beliau cemas masa tu. I'm sorry :'( Menjerit-jerit, menangis-nangis aku dalam kereta. Serius lahhh, real betul rasa dia. Phew~ 

Akhirnya, sampai di Hospital Serdang

Sampai je, naik kerusi roda tolak masuk dalam. Masa kat kaunter tu aku agak terbiar lah sebab nurse semua tak tahu aku memang dah nak terberanak dah masa tu, nasib terbiar dalam beberapa minit je camtu. Hahah! Then kena tolak dengan nurse untuk baring kat katil wad. Dia check bukaan aku, pastu terus jerit kat nurse lain...

"Primid! Primid!! Labour room...!!"

Maka berlakulah adegan macam dalam movie di mana aku disorong selaju-lajunya ke dalam labour room (LR), aku baring mengiring dan pejam mata je time tu. Then sampai LR, kena bergolek ke katil LR pulak. Pastu nurse tukarkan pakai baju pink comel tu. Pastu pasang entah ape benda kat perut aku untuk check heartbeat baby, nasib masih normal. Then nurse suruh aku kangkang besar-besar. Sempat aku tanya nurse berapa bukaan aku?

"Ni dah terbukak habis dah ni, tinggal nak teran baby je ni haa~"

Terus aku blur, sakit tadi tetiba macam berkurang sikit sebab rasa blur tu lebih lagi. Hahaha, then suami aku masuk diri kat sebelah. Aku ni dah lah rasa macam nak buang air besar, so aku cakap kat nurse, nurse saya rasa nak buang air besar lah. Then nurse tu jawab..

"Haa memang..awak memang akan rasa macam tu.. tu tanda baby memang betul-betul dah nak keluar lah tu..."

Hoh! So, apa yang aku rasa daripada dalam kereta tadi yang macam nak terberak sangat tu tadi adalah rasa nak teran baby rupanya!! OMG~~~ dan semuanya berlaku sepantas kilat dan tetiba je aku dah kena meneran baby dalam keadaan aku tak prepare pape...erk!

Sesi Teran-Meneran

Sebab nurse dah bagitau rasa nak berak tu adalah rasa nak keluarkan baby, so memang aku teran habis macam bila kita nak buang air tu, cuma kena lebih gigih lagi...dan nafas kena panjanggggggg lagi! Mula-mula dah betul dah aku teran, nurse dok puji good! Bagussss!! Lagiii!!

Kali kedua push tak keluar jugak, aku macam tersalah teknik pernafasan masa tu. Then dengar nurse cakap, saya gunting sikit ye. Tapp! Aku jerit cakap sakittttt~ Pergh~ then hilang dah rasa sakit tu sebab nurse dah tolak2 perut aku sebab aku salah teran. Aku tak teran pun sebenarnya. Haha penat siot teran panjang-panjang gitu.

Then tetiba aku terdengar sorakan yang paling bergema di alam semesta, iaitu sorakan suami aku...HAHAHAHA!! Kuat gila suara beliau, dan masa tu dengan sekali push yang panjang sambil curi-curi nafas diiringi sorakan hebat suamiku, zupppp~ keluar baby girl aku! Yeayyyy!!! Alhamdulillahhh~~~ sangatlah membantu sorakan suami aku tu~ Hahahaa!

My Baby Girl Yang Kecik Tomey


Nurse suruh aku cakap apa jantina baby, pastu letak baby atas dada aku. Kat Hospital Serdang ni best sebab dia bagi baby atas dada agak lama jugak untuk tujuan 'bonding' antara ibu dan anak. Berat baby aku masa tu 2.13kg je...comel tecik saje, hihihi

Sesi Jahitan dan Lain-lain

Lepas je bersalin, nurse cucuk ubat kecutkan rahim kat peha. Tak terasa apa pun. Then sampailah sesi jahit yang selalu orang duk kata sakit-sakit tu kan...tips aku satu je, bila nak merasa sakit ni, kita kena redha dan pasrah dan terima je apa rasa yang akan kita rasa masa tu. Mindset sangatlah penting untuk endure the pain. So, masa aku dijahit tu, memang terasa benang-benang dan jarum tu cucuk, tapi sebab dah setmind 'I have...to feel this pain, tak boleh elak!'...so rasa sakit tu dapat dikurangkan dan boleh jadi tak rasa sakit pun. Cubalah nanti! :D

********************************

So, itulah dia kisah pengalaman aku bersalin. Alhamdulillah, aku rasa sangat-sangat-sangat dipermudahkan sebab daripada awal, rupanya suami aku ambil cuti Selasa tu bukan sebab nak teman aku check up, tapi sebab dia rasa tak sedap hati. His instinct was right!

Kemudian, segala-galanya berlaku dengan pantas! Sampai hospital terus dapat bersalin, sedangkan masa tu ada lagi 27 orang ibu tengah duk jalan-jalan melayan contraction untuk tunggu bukaan terbuka sepenuhnya. Proses bersalin aku daripada sampai  ke hospital sehinggalah baby keluar hanya ambil masa 10 minit saje.

Sangat bersyukur... :')


Lepas bersalin, baby dah dibersihkan dan diazankan, aku, suami dan baby duk je dalam LR tu sebab wad penuh. Masa tu diambil oleh kitorang untuk kenang semula detik-detik mencemaskan yang baru je lepas masa tu. Alhamdulillah, aku masih ada tenaga untuk berjaga dan bersembang dengan suami aku even last makanan yang aku makan dah termuntah balik before bersalin. Hahaha!

Sayang wehh nak tido masa-masa camni, bukan salu dapat rasa. Hahaha, so berbual bersama suami sangatlah menggembirakan hati~ Sambil tu, kita selfie bebanyak macam orang jakun. It's our first moment of deliver okay, wajib jakun! Hahaha~ Okay tu saja, nanti aku review Hospital Serdang dan pasal baby aku kena Hypo (gula dalam badan rendah) ye :)

P/s: dah nama pun pengalaman, kenalah entry ni panjang berjela ye tak~ Hahahaha!


Wednesday, 25 January 2017

Nak masuk 7 bulan dah :)

Salam semua (n_n)

Hoho, Alhamdulillah kandungan aku dah hampir masuk 7 bulan. Banyak gila entry aku yang tergendala sejak aku pregnant ni. Punyalah malas nak log in blog. Hahah~ so ni just quick updates supaya aku sendiri tak lupa tentang pengalaman-pengalaman penting yang berlaku sepanjang aku mengendon ni. Layan je lah ye :p

1. First time scan baby
Atas kekangan yang menyebabkan aku tak dapat nak buat details scan di KK, jadinya aku memilih untuk scan baby di Hospital Pakar Annur, Bangi saja. Hospital ni memang sangat popular di kalangan ibu-ibu bersalin di sini sebab servisnya tip-top dan super duper selesa. Tapi kalau dah swasta, memang ribu-riban lah kalau kau bercita-cita nak bersalin kat situ kan... :p


So, perasaan masa first time dapat nampak baby sendiri ni, entahlah. Tak tau nak explain macam mana, of course lah gembira tapi yang paling first aku rasa masa tu adalah...

"Okay, betul memang aku mengandung..."

Sebab selama ni masa before scan, aku antara yakin tak yakin je betul ke tak ada baby dalam perut aku ni :p Hihi.. tu yg sekali scan, baby duk ngeliat2 posing2 sebab nak menunjukkan kewujudan dia lah tu.. haha marah gaknye aku tak percaya dia ade :p Total kos 2D scan kat Hospital Annur RM110 :)

2. First time rasa baby gerak
Nurse kata dalam 3-4 bulan usia kandungan, dah boleh rasa baby gerak-gerak. Aku pun iyekan aje, sebab tak pernah rasa, so memang tak tau rasa baby bergerak dalam perut tu camane. Sampailah masa aku macam rasa pehal dalam perut aku macam ada angin gerak-gerak, pastu macam geli-geli. Pastu rasa macam dia usik pundi kencing aku kat dalam. Hahah...rupa-rupanya itu lah dia rasa baby bergerak masa mula-mula :D
Makin matang usia kandungan nanti baru lah gerakan tu rasa makin ketara sampai kadang-kadang aku tergelak sebab geli dan kelakar rasa dia. Suami aku pun dah berjaya dah rasa gerakan tu masa letak tangan atas perut aku, terkejut dia bila dapat rasa. Excited terus daddynya! :D Malam semalam pulak baru je rasa suatu gerakan yang pelik, sekali tengok perut aku senget sebelah. Hahahaha~ kau nak merangkak g mane nak...duk je dalam tu dulu~ hihi

3. First time HB dapat pen merah!


Sepanjang 4x check up, HB aku sangat cantik nilainya sehinggalah ke check up yang paling latest ni, masuk-masuk bilik je nurse tanya, aku makan ke tak ubat yang diorang bagi tu? Hahaha, mula2 aku jawab makan! Pastu terus dia kata awak mesti ada skip2 ni, sebab HB awak menurun. Haa, kantoi dah aku di situ :p


Alaa...actually bukan skip, tapi terlupa. Tau je lah iron tablets yg untuk naikkan HB tu kan kena ambil sebelum makan, aku ni jenis yang duk kat meja makan terus selera datang membuak-buak. Terus terlupa seyh nak telan ubat dulu even ubat tu dah elok cantik je terletak kat sebelah pinggan aku.. so, aku assume makanan tu yg salah. Bukan aku~ btw patutlah aku rasa cepat pening dan hati berdebar-debar je, rupanya itu lah efek kalau HB kita rendah :)

4. First time belajar camne nak kira gerakan baby
Masa nurse belum ajar tu, aku sangatlah suspen macam mana nak kira baby gerak dalam perut ni. Bukannya nampak dia berpusing ke tak. Begitulah pemikiran aku sebab aku ingat kira gerakan baby ni kena kira baby berpusing daripada selatan ke utara, dan utara ke selatan gitu. Hahahaha...

Rupanya bukan macam tu! Rupanya kena kira 10x gerakan je dalam masa 12 jam. Hahah, mati2 aku ingat nak kena rasa baby berpusing ke tak kat dalam tu :p Haa, pastu nanti kena tick kat dalam buku pink camni:

Yang 20hb tu tak penuh sebab aku masa tu dalam cinema tengok Resident Evil, so tak perasan gerak ke tak baby. Haha :P tu pun dah nangis kejap sebab takut baby jadi pape. Padahal sendiri yang tak rasa, hihi~

So, itu lah dia antara pengalaman penting yang aku tak nak lupa sampai bila-bila. Sebab tu aku tulis dalam blog ni, atleast boleh cari semula nanti kan. Haha~ btw dah 7 bulan ni, aku dah mula membeli barang2 keperluan untuk bersalin nanti seperti baju baby dan lain2. Sangat murah! Nanti aku share dalam next entry ek aku beli kat mana :D

P/s: Sakit pinggang seyh duk lama2 taip blog. Alahai~ haha :p

Tuesday, 29 November 2016

Perkembangan Memasak Selepas Kahwin

Salam (n_n)
Seriously masa aku sekolah menengah dulu, amatlah penat telinga ni nak dengar makcik dan pakcik aku yang bising sebab aku tak reti masak. Sindiran biasa yang akan terhambur adalah; Camne ngko nak kahwin kalau tak reti masak??? Hahaha! Ye, memang begitulah keadaannya, aku memang tak reti memasak dan takde insisiatif langsung nak menolong orang yang tengah memasak. Cuma aku pegang satu je, lepas kahwin nanti aku belajar lah~ kan?


So, sekarang aku dah kahwin, dan Alhamdulillah sedikit demi sedikit skill memasak itu datang dengan sendirinya bila kita rajin hendak memasak.

Cara aku belajar masak dekat rumah mertua

Dah lah dengan tak pernah langsung memasak, duduk pulak sebumbung dengan mertua kan, kau imagine lah level keyakinan aku nak memasak tu rendah mana? Hahaha, tapi aku cuba jugak, nasib suami aku memang dah tau aku tak reti masak. Hihi :p

1. Tolong-tolong bila mak mertua masak dekat dapur tu haa...
Ye, walaupun aku tak pernah tolong bila mak sendiri masak~

2.  Google resepi
Ini harus supaya aku kadang-kadang aku dapat tolong masak sekali.

3. Cuba memasak masa mertua takde kat rumah
Hahaha! Ni paling adventure sekali aku rasa. Gigihlah cuba masak masa mertua kerja, pastu rasa sendiri. Kalau okay, boleh letak bawah tudung saji, kalau tak ok ke tong sampah lah jawabnya. Tapi, alhamdulillah setakat ni semua berjaya dihidangkan..hahah!

*******************************
Lama-kelamaan, basic skill nya tu mula meresap dalam naluri pemasakkan aku. Hahah, naluri apekah itu, wujudkah? :p Daripada asalnya aku cuma berani tumis / masak sayur untuk family mertua aku makan, sekarang aku dah jadi lebih yakin untuk cuba ke lauk utama pula.

Contoh Lauk-pauk Yang Berjaya Aku Masak

1. Sotong Sambal (gambar google je, masa tu belum ganti smartphone yang rosak, hehe)

2. Telur goreng masak sos (gambar google jugak)

3. Masak kari (ni aku nak try2 masak kari, guna telur goreng jugak, nasib jadik cuma kuahnya pekat sikit)

4. Ayam goreng berlada & black pepper (ni sedap gila, aku suka, hahah)

5. Ayam garlic berlada & sayur bendi tumis telur (ni hiadangan khas untuk suami aku, paling berjaya lah setakat ni sebab dia suka gila rasa ayam tu, macam ayam kat hotel katanya..hahaha)


5. Then, yang paling latest aku buat sabtu lepas adalah, NASI LEMAK~~~ hahahaha asyik masak sayur dan lauk je, nak jugak try masak nasi special kan :D


Seperti biasa, aku cuba masak ni masa mertua aku semua balik Ipoh, tinggal aku dengan suami je, memang masa yang tepat untuk cuba masakan baru kan! Hahah, so Alhamdulillah semuanya jadi, nasi memang sedap bak kata suami aku, rasa sambal pun okay cuma aku kena improve lagi, kering ngko sambalnya.

Aku mesej tanya mak aku, kenapa, rupanya sebab kurang minyak. Hahahah, padanlah kering kontang pekat gila sambal aku tu :p Hihi..

So, itulah dia cerita perkembangan skill memasak aku lepas kahwin ni. Aku tak tau aku jadi rajin memasak sebab pembawakan baby, atau sebab memang dah lama aku gian nak cuba memasak. Apapun, paling best adalah bila suami puji masakan kita, feeling dia sangat mengharukan...haha (n_n)

P/s: ramai yang kata kalau masa ngandung tu kita jadi rajin, maksudnya baby girl..hihi (n_n)


Friday, 25 November 2016

Pengalaman Buka Buku Pink Untuk Anak Pertama

Salam (n_n)
Hahaha, sangatlah nervous okay masa awal-awal mengandung tu. Dah terbayang dalam kepala betapa lecehnya bila kena selalu pergi klinik untuk buat pregnancy check up. Wuwuwu, aku dah lah malas buat benda-benda camni. Nak tak nak, memang wajiblah kena buat jugak kan :P 


Usia kandungan masa bukak buku pink: 3 bulan
Bukak buku pink di: Klinik Bdr Seri Putra, Bangi (kerajaan)

Aku tak tahu macam mana dengan klinik di tempat2 lain, tapi yang bagusnya di Klinik Seri Putra ni, untuk zon kehamilan telah dibahagikan hari-hari appointmentnya mengikut lokasi taman perumahan kita. Contohnya macam aku, aku duk di Taman Impian Putra, hari appointment aku memang antara hari Selasa / Khamis je. Aku rasa benda ni bagus sebab boleh kurangkan kesesakan, means takdelah semua datang serentak kan, hehe...


Check Up Kali Pertama Yang Mendebarkan

Ye, memang aku berdebar gila sebab nak kena cucuk amek darah. Even dah pernah kena cucuk masa HIV Test, tapi tetap nak suspen jugak..hahaha!

Dah lah, masa aku bukak buku pink tu kena dengan nurse praktikal, lama gila dia nak tulis details aku dalam buku tu. Aku relax je. Tapi, bila aku masuk bilik untuk amek darah, aku tengok nurse praktikal tu jugak yang nak cucuk lengan aku, aku jadi macam nak balik rumah terus.

Mana taknya, dia nak pakaikan alat untuk ketatkan kat tangan aku pun terkial-kial, pastu nak cucuk tu pun tangan dia yang menggigil...kau bayangkan lah ape aku rasa time tu T_T hahahadoi, 3x aku kena cucuk tapi tak dapat jugak darahnye...wuwuwu. 2x lengan kiri, 1x lengan kanan. Bukan nurse praktikal tu yang cucuk tapi nurse lain yang lebih berpengalaman. Gagal habis. Last dia suruh doktor lain yang amek darah aku, nasib dapat.

Lepas aku survive daripada kejadian cucuk-mencucuk yang mengerikan tu, aku memang pitam habis, nasib baik tak pengsan dan suami aku ada masa tu. Wuwu :'(


Haa bila dah setel amek darah, aku kembali menjadi manusia normal. Siap boleh berselfie lagi, haha. Then kena buat urine test, jumpa nurse, jumpa doktor untuk sesi consultation dan juga buat pemeriksaan gigi. Ini prosedur baru yang wajib kata nurse tu. Overall semua okay sebab nurse dia semua baik-baik, peramah dan suka membantu :) Best sangat!


Cuma yang kelakarnya adalah tentang result pemeriksaan check up aku, selama ni aku duk risau pasal HB kurang, nanti kena bebel dengan nurse. Sekali check HB aku 13 ngko! Baik sungguh HB nye, cuma berat badan aku je yang dapat pen merah, sebab bawah 45kg. Muahahah! Sampai dh check up kali ke-3 Selasa lepas ni pun still bawah 45kg :p

Btw, di akhir rancangan nanti kita akan diberikan ubat-ubatan standard daripada klinik kerajaan untuk ibu mengandung iaitu:


(dari kiri, iron untuk tingkatkan HB kita, vitamin rasa oren, pil asid folic yang penting utk tumbesaran baby dan vitamin kecik-kecik)

So, itulah dia cerita seorang mommy to be untuk anak pertamanya, insyaAllah. Memang suatu pengalaman baru dalam hidup aku, Alhamdulillah (n_n)

P/s: semoga baby sihat-sihat selalu. Aku dah start muntah-muntah balik sekarang ni. Nak berjalan pun tak boleh plan sebab takut cancal T_T wuwu~

Friday, 18 November 2016

Pengalaman Buat Pregnancy Test Sendiri

Salam (n_n)


Hahaha, lama tak update blog tetiba sekali update terus update cerita pasal buat pregnancy test sendiri kan~ Pregnant ke puan Lynn Damya ni? Hahaha, kalau nak tahu sila lah baca cerita di bawah ya (n_n)

Alkisahnya, pertengahan bulan Julai yang lepas, aku macam dapat rasa something yang lain pada diri aku. Adakah aku akan berubah menjadi mutant-X??? Owh tidak, aku cuma dapat rasa macam aku ni mengandung je~ eh, macam pregnant je~ tapi taknak lah cepat perasan kan. So, aku diamkan je dulu. Tak cerita kat suami pun, hahah :p

Tapi bila aku kira period aku macam dah lambat dua minggu, aku terus cerita kat suami, dan rupanya dia pun perasan benda tu. Before ni aku pernah mention aku macam nak period, tapi sampailah ke hari tu, periodnya tak muncul2 jugak. So suspen!

Nak pergi doktor terus untuk confirmkan pregnancy, takut malu pulak kalau 'kosong'. So, tindakan yang paling bernas dan kurang memalukan adalah dengan check sendiri pregnancy guna pregnancy test tu haa...

Pun malu jugak masa nak beli kat farmasi~ HAHAHA!
Jenuh jugak lah pilih nak beli yang mana satu, ye lah first time kan. Duk belek-belek mana satu lah konon yang bagus, padahal sama je semua. Last-last pilih lah brand Dip N Tell tu dengan harga Rm8 lebih. Dapat free urine cup you'all~ Hebat kan! Hahaha~

Balik rumah terus kami masuk bilik, masing-masing nervous. Aku ni lagilah nervous weh nak pergi check sendiri. Tak tahu nak menghadapi kemungkinan selepas tengok resultnya nanti. Take time dalam 10 minit jugak sebelum aku akhirnya memulakan operasi pemeriksaan ke atas diri sendiri.


Caranya ada ditulis di belakang kotak. 'Wee wee' sikit dalam urine cup dan celupkan hujung bahagian kertas yang betul ke dalam takungan tersebut. Kalau 2 garisan muncul maksudnya, berisi.

Tak lama pun aku tunggu resultnya, mula-mula garisan pertama muncul.....then,


TADAAAA!!
Muncul pulak garisan kedua sedikit demi sedikit. Dan aku pun terdiam, rasa macam, eh, aku pregnant ke? Masa tu blur, tapi air mata macam automatik keluar sikit. Hahahah~

Suami aku pun blur je masa tu, masing-masing diam tak tau nak cakap apa. Gembira tapi blur. Hahahaha lawak betul kalau ingat balik. So, itulah dia cerita masa aku test sendiri guna pregnancy test. Sebelum ni aku bajet kalau aku mengandung, ada lah sikit macam scene yang biasa ada dalam drama2 melayu tu.

Muntah-muntah sikit, lepas tu pengsan. Celik-celik je dah kat klinik dan doktor datang ucap tahniah sebab pregnant. Rupanya takde pun, hahaha! Drama semata! Cheh~

2nd Confirmation di Klinik Swasta

Rasa tak percaya tu masih kuat even tanda-tanda yang ditunjukkan sangatlah menunjukkan aku memang tengah pregnant. Nak jugak kena doktor yang confirmkan, hahaha...so kat klinik tak buat apa pun, sama je dia check jugak guna kertas pregnancy test tu.

Cuma kalau buat confirmation kat klinik lebih meriah gitu. Daripada doktor sampailah ke staff2 klinik semua senyum lebar ucap congrates kat aku. Comel betul! Hahaha~ pastu dapat ubat Folic acid ni haa...
Folic acid ni rupanya penting untuk perkembangan tulang belakang bayi. Doktor tu cakap patutnya awal-awal bila tahu mengandung, dah kena consume folic acid ni. So, total buat pregnancy test, ubat dan consultation kenalah Rm40 :)

Dan sekarang, aku tengah mengandung dah masuk 4 bulan 2 minggu gitu lah. Alhamdulillah~ Banyak benda baru yang aku hadapi, hahahaha nanti aku tulis lagi ya. Terima kasih sudi baca (n_n)

P/s: masa hari raya lepas, ade sorang kawan mak mertua aku share tips untuk dapat anak, next entry aku update ye (n_n)