Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

Kekuatan 'Yassin 7 Mubin' dalam Mencari Barang yang Hilang



Yassin 7 Mubin bermaksud terdapat 7 ayat di dalam Surah Yassin
yang diakhiri dengan perkataan 'Mubin'. 'Mubin' bermaksud 'Nyata'

Berikut sumber daripada Nahdatul Syifa (Terapi & Rawatan Islam) tentang

cara-cara untuk membaca Yassin 7 Mubin :

Sebaiknya dimulakan dengan solat Hajat 12 rakaat terlebih dahulu

- Membaca Surah Yassin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama,
berdoalah kepada Allah (sebaiknya ditulis, kerana akan dibaca pada setiap Mubin,
dan niat atau doa haruslah sama)

- Kemudian ulang baca daripada Yassin semula, dan berhenti pada Mubin
pertama (berdoa), dan teruskan kepada Mubin kedua (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), dan Mubin ketiga (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), Mubin ketiga (berdoa) dan Mubin keempat (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), Mubin ketiga (berdoa), Mubin keempat (berdoa) dan Mubin
kelima (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), Mubin ketiga (berdoa), Mubin keempat (berdoa), Mubin kelima
(berdoa) dan Mubin Keenam (berdoa)

- Ulang semula daripada perkataan Yassin sampai lah kepada Mubin pertama (berdoa),
mubin kedua (berdoa), Mubin ketiga (berdoa), Mubin keempat (berdoa), Mubin kelima
(berdoa), Mubin Keenam (berdoa) dan Mubin Ketujuh (berdoa) dan teruskan sehingga
ayat terakhir Surah Yassin (maksudnya setelah berdoa di Mubin ketujuh, terus baca
Yassin sampai habis)

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
(boleh dikira pada perkataan berdoa yang telah di-bold-kan)


(oleh Tuan Guru Dato' Haron Din)


*Salah satu syarat adalah barang yang hilang itu mestilah sesuatu yang
berharga. Maka ikhtiar Yassin 7 Mubin ini boleh digunakan dalam ikhtiar
mencari MH370 kerana ia melibatkan ratusan nyawa dan kenderaan.
Moga-moga Allah SWT mengampuni dan mengasihani kita dan
memberi petunjuk kepada kita, InsyaAllah...amin...


MH370 - Mari Luangkan Masa Untuk Berikhtiar



Nampaknya Allah SWT benar-benar mahu menguji kita terutamanya kepada
keluarga penumpang pesawar MH370. Dah masuk lebih kurang 3 hari, pesawat
itu masih hilang, walaupun pelbagai usaha mencari telah dilakukan.

Aku tak boleh nak bayangkan, dan aku tak nak rasa langsung perasaan yang
sedang dihadapi oleh keluarga dan rakan-rakan penumpang saat ini. Sangat-
sangat seksa, aku rasa. Ya, penantian memang sesuatu yang menyeksakan :(

Allah SWT Maha Besar dan Berkuasa. Mungkin kita juga harus 'turun padang'
dan berikhtiar. Berikut merupakan 3 cara yang dapat kita bantu, selain mengucapkan
kata-kata sabar dan memberi dorongan kepada pihak keluarga yang terlibat :

1. Solat Hajat


Kalau ada masa lapang, eloklah kita sama-sama buat solat hajat. 

2. Doa di sujud terakhir dalam solat


Mungkin anda tidak berkesempatan atau malas mungkin, bolehlah berdoa
di sujud terakhir sebelum anda bangun untuk Tahiyat Akhir. Aku pernah
mendengar ustazah aku cakap, waktu sujud terakhir itu adalah waktu kita
'berada lebih dekat' dengan Allah SWT, oleh itu berdoalah pada masa itu.

3. Berhenti untuk berdoa di hujung
ayat Mubin dalam Surah Yassin


Dikenali sebagai 'Yassin 7 Mubin' yang dibaca sebagai ikhtiar dalam
mendapatkan semula atau ditemukan semula dengan
BARANG BERHARGA ATAU SESUATU YANG BERHARGA YANG HILANG.

Dalam Surah Yassin, ada 7 ayat yang diakhiri dengan perkataan mubin.
Untuk melancarkan pembacaan, anda boleh tulis dulu doa anda, dan
kemudian tinggal baca dengan nada berdoa (merayu kepada Allah SWT)
dan bersungguh-sungguh.

Cara-cara membaca Yassin 7 Mubin

***************************************************************


Semoga Allah SWT mengampuni dan mengasihani kita dan memberikan
pertunjuk di mana MH370 berada sekarang ini. Ini adalah ikhtiar kita untuk
mereka. Siapa tahu, ada di antara kita yang doanya mudah diperkenan dan
dimakbulkan oleh Allah, dan berdoalah dengan seikhlas hati atas dasar
kemanusiaan. InsyaAllah, mungkin suati hari nanti orang akan mendoakan
kita juga di saat kita ditimpa kesusahan :) InsyaAllah...amin...


Sunday, 9 March 2014

UPDATE MH370 : Tompokan Minyak Dikesan



Sumber : Hot FM
Lokasi Pengacara : Sidang Media di KLIA

- Kesan tompokan minyak yang besar ditemui di kawasan lokasi terakhir
pesawat MH370 ditemui.

- Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Pengarah DCA) telah diasak dengan pelbagai
soalan berkenaan dua pasport palsu yang digunakan oleh penumpang MH370

........................


Sumber : Astro Awani

KUALA LUMPUR: Dua tompok tumpahan minyak yang dipercayai datang daripada
enjin pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang awal pagi Sabtu
ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan pihak berkuasa Vietnam, lapor
sebuah akhbar negara itu.

Akhbar Tuoi Tre itu juga melaporkan tompokan minyak masing-masing sepanjang
20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang
pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu
di pesisir selatan Vietnam.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap
di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara,
103.2320 timur.

Sebelum itu akhbar yang sama melaporkan pesawat MH370 yang dalam
penerbangan ke Beijing itu terhempas di Laut China Selatan dalam kawasan
perairan Malaysia.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik berkata pesawat itu
dipercayai terhempas kira-kira 300 kilometer dari Pulau Tho Chu. Pulau itu terletak 102
ke barat daya resort peranginan Phu Quoc dekat kawasan perairan sempadan
Malaysia dan Vietnam.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara
selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang
pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di
Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik
udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Dalam pada itu, Vietnam juga menyatakan kesediaan untuk menggerakkan misi
mencari dan menyelamat sekiranya ada permintaan daripada kerajaan Malaysia.

"Oleh kerana pesawat itu hilang dalam kawasan perairan Malaysia, Vietnam
tidak boleh menghantar pasukan penyelamatnya tanpa permintaan rasmi
daripada Malaysia," kata Mejar Jeneral Pham Hoai Giang, pengarah Jabatan
Mencari dan Menyelamat di Kementerian Pertahanan Vietnam dipetik oleh Tuoi Tre.


(apapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa, kerana tompokan
minyak itu boleh jadi bukan milik MH370)


UPDATE : Tiba-tiba maklumat terbaru, adalah takde sebarang kesan minyak.
Hmmm...(-_-')