Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Misi Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Misi Kahwin. Show all posts

Friday, 19 February 2016

Idea & Tutorial Gubah Hantaran Simple Guna Rumput Tiruan

Salam (n_n)


Ya, marilah aku tunjukkan cara aku gubah hantaran ini masa aku nikah hari tu. Hantaran aku tak kisah camne, cuma yang penting aku nak ada rumput-rumput gitu. So, inilah dia bahan-bahan yang diperlukan...

Bahan dari kiri: Kain pembalut, gabus tapak hantaran, cermin hiasan, rumput tiruan dan dulang hantaran

Cara-caranya:
1. Balut gabus dengan kain pembalut. Aku balut daripada atas ke bawah dan kemaskan guna salotape.
2. Kemudian hias guna cermin tu di sekeliling gabus yang dah siap dibalut tu macam ni... (cermin tu aku beli kat SINI)

Satu papan cermin tu aku boleh hias dalam 7 keliling gabus bersaiz 12 inchi. Harga aku tak ingat, maybe dalam Rm9.90 camtu kot.

3. Then, timpakan bahagian atas dengan rumput tiruan yang dah siap dipotong ngam-ngam ye. Size kena ngam-ngam baru cantik :) Lepas tu terus tindih dengan dulang hantaran...dulang-dulang tu aku recycle je guna balik yang masa bertunang punya hari tu..

Lepas tu, dengan menggunakan lebihan kain pembalut tadi, ikat je jadi macam ni supaya rumput, gabus dan dulang tu semua tak bergerak-gerak nanti...

Better ikat tu guna kain-kain / reben yang transparent dan tak ketara sangat. Hehe, kalau nak lebih kukuh, boleh cucuk jarum dekat keempat-empat penjuru rumput tu ye....pastu tada~ Boleh lah gubah ikut suka hati je hantarannya bila tapak dah siap! :D

Ini lah hantaran-hantaran yang digubah bersama dengan mak aku. Masa aku beli bunga hiasan tu, pasaraya tu bukak lagu ala-ala Evanesence, so automatik jiwa aku masa tu switch to gothic mode. That's why bunga aku semua warna kegelapan. Hahaha :p


Cara aku gubah barang-barang hantaran pulak adalah, letak barang hantarannya atas dulang, position kan ikut kesesuaian, dan main selit-selit je bunga kat mana-mana tempat yang dirasakan cantik. Haha~ begitu saje... :D

Buah ni sebenarnya aku dah kehabisan bunga dah nak hias kat situ, so aku lukis je lah muka kat situ, dah lah guna marker pulak tu. Ish3..tabah lah mak pak mertua tengok. Hiihihi~~


Haa, itu saje lah :D. Yang coklat Ferrero Rocher tu aku gubah dia jadi bentuk bulat sebenanrnya. Nanti aku share camne nak buat ya. Hehe okay tu saje. Thanx sudi singgah sini (n_n)

Baca sini untuk beli karpet rumput

P/s: aku suka rumput. Kbai~
 

Wednesday, 17 February 2016

Tempat Beli Karpet Rumput Per Meter Murah di Johor

Assalamualaikum (n_n)


Sekarang ni memang trend guna rumput karpet kan? Hahaha aku pun suka, sebab rumput karpet ni membuatkan sesuatu tempat tu tampak lebih natural gitu...sebab tu aku nak jugak cari karpet rumput ni untuk letak kat pelamin aku hari tu. Kat mana aku beli?? KAT SINIIIII!!! Yeayyyy~~



Dekat Pekan Ayer Hitam, Johor! Sebenarnya, kat situ ada few kedai jugaklah yang jual karpet rumput ni, tapi aku lagi suka pergi kat Kedai PISB tu sebab lebih berbaloi. Kenapa berbaloi? Okay tengok ni...


Ada satu kedai tu dia jual sebesar ni Rm65. Aku nak guna untuk beli kat pelamin, paling koman pun aku nak karpet tu lebar lah sikit kan, so if aku beli karpet size macam ni dua keping, total Rm130.

Tapi, kalau aku beli di kedai PISB tadi tu....aku dapat lagi murah iaitu Rm116 sahaja untuk size yang 3x besar daripada itu! Gila berbaloi kan?? Rumput karpet kat PISB ni belum potong, so memang boleh beli by meter :D And rumput dia ada banyak jenis, ada panjang, ada pendek dan sederhana. Aku beli yang sederhana.


Tengok aku siap sediakan 'Rajah Kefahaman' kat bawah kiri tu untuk menunjukkan betapa murahnya ia berbanding yang dah siap potong tadi tu. Hahaha~ Just imagine aku beli 4 keping kat kedai lain tu, totalnya adalah Rm260, tetapi aku boleh dapat serendah Rm116 sahaja untuk saiz yang lebih kurang sama macam tu. Owh my God~~ kemurahan apakah ini???~~~



Btw, PISB ni jugak ada sediakan member card untuk dapat diskaun, caranya mudah gila. Masa kau bayar barang tu nanti, casher akan tanya nak jadi member, so nanti dia minta kau Like FB PISB ni, then dah jadi member. Harga karpet rumput yang aku beli hari tu pun jadi dalam Rm112 je lepas diskaun.Best sangat!!!




Jadi, silalah ke PISB, Ayer Hitam ini. Sangat selesa untuk membeli barang kahwin kat sini sebab ianya ber-aircond, besar gila ada 3 tingkat dan luas. Barang-barang pula semua design baru punya dan paling penting, ada toilet disediakan kat dalam ni. Hahaha, ye lah kalau pempuan datang sini confirm spend berejam nak belek barang, so tak perlu risau sebab ada tandas. Hahaha...

Rumput karpet tu pulak, sebab dia besar kan, lepas guna pun masih ada lebih, jadi lepas habis majlis wedding, aku letak je kat ruang tamu rumah. Memang matching lah sebab dinding rumah pun berwarna 'shrek'. Hehehe :p



Lagi separuh tu, aku guna untuk buat hantaran aku ni...



Klik untuk baca tutorial gubah hantaran guna rumput camtu :)

P/s: tengah kumpul semangat untuk kembali BW blog rakan-rakan. Semangat yang hilang~ hahaha banyak nya entry korang yang saye dah missed. Wuwuwu T_T

Friday, 5 February 2016

Throwback Gambar Kahwin Belah Aku

Salam and hi (n_n)


Okay sebab dah lama tak update blog, cerita yang dikumpul pun semakin banyak sampai aku berhari-hari duk fikir camne nak tulis ni. Hahaha! So, takpelah...meh aku bawak korang 'pergi' ke majlis wedding aku hari tu ye. Aku tau ramai yang tak dapat pergi kan, so inilah masanya untuk masuk ke dalam mesin masa Lynndamya~~ Muahahaha!! Okay, jemput lah masuk ye semuanya... (n_n)

Aku pilih untuk sewa medan selera ni sebab aku suka konsep dia macam open-air gitu, plus banyak bunga hidup. Aku kan pencinta alam semulajadi~ Hahaha! Dan disebabkan dah banyak bunga tu lah aku hias majlis aku ni ala kadar je. Sebab aku rasa bunga hidup tu dah macam best dah, tak yah nak letak artificial flower lagi dah! Bagus dan jimat! #akusuka


Tu masa mekap, dah siap mekap duk dalam bilik mekap tunggu rombongan belah lelaki sampai. Dengar je bunyi kompang, terus nervous aku sebab aku kena duduk kat pelamin, al-maklumlah, orang Johor kan kalau kahwin ade tol~~ hahaha so mari kita kenakan mereka!! Muahaha ;D

Korang nak tahu tak, aku sebenarnye kannn~ terlupaaaaaaaaa nak bagi beliau payunggggggg...wuwahhhhh kesian betul suami aku :'( Sadis rasanya pengantin jalan tanpa payung. Adoyai, camne lah boleh terlupa pasal tu. Tapi takpe, kalau pasal tol aku tak lupa. Hahah!

Eheh, terajin pulak ngeditnya. Haha, apapun memang meriah masa kejadian tol ni berlaku even tak ramai yang participate. Semua dasar pemalu nak mintak duit, kecuali pengapit aku tu. Beliau ibarat 'kepala' tol, so dia dapat 3 sampul duit. Tak tau lah kalau dia betul-betul dapat sampulnye saje. Hahahaha ;D

Okay, itulah dia moment-moment kahwin aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan terima kasih kepada sedara-mara dan kawan-kawan yang datang untuk memeriahkan majlis. Paling aku puas hati adalah dapat DIY pelamin dan dekorasi majlis dengan tema putih pelangi, macam yang aku impikan. Yeayyyy!! Nanti aku cerita details pasal tema tu okay! Thanx sudi bace! :D

P/s: Gambar majlis bertandang belum update lagi ni. Waduh2..banyaknyeeeee T_T


Thursday, 29 October 2015

MyWeddingJournal #3: Done HIV Test Kahwin (Johor)

Salam (n_n)


Haa, lepas aku renew lesen P ke CDL hari tu, on the way nak balik singgah jap Klinik Tampoi untuk buat HIV Test untuk kahwin. Senang je tau prosedur nya :D

1. Mula-mula, pergi pejabat agama yang berdekatan untuk ambil borang ujian HIV. Borang HIV ni memang takde / tak boleh print daripada website, kena datang ambil jugak kat pejabat agama. Untuk orang Johor, borangnya camni haa...


Borang Persetujuan Menjalani HIV Test, korang akan dapat borang ni berserta envelope putih (dah siap cop dengan alamat pejabat agama) dan juga lampiran senarai klinik dan masa mereka menyediakan khidmat ujian HIV ni.


So, dah alang-alang hari Isnin tu aku cuti, terus je cari klinik yang boleh buat Hiv Test untuk hari Isnin, nasib ada yang bersesuaian dengan masa aku dan sekali jalan je untuk balik rumah, iaitu Klinik Tampoi. Borang tu isi dulu ye..

2. Dah sampai klinik, ambiklah no.giliran, serah borang di kaunter dan ikut arahan nurse kat sana nanti.

3. Bila nombor dipanggil, haa bersiap-sedialah untuk diambil darah ye. Aku mula-mula control cool je, bila nampak nurse dah get ready nak cucuk lengan aku, terus aku kecoh tanye kak sakit tak? Hahaha :p Rupanya tak sakit langsung!! Huahaha :p oh btw dia bukan cucuk kat lengan tau, tapi kat belah dalam siku.

4. Korang akan diberi satu risalah yang mengandungi soalan2 untuk ujian Talesemia. So, sementara darah kita tu disaring di makmal, sila lah jawab soalan dalam risalah bawah ni ye..


Mostly berkenaan hal-hal wanita lah kan contoh macam kitaran haid kita, senggugut ke tak, then sejarah perubatan kita kalau ada, dan banyak lagi lah. Talesemia test ni untuk pempuan je, kalau lelaki hari tu tunang aku cakap, dia punya test ala-ala pasal psikologi kot? Sebab antara soalannya adalah "Pernahkah anda rasa ingin membunuh diri?" Haaa..aiyok :p

5. Dah siap jawab, hantar kat nurse. Pastu nurse akan bagitau result HIV Test kita tu :D Result test tu nanti nurse akan siap-siap terus masukkan dalam envelope yang kita dapat sekali dengan borang HIV tu, untuk diberi pada pihak Pejabat Agama pulak :D


So, dah setel! Keputusan HIV ni valid untuk 6 bulan je tau. Alhamdulillah (n_n)..skang tinggal nak tunggu interview je haa. Kat Johor dan certain negeri lain, nak kawin kena interview dulu tau. Nervous tak nervous ngko rasa~ Hahaha! Okay tu je, thanx sudi singgah sini :)

P/s: balik rumah, aku asyik tengok je tempat yang kena cucuk tu, rasa tak caya dah pernah kena ambil darah. Haha itu pun nak jakun, ntah pape :p Haha~

Monday, 5 October 2015

MyWeddingJournal #2: Sewa Kanopi

Salam :D


Ya, sebagai ex-student jurusan seni, setiap progress amatlah dititikberatkan. Sampaikan gambar aku tengah sign invoice sewa khemah ni pun diambil juga. Hahaha (n_n) So, untuk khemah, aku sewa dengan ONZ CANOPY. Meh ushar sikit kanopi dia~


Pakej Emas (RM 350)
Actually aku dapat tau pasal Onz Canopy ni pun daripada sorang blogger ni. TQVM for her! Then aku terus ushar pakej sewa kanopi diorang kat sini (klik). Paling best, bila datang jumpa dengan ownernya, harga jadi lebih murah daripada yang aku dah kira-kira, plus dapat tambahan barang lagi haa...

Contoh pakej Emas macam dalam gambar tu, harga Rm350 dapat meja bulat 4, pastu takde riben. Tup2 bila datang sana, meja dia bagi 5 dan kerusi ada riben. Haha best betul! 


Khemah Pelamin (RM 450)
Actually, ada je lagi tempat sewa kanopi yang lebih murah, tapi so far yang aku research sekitar JB ni, ini yang paling berbaloi lah. Then, dia ada buat sewa khemah khas untuk pelamin. Harga Rm450, siap kain backdrop belakang + full platform stage siap karpet + lembayung / lelangit bawah khemah & lampu chandelliar! Just perfect untuk mereka yang teringin nak DIY pelamin sendiri. Orang lain mana ada sewakan khemah siap stage bagai kan~ hahah!

So, aku sewa dua khemah tu je, khemah untuk tetamu belah lelaki & khemah pelamin. InsyaAllah nanti aku buat sendiri pelamin, tapi tu citer dalam entry lain lah ye (n_n). Btw, servis daripada pihak Onz Canopy sangatlah mesranyee pun adoi. Kami hanya mampu tersengih saje dengar celoteh makcik pakcik tu bercerita. Haha punyalah tak boleh berhenti bercakap diorang tu :P


Tu lagi satu moment penting lah konon-konon, masa serah duit deposit. Nyum~nyum~ lega bila dah setel lagi satu benda, nasib time ni tak terapung macam masa lepas booking baju sanding tu. Hahaha..cuma muka aku je tak boleh blah kat situ, mcm ribena.

Haa okay lah tu saje....meh ushar ONZ CANOPY (klik). Seriously jangan memandai pergi tanpa call orang tu, sebab korang TAKKAN jumpa rumah dia kat mana. HAHAHA~ kitorang hari tu pun kena tunggu kat Masjid Kg. Kangkar Tebrau, pastu ownernya jemput kat situ bawak pegi rumah. Haa ok. bye! Thanx sudi singgah sini (n_n)

P/s: venue wedding aku nanti bukan kat dewan, mahupun di rumah, tapiiii.... kat food court, pelik kan? hahaha

Sunday, 4 October 2015

MyWeddingJournal #1: Mekap & Baju Sanding

Salam.


Haa...banyak-banyak benda dalam persiapan kahwin, aku rasa moment memilih baju pengatin adalah moment yang sangat sweet. Aku tak tau kenapa, rasa macam lagi datang aura dia bila sama-sama ke butik pengantin. Sebab selalu aku tengok dalam drama je kan, skang bila dapat alami sendiri benda tu, rasa macam...hahahaha aku tengah buat persiapan kahwin kot!...and I'm so touched by this :) (ntah bila masa aku layan drama pun tak tau lah :p)

Aku pilih butik Elfieda Bridal ni, sebab aku suka style make up dia. Make up dia natural, dan tak over pada bahagian kening. Kalau nak tengok hasil mekap dia, boleh tengok kat FB : Elfieda Bridal (klik)

Lokasi Elfieda Bridal ni dalam shopping mall Skudai Parade, Johor (level 3). Memandangkan kitorang ni gerak naik bas, so amat mudah lah perjalanan sebab mall tu memang tepi jalan besar je. Sampai time lunch. Dah lapar gila, tapi tak boleh makan sebab hati tak tenang selagi belum setel booking baju sanding. Haha~


Sampai-sampai, staff Elfieda Bridal sangatlahhh mesra dan welcoming kitorang. Deal pun senang. Memandangkan koleksi baju-bajunya disusun mengikut warna, plus kitorang sendiri dah tetapkan nak warna apa, jadi memang senang nak pilih. Paling penting, aku tak suka banyak manik. Haha!



Paling tak sangka, aku selak-selak baju ikut warna yang dah dipilih, tak sampai 2 saat terus aku berkenan kat satu baju ni. Terus try dan terus..."Okay kak! Saya booking yang ni!" Hahaha~ cepat gila dah jumpa baju yang okay. Seronoknyeeee~

Selama ni aku fikir, alahhh lecehnya nak kena survey banyak-banyak bridal. Sekalinya, baru pergi satu bridal terus TERBooking. Hahaha..lepas setel semuanya, terus masing-masing macam berterbangan di ruang udara, terawang-awang dan terapung-apung gitu sebab lega gila dah booking mekap dan baju sanding. Haha~

Itulah saje cerita misi kahwin pertama seekor Lynndamya~ Hahah Bye, thanx sudi singgah sini :D



P/s: maaflah kalau entry aku lepas ni banyak pasal kahwin je ea...first timer kan, memang excited sikit, kah3 ;p