Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Karipap Nutella Bermashmallow (Buat Penggemar Nutella)


Salam \(n_n)/



Sebenarnya ia jenis-jenis pastry camtu, tapi aku nak panggil ia karipap jugak! Hahaha~

lifebuzz-83867529

Bahan-bahan buat doh pastry :

400g tepung gandum
1/8 camca teh garam
50g mentega
220ml air
300g pastry marjerin (boleh beli kat kedai jual bahan bakeri)
Sedikit tepung untuk ditabur

Cara-cara membuat doh pastry :

 
 
 

Untuk resepi buat doh pastry ni, aku sarankan korang pergi je lah terus ke link INI, sebab aku dah macam pening pulak baca, leceh sikit nak buat...korang tengok sendiri lah ea... sorry~ Hahaha.. tak pun korang cari kat kedai, beli yang memang dah siap dohnya, bak kata kak Diana Rashid ni..hmm betul gak tu kan3! :D

P/s : tak reti buat dikatanya leceh pulak..hahaha...selamat mencuba!


Tuesday, 30 September 2014

Jemput-jemput Kurma :D


Salam...:D
Wah kasihannya aku~~~~
Ini first time in my life makan jemput-jemput kurma..hahaha baru ku tahu kurma boleh ditambah ke dalam jemput-jemput. Hoho~ owh by the way, jemput-jemput itu adalah cekodok ye. Aku panggil jemput-jemput~ hehe..

Sumber Gambar

Kawan sekolah aku datang office tadi nak pick up bantal yang dia order, so dia bagi aku sekali jemput-jemput yang dia buat nih. Bila aku ngap satu, wah ada rasa manis-manis sikit. Sedap!

Ngap lagi! Kali ni aku belah dua, wahhh terdapat sesuatu yang sangat aku kenali, iaitu kurma!! Nice~~ nyum~nyum~ Thanx Dayah Miswan..sedappp...Sila buat lagi dan kasi aku lagi ye~ haha :p

Sumber Gambar
Korang nak buat?? Haa...sama je caranya macam buat jemput-jemput biasa, cuma tambahkan kurma, kalau nak resepi jemput-jemput kurma, sila klik SINI :)

Okay tu je, terima kasih singgah sini


Wednesday, 17 September 2014

Risol Goreng??


Salam...(n_n)
Adakah korang tahu apa itu Risol?

Adakah?


Adakah??

Area tempat aku kerja ni, ada satu warung jual makanan bergoreng, tapi dia bukak petang je dan selalunya time aku balik kerja, warung ni memang dah tutup. So, aku just dapat tengok menu beliau je lah..Huhu~ ada jual goreng pisang biasa, goreng pisang cheese dan yang paling aku musykil sekali ialah Risol.

What the hell is Risol??

Nama macam Ridsect je, makanan ke tu??

Persoalan tersebut terus bermain-main di fikiran aku selama berbulan-bulan aku kerja kat sini, sampailah kelmarin, mak aku beli Risol tersebut masa dia datang nak amek aku balik kerja.

So...

Kat menu tu tulis Risol je, tapi aku google nama encik ni adalah Risoles~ class gitu~ macam nama artis~ haha

Apa itu Risoles??


Menurut cik kak yang jual kat warung tu, Risoles ni sejenis makanan orang Batam, dan belah-belah Indonesia sana. Owhh yeke, aku baru tahu~ Haha! So, luar dia tu macam tepung roti pastu dalam dia inti kentang (boleh tukar dengan bahan lain seperti ayam / daging / sayur-sayuran)

So, pada sesiapa nak cuba buat, boleh lah try ye....
Nah resepi Risoles di sini :

Bahan untuk kulit:

100 gm tepung gandum

2 biji telur

200cc air

100 cc susu segar

 ½ sudu makan marjerin yang sudah dicairkan



Bahan untuk isi: (ini buat mcm inti karipap pun boleh)

250 gm ayam/daging (dicencang)

2 biji ubi kentang (rebus dan potong kecil-kecil)

1 biji lobak merah (potong dadu)

6 ulas bawang putih

Sedikit lada putih

           Garam secukup rasa.           



Cara membuat:

1. Campur semua bahan kulit di atas.

2. Kemudian tapis. Panaskan kuali leper yang sudah disapu marjerin.

3. Ambil tiga sudu makan adunan dan dijadikan seperti lempeng.

4. Ulang sehingga adunan habis.    

5. Untuk menyediakan inti pula, tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan daging.

6. Apabila daging sudah setengah masak, masukkan ubi kentang dan lobak merah. Tambahkan lada putih dan garam.

7. Angkat dan sejukkan. Ambil sehelai kulit dan bubuh sesudu isi daging.

8. Lipat seperti bentuk popia. Sapu dengan putih telur dan salutkan dengan serbuk roti.

9. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.


Owhhh macam tu rupanya...hahaha..itu rupanyeeee sesuatu yang bernama Risoles. Maaf ya orang Batam sekalian, aku baru tahu tentang nama makanan ini :P Selalu aku tengok kat kedai roti gulung camni dalam dia sosej tu, tapi takdelah tulis nama dia Risol, just tulis roti sosej je. Hahah!

Owh ye, ada juga American Risoles tau! Korang boleh tengok resepi kat blog ni :D

Arghhh sedapnya! Lapar pulak dah :(

p/s : selamat mencuba (n_n)

Wednesday, 24 October 2012

Handmade Dessert Yang Paling Senang Nak Buat


Salam satu bloggers. Hahaha kita lupakan bantal-bantal handmade dan segala
bagai alat jahitan di bilik aku ni. Dan mari kita berlenggang-kangkung ke dapur
untuk melihat hasil dessert yang adik aku buat malam tadi.


Beliau tengah lapar ler tu tengah-tengah malam buta, hahaha tu yang terciptanya
menu dessert yang bertajuk :


Roti Kek Beraiskrim Jagung dan Coklat Rice


Okay, untuk buat dessert ni, dekat rumah anda perlu ada :

1. Roti kek (sila mintak duit kat mak, beli kat kedai)
2. Aiskrim (perisa pape je pon sodap)
3. Chocolate rice (yg colorful pon boleh)


Ha, lepas tu pandai-pandai lah hias kan semua tu dalam pinggan ya :D
Hahaha senang dan mudah kan~~



Selamat mencuba~~~

amat sesuai dimakan oleh orang-orang yang tengah batuk teruk
macam aku ni. InsyaAllah, sembuh...hahahahha :p













Monday, 23 July 2012

Jom Buat Roti Johnny Sendiri ! :D


Roti Johnny??
Haha, nama originalnya adalah Roti John, aku memang suka panggil
roti John ni sebagai Roti Johnny, tak tahu kenapa (-_-')

Owh ye, mesti ada yang dah terfikir-fikir menu berbuka puasa
hari ni, even sekarang err..baru jam 12 lebih kan. Takpe2,
meh aku bagi resepi cepat lagi mengenyangkan untuk anda semua.


Nama Menu kita hari ini ialah :

Roti Johnny

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Roti Perancis
2. Telur
3. Bawang besar
4. Daun sup
5. Garam
6. Marjerin
7. Sos

Haaa..dah ada semua?? Meh kita main masak-masak (n_n)

Cara-cara membuat Roti Johnny :


1. Masukkan telur 2 biji, bawang yang dah dihiris, daun sup yang dah dipotong halus,
garam secukup rasa. Kacaukan sehingga sebati.

2 & 3. Ambil roti Perancis, dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Pastikan saiz roti tak terlebih saiz kuali, nanti tak muat pula :p

4. Panaskan kuali. Letak sedikit marjerin dan tunggu marjerin cair
(marjerin untuk gantikan minyak, dan rasanya pon lagi sedap!)

5. Lepas marjerin dah cair, ratakan ia. Dan lepas tu, cedok telur dan bahan-bahan
yang dah dikacau tadi tu, masuk dalam kuali. Biarkan jap selama beberapa saat

6. Ambil roti perancis yang dah siap dipotong, tekapkan atas telur dalam kuali tu.
Biar jap selama 1-2 minit. Kalau nak garing lagi, biar lama sikit. Tapi hati-hati,
takut hangit pula :p

7. Sebelum terbalikkan roti, sapu sedikit marjerin kat belakang roti. Haa...
lepas tu baru boleh terbalikkan macam ni. Biar selama beberapa saat.

8. Okay dah boleh angkat ! Dan siap untuk dihidangkan dengan sos cili
atau sos tomato kegemaran anda :)

(2 biji telur yang dikacau tu cukup untuk buat 3 roti johnny)


Okay, nak tau sedap ke tak? Try lah sendiri petang nanti waktu berbuka.
Hihi, senang, jimat dan mengenyangkan.

Selamat Mencuba (n_n)