Salam :)

Ya, selepas Legoland dan Taman Hello Kitty, Johor kini membuka sebuah lagi taman tema hiburan iaitu Taman Tema Angry Birds sebagai sebuah tarikan pelancongan. Taman tema yang dikatakan Taman Tema Angry Birds yang pertama di Asia Tenggara ini lokasinya terletak dalam sebuah shopping mall di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru, iaitu dalam Komtar JBCC Mall.

Para pengunjung akan dihidangkan dengan pelbagai permainan, aktiviti dan hiburan yang menyeronokkan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery dan Captain Black Bird Ship.



Taman tema ini dikhabarkan akan mula dibuka untuk orang ramai dalam minggu ini.

Walaubagaimanapun, taman tema ini bukan percuma. Harga tiket untuk sekali masuk adalah Rm75, manakala untuk pemegang myKad dan myKid adalah Rm60. Taman Tema Angry Birds ini dibuka daripada 10 a.m - 10 p.m pada setiap hari.
*******************************************
So, welcome to Johore yang mana taman temanya mahal-mahal belaka. Yelah, kata Johor ni bakal-bakal jadi Singapore kedua kan~ Pada aku, tak berbaloi kot bayar Rm60 untuk main benda-benda ni. Nampak macam statik sungguh. Baik bawa anak kau pergi playground, atau tepi pantai, atau taman bunga supaya anak-anak kau kenal dengan 4 elemen bumi ini iaitu tanah, air, api dan angin.
Sekian~