Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label beli emas Public Gold. Show all posts
Showing posts with label beli emas Public Gold. Show all posts

Friday, 27 November 2015

Harga Emas Public Gold Tengah Jatuh Ni !

Salam!
Quick update tentang emas (n_n)! Tadi aku check harga emas kat Public Gold tadi, seriously tengah jatuh skang ni. So, sape nak kumpul emas tu, segeralah purchase hari ni ya.. takut esok-esok dah naik pulak harganya tu.


Dalam sebulan yang lalu aku check harga 1 Dinar yang aku beli tu, daripada Rm689 dah naik sampai ke Rm720!

Tapi tadi ni aku check, dah turun balik sampai Rm679!! Jatuh Rm10 daripada harga yang aku beli dulu! So, memang harga emas tengah rendah dan berbaloi kalau beli emas waktu-waktu camni.

Dan bila dah kumpul emas tu, sila jangan menggelabah bila harga emas tu turun. Sikit pun korang tak rugi sebenarnya. Yang merugikan adalah; korang jual emas tu waktu harga tengah rendah camni. Memang lah rugi~ Hahaha :p

So, kesimpulannya. Simpan je emas tu masa harga tengah turun, dan if ada duit lebih, boleh tambah koleksi (n_n). Dan mohon selalu check jumlah berat emas yang korang dah simpan tu, takut-takut dah mencapai tahap berat yang diwajibkan bayar zakat. Hehe


Untuk yang nak kumpul emas sikit-sikit dalam gandaan 1g pun amat digalakkan, sebab memang harga tengah murah. Dalam 2 bulan lepas harga asyik main sekitar Rm171 dengan Rm173...so skang ni turun jadi Rm161 untuk 1g! Ni lah peluang untuk start kumpul emas. Nak tunggu bila lagi kan? :D

*harga di-update setiap 20 minit secara live di laman web Public Gold, so kalau masa korang tengok tu rege dia dah berubah, tak dapat lah den nak nolong ye~ :p

Tapi, woopz! Before beli emas, better baca entry ini dulu supaya korang tak mudah ditipu / rugi kelak :


Aku beli emas di Public Gold sebab ini:


P/s: aku buat entry ni sebab excited sebab tengok harga emas jatuh, bukan sebab aku ada komisen ke pape tau :D Semoga bermanfaat!

Tuesday, 6 October 2015

Emas Aku Dah Dalam Tangan

Salam.
Yeayy sambung lagi cerita pasal emas. Bawah ni emas aku dengan invoice.


Kalau korang baca entry2 aku pasal emas before ni, mesti korang dah tau kan, yang aku beli emas ni daripada syarikat Public Gold. Kenapa Public Gold? Meh klik SINI untuk tahu.

Kalau beli emas di Public Gold, kita kena ambil sendiri emas kita tu di mana-mana cawangan yang berdekatan. Tapi, kena tunggu diorang call dulu lah, once diorang bagitau kita yang stok emas kita dah sampai kat diorang, haa baru kita tetapkan nak datang ambil emas tu bila :D

Actually, aku pergi amek dengan abah, dah sampai dah pun kat alamatnya tu, tapi tengok takde langsung signage Public Gold ke apa. Tanya sorang brader ni, dia buat muka blur...Public Gold? Macam tak pernah dengar...aku dah suspen, kena tipu ke apa? Tapi tak puas hati lagi, terus aku tunjuk alamatnya.

Pastu, owhhhhhh..rupa2nya kami dah salah tempat!! Muahahaha! Jauh tersasar sebab kami salah simpang, patutlah nombor kedai sama, tapi syarikat lain yang duk kat situ :p So, bila dah jumpa..Alhamdulillah, setel semua dengan jayanya! Yeayyy...meh tengok emas yang aku beli...


Syiling 1 dinar ni dapat siap dengan seal packed kekal bentuk kad macam ni. Mana-mana pun termasuklah beli kat bank ke, kat kedai emas ke, memang akan seal macam ni. Dan seal kekal ni lah yang menyebabkan harga emas korang turun sebanyak 20 - 25% masa nak jual balik. Sebab?

Kalau jual kat bank / pajak gadai ke apa, diorang WAJIB bukak plastik seal tu untuk proses sahkan ketulenan emas. Dalam black & white kebanyakan syarikat, once plastik dah terbukak, harga emas terus susut sebanyak macam aku cakap tadi. Sooo rugi~ padahal diorang yang bukak, kan? Nampak tak permainan dia kat situ?

Sebab tu lah aku beli emas dpd Public Gold, so that aku boleh jual balik kat Public Gold dengan peratus susut nilai (spread) serendah 6% saje. Sebab Public Gold tahu dahh tu emas dia, jadi dia terus beli balik dan tak yah nak bukak2 plastik seal bagai. Haa camtu lah citenye (n_n)


Pada siapa yang nak ushar-ushar harga emas Public Gold, boleh klik link ini:
Harga Emas Public Gold (Live Update every 20 minutes)

So, pada anda yang baru nak mula simpan emas, aku suggest baca entry aku yang ini:
Perkongsian Ilmu Sebelum Beli Emas (klik)

Ditulis dengan ikhlas tanpa sebarang info tersembunyi. Hahaha~ okay tu saje, thanx sudi singgah sini :D

P/s: Next entry, aku update cara lihat turun naik harga emas yang kita beli secara live. Aku tengok tadi harga dah makin naik~~ yahooo! Stay tuned!

Thursday, 10 September 2015

Kenapa Saya Pilih Beli Emas di Public Gold?

Salam.


Okay, sambung lagi cerita tentang emas. Dalam entry yang lepas, aku ada bagitau yang aku beli emas di Public Gold. Walaupun masa aku google-google tu, ada sumber yang mengatakan Public Gold ni pernah masuk dalam Alert List pihak Bank Negara Malaysia (BNM), tapi aku still decide nak beli emas di situ. Kenapa??

1. Status Public Gold Bersih
Aku email tanya status Public Gold dgn BNM, dan BNM jawab..

Take note Perenggan Kedua
"Walau bagaimanapun, sekiranya urus niaga emas tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK)."

************************************
Untuk makluman, suatu ketika dulu Public Gold pernah masuk dalam alert list BNM, tapi setelah Public Gold keluarkan statement yang ianya adalah salah faham, dan diorang dah perbaiki mana-mana dokumen yang ada, dan BNM dah puas hati, maka sekarang status Public Gold dah bersih, dan dah dikeluarkan daripada senarai tersebut. Alert list ni macam organisasi atau syarikat yang 'diberi perhatian' lebih oleh pihak BNM. Hehehe.

So, kena faham yang Public Gold hanya syarikat yang menjalankan urus niaga emas sahaja. Kita beli, bayar, dapat emas. Kita pegang emas kita. So, takde isu kutip-kutip duit ke apa ya :)

2. Emas dijual Tanpa Harga Ahli

Banyak syarikat emas yang jual emas macam Public Gold. Banyak sangat pilihan, masing-masing menekankan kita supaya beli emas dengan dia. Sebab apa? Kemungkinan besar individu-individu ini adalah ahli bagi sesetengah syarikat, yang akan dapat komisyen kalau kita beli emas daripada mereka. Jadi...

Emas daripada syarikat emas, yang mempunyai ahli-ahli sebegini biasanya menjual emas pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa, SEBAB...ada komisyen untuk ahli-ahli mereka. So, before beli, sila lah rajin-rajin survey harga emas yang ditawarkan. Harga bagi 1g emas tak sama okay, depend pada syarikat tersebut.

Jadi, setelah aku survey setakat ini, aku dapati harga 1g emas Public Gold jauhhh lebih murah berbanding harga 1g emas di syarikat2 lain, sebab Public Gold memang takde harga-harga ahli ni. (masa aku place order kat Public Gold, memang takde suruh jadi ahli ke apa, aku cuma kena buat akaun untuk log in. Then, Public Gold cuma ada dealer semata, tapi dealer2 ni bukan dapat komisyen daripada urusan kita jual beli emas, Dealer Public Gold hanya dapat komisyen bila diorang introduce lagi 5 orang dealer, itu sahaja. So, urusan jual beli kita tu memang takde 'caj tersembunyi') :D

3. Beli senang, jual pun senang
Tak dinafikan, inilahhhh sebenarnya sebab yang kukuh kenapa aku beli emas. Aku mula daripada zero knowledge, so aku takut kena tipu. Aku takut bila jual emas, orang yang beli tu bagi aku kurang daripada yang sepatutnya. Banyak lagi yang aku belum tahu. Tapi di Public Gold, aku boleh pantau secara live harga emas sama ada untuk dibeli, atau untuk dijual kepada Public Gold! Harga-harga tersebut akan terpapar macam ni...

*Sell : harga emas kalau kita nak beli daripada Public Gold
*Buy: harga emas kalau kita nak jual kepada Public Gold

Harga ni akan diupdate setiap 20 minit daripada jam 9 pg sampai 6 ptg (ikut waktu kerja diorang). Kalau korang nak tengok sendiri live price ni, boleh klik Harga Emas Public Gold

So, di Public Gold, mereka memang akan terima emas yang kita beli daripada diorang, sebab diorang ada kilang sendiri, dan diorang yang lebur sendiri emas-emas tersebut. That's why mereka terima emas kita kalau kita jual balik pada diorang. So, tak yah nervous2 nak pegi pajak or jual kat bank/ kedai emas/ pajak gadai :D Hahaha~

4. % Spread Rendah, Untung Cepat
Okay, maksud peratus spread ni adalah susut nilai bila kita jual balik emas kita tu. Kenapa pentingnya mencari tempat jual emas semula dengan % spread yang rendah?? Aku bagi 1 situasi:

Beli di Public Gold
Kita beli emas akhir tahun ni di Public Gold, 3g Rm500, dengan peratus spreadnya rendah dan kekal iaitu sekitar 5% sahaja. Simpan emas tu selama setahun. Kita ambil contoh, kenaikan harga emas semasa selepas setahun itu adalah sebanyak 8%. Lebih tinggi kan daripada spread 5% tu? Jadi, kalau kita jual balik, kita dah dapat untung 3% sebenarnya. Tunggu setahun je dah dapat untung camtu :)

Beli di Mana-mana syarikat lain yang % spread Tinggi
Contohnya beli di bank, kedai emas dll yang peratus spread lebih tinggi iaitu sekitar 20 - 25%. Kalau beli dan simpan setahun juga, bayangkan, kenaikan harga emas semasa adalah 8%. Bila kita nak jual balik, 8% - 20%....bukankah -12%?? Itu maksudnya kerugian!

Sebab itulah penting untuk menyemak % spread yang ditawarkan before beli emas tau! :D Setakat ni, Public Gold menawarkan %spread yang paling rendah aku rasa. Yeayy!

5. Ada program beli emas 1g untuk anda yang ada bajet kecil (n_n)
Yess! Kita ni bukanlah kaya mana kan. Simpan duit pun sikit-sikit je haa. Tak cukup-cukup nak beli emas. Haaa tapi jangan risau, kat Public Gold, korang boleh beli sikit-sikit iaitu 1g emas sahaja. Pastu korang boleh disiplinkan diri lah kalau nak beli 1g emas tiap2 bulan :D, melalui program ini...

Melalui program GAP ni, korang boleh beli sikit-sikit emas 1g. Kalau tengok rege emas skang di Public Gold, hanyalah Rm164 untuk 1g. So, simpan duit sikit untuk beli sikit-sikit ni sampailah jadi banyak. Beli emas kecik-kecik ni, berguna masa korang terdesak nak pakai duit tapi dalam jumlah yang sikit macam seratus dua gitu kan. So, boleh pajakkan emas kecik2 ni :D

Untuk maklumat lanjut tentang GAP ni, boleh klik SINI . Apa-apa boleh terus tanya staff diorang lah kot, sebab aku takde pengalaman pasal tu, aku beli emas lain.

**************************************

So, itulah dia sedikit sebanyak sebab kenapa aku decide untuk beli emas di Public Gold ni. Kalau google, memang banyak yang rekemenkan. Tapi most of them adalah dealer, sebab diorang nak cari lebih ramai dealer bagi tujuan komisyen mereka. Tapi takpe, boleh je baca sebab diorang banyak bagi tips dan ilmu tentang emas dan semua tu aku dah ringkaskan dalam entry aku 'Perkongsian Ilmu Sebelum Kita Beli Emas'.

Dan kita, orang biasa dengan modal yang kecik, punnn boleh je beli emas di Public Gold. Sebab itu nama syarikatnya Public Gold; Emas Untuk Semua (n_n)

Apa lagi ek, owh Public Gold jugak ada banyak cawangan. Boleh klik SINI untuk tengok list cawangan diorang. Penting untuk tahu kat mana cawangan Public Gold ni, sebab nanti stock dah sampai, korang sendiri kena pergi amek daripada diorang. Haa gitu~

P/s: Okay itu saja, nanti next entry aku citer cara aku place order ya! Time kasih dan semoga bermanfaat ;D


Tuesday, 8 September 2015

Perkongsian Ilmu Sebelum Kita Beli Emas

Salam.


Sebenarnya, satu minggu yang lalu aku asyiklah research tentang emas. Bukan setakat research tentang harga emas semata, tapi turut fahamkan emas mana yang elok, jenis emas yang bagaimana paling berbaloi untuk dibeli, kat mana nak beli emas, kat mana nak jual semula emas, adakah semua jenis emas diterima untuk dijual/pajak di bank, penipuan skim beli emas, termasuklah yang halal haram daripada urusan jual beli emas.

Semua ni aku research sebab aku serius nak beli emas. So, memang lah kena research dan study betul-betul kan. Jadi, ilmu yang aku dapat tu even sikit je, aku rasa tak salah kalau nak dikongsikan dengan semua. At least aku tak lupa ilmu ni sebab aku dah catatkan dalam blog ni. So, pada yang berminat nak beli emas, tapi still rasa blank tak tau mana nak mula, meh baca ni...

Term-term yang perlu kita faham dalam urusniaga emas:
i. % Spread : % susut nilai / % nilai yang merosot (semakin tinggi % spread bila kita jual balik emas kita, semakin rugi kita)
ii. Sell Price : Ramai orang confuse Sell Price dengan Buy Price. Sell Price adalah harga syarikat itu jual emas kepada kita.
iii. Buy Price : Harga syarikat itu beli emas daripada kita.
iv. Emas Pelaburan : Seperti jongkong emas dan syiling emas / dinar emas
v. Emas Perhiasan : Barang kemas seperti rantai emas, cincin emas dll.

 
1. Emas Pelaburan VS Emas Perhiasan
Kalau kita beli emas, untuk jual semula bila harga emas naik, kita disarankan agar membeli emas pelaburan yg berbentuk jongkong emas, kepingan emas atau syiling emas sebab harganya lebih murah, dan bila dijual, % spreadnya lebih rendah  iaitu sekitar 4% - 10% sahaja, berbanding emas perhiasan, % spreadnya tinggi gila kalau jual balik! Rugi!

Pulak tu, kalau kita beli barang kemas, harganya lebih mahal sebab termasuk upah tukang emas + harganya ikut persatuan kedai emas, so agak rugi di situ sebab diorang mestilah nak untung sikitkan bila kita beli daripada diorang. Pastu bila jual, % spreadnya lebih tinggi iaitu sekitar 20% - 25% sebab barang kemas korang dikira sebagai used gold / second hand gitu!! Merosot banyak gila daripada harga beli kalau korang nak jual kat kedai emas kan? So, kesimpulannya...

Beli untuk jual masa harga emas naik : emas pelaburan
Beli untuk cantikkan diri, untuk pakai : emas perhiasan

2. Kat mana nak beli emas pelaburan??
Actually banyak tempat boleh beli, antaranya adalah bank, kedai emas, Bank Negara Malaysia (syiling kijang emas BNM), Dinar Kelantan dll. 

i. Kalau beli dekat bank, untuk barang kemas boleh dapat murah sikit sebab most of emas diorang adalah emas kepunyaan penggadai yang tak mampu tebus balik emas diorang, so that's why pihak bank lelong murah. Tapi kena ingat, emas yang murah, jual balik nanti pun mestilah murah kan? Dalam pelaburan emas, yang murah tidak semestinya dapat beri keuntungan yang banyak.

ii. Emas pelaburan pun ada jual di bank, tapi dah siap plastik seal kekal. Seal tu kalau terbukak, % spread memang terus kena dalam 25% camtu. Memanglah kita simpan elok-elok emas tu, tak bagi seal terbukak, tapi cuba fikir...if kita nak jual / pajak, seal tu memang confirm kena bukak untuk disahihkan ketulenan emas dalam tu. So, once seal dah bukak, kena spread 25%. Pendek kata, beli emas kat bank, siap sedialah kena spread tinggi camtu.

ii. Kalau beli dekat kedai emas, diorang caj lebih sikit daripada harga emas semasa sebab kena ikut harga persatuan kedai emas. Tapi, leceh kalau nak jual balik. Emas diorang ni memang siap-siap dalam plastik seal kekal. Seal tu kalau dibukak, emas tu terus susut nilai sebanyak 25% (sama macam bank), sebab dikira macam used gold. Then, if nak jual balik, kena ada resit asal pembelian tu. Kot korang simpan 10 tahun emas tu, agak2 ingat lagi tak mana korang simpan resit asal ye? Tak pun tulisan kat resit tu punnn dah pudar. Hahaha...so leceh, aku tak nak beli kat kedai emas.

iii. Beli Dinar Kelantan  / BNM lebih selamat lah kan, tapi mengikut pengalaman2 orang yang suka kumpul emas ni...bila harga emas semasa turun, Dinar Kelantan dan BNM selalu kekurangan stok. So, tak dapat nak beli even rege tengah murah. Selalu habis stock! Susah jugak kan? Hmm~

iv. Beli di syarikat sah yang menjual emas. Ini langkah alternatif yang ramai pelabur emas pilih. Sebab apa, kebanyakan syarikat macam ni, diorang ada kilang lebur emas sendiri, sebab tu diorang boleh jual emas dengan harga yang murah, dan boleh beli balik emas kita dengan % spread yang rendah. So, dalam banyak-banyak syarikat emas yang ada, aku baca ramai yang rekomen dan puas hati dengan syarikat emas Public Gold.

(btw, yang aku share atas ni adalah kesimpulan daripada perbandingan sendiri je. Itu pun lepas ditapis ikut pemerhatian aku tentang mana okay, mana kurang okay untuk aku. Sebab aku nak beli emas kan, so ikut aku lah, haha..lain orang lain pemerhatiannya. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh research sendiri dan bandingkan sendiri ya)


3. Halal Haram Jual Beli Emas

Kalau dulu, jual beli emas wajiblah dibuat secara tunai dan kita terus dapat barang pada masa yang sama. Tapi zaman dah berubah, banyak emas dah dijual online dan ada beberapa cara semasa urus niaga emas tu, antaranya adalah...

i. Lock harga emas (beli secara online) : Contoh hari ni, kita tengok harga emas 3g Rm500. Kita terus place order, means kita dah lock harga untuk beli emas pada harga tersebut. Jadi, jika kita bayar 2 jam kemudian dan harga emas telah berubah jadi 3g Rm510, kita masih tetap boleh bayar dengan harga Rm500, sebab kita dah lock harga. So, dapatlah kita 3g emas dengan harga Rm500, dengan syarat pembayaran SECARA TUNAI. (Dibenarkan dalam Islam)

Untuk jual beli emas ni memang wajib dibuat secara tunai. Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, transaksi seperti pemindahan wang (transfers) mesin ATM, Bank in, guna cek dan sebagainya adalah dikira sebagai pembayaran tunai. (Dibenarkan dalam Islam)

Lepas kita buat bayaran, kita kena dapat satu resit ataupun bukti yang membolehkan kita menuntut emas yg kita beli tersebut.

ii. Beli emas secara bertangguh / berhutang / ansuran : Syarat ni khas untuk emas yg berbentuk jongkong emas / dinar emas, ia TIDAK BOLEH dibeli secara berhutang atau secara beransur-ansur. Bagaimanapun, kalau kita beli emas dan bayar guna kad kredit, ia masih dikira sebagai pembayaran tunai, SEBAB...

Hutang yang berlaku adalah di antara kita dengan pengeluar kad kredit tersebut. Contoh, kita beli emas guna kad kredit Maybank, so hutang kita dengan Maybank, bukan dengan si penjual emas. Yang tak boleh dalam Islam adalah, kita ambil emas dulu daripada penjual, lepas tu bayar nanti. Itu lah hutang yang tidak dibenarkan dalam Islam.

iii. Penyerahan emas kepada pembeli : Kalau mengikut Islam, urus niaga emas memang tak boleh ada sebarang penangguhan, termasuklah ketika penyerahan emas kepada pembeli emas. Misal kata kalau penjual dah dapat stock emas, dia kena terus serahkan emas tu pada si pembeli. Tak boleh tanggung-tangguh. Untuk kes self pick-up, kena terus call pembeli. Tapi, tak ada masalah jika pembeli buat keputusan untuk ambil emas tu lambat sikit pada bila2 masa yang dia free tanpa ada halangan, ikut kemampuan dia nak ambil bila.

iv. Buat akaun beli harga emas, tapi takde emas : Banyak bank dah menawarkan akaun beli harga emas macam ni, nama akaun ni Akaun Pelaburan Emas. Yang ni memang kena hati-hati sikit, sebab takut statusnya jatuh HARAM! Kenapa??

Kita kena ingat semula, jual beli emas memerlukan pembayaran secara tunai, dan kita pegang emas yang kita beli. Maksudnya, kita memiliki emas yang kita beli tu. Kebanyakan bank yang menawarkan Akaun Pelaburan Emas ni tak benarkan kita buat pengeluaran emas fizikal (jongkong / dinar). Jadi timbul persoalan, adakah bank tersebut betul2 ada emas tersebut??

Buka Akaun Pelaburan Emas ni dikatakan lebih selamat, sebab bila kita beli (bayar harga emas), kita hanya akan dapat resit. Emas takde dalam tangan. Duit tetap ada dalam akaun, dan akan meningkat selari dengan harga kenaikan emas semasa. TAPI...sebagai orang Islam, kita jangan ambil mudah bab halal haram ni...

Jadi, sedikit rujukan daripada Pakar Perbankan Islam (Ustaz Zaharuddin); untuk menjadikan aktiviti Akaun Pelaburan Emas ni menjadi Sah dan HALAL, kita kena pastikan...

i. Bank tersebut memiliki emas tersebut (bermaksud kita boleh keluarkan emas kita secara fizikal, secara seketol-seketol camtu haa)

ii. Bank beri bukti pemilikan / pembukaan akaun

Kalau dua-dua tu tidak, maka dikhuatiri aktiviti tersebut jatuh HARAM dan BATAL!

Dua contoh bank yang membenarkan pengeluaran emas fizikal adalah Maybank ( dgn jumlah 10g, 20g, 50g) dan Kuwait Finance House (dgn jumlah 1g, 4g, 10g, 50g) SUMBER

***************************************
Apapun, yang aku share di atas tu adalah mengikut apa yang aku perlukan. Sebab aku nak beli online, kena lock harga dan bank in duit bagai, so aku hanya fahamkan maklumat mengikut apa yang aku nak. Ada banyak lagi benda nak difahamkan kalau korang betul-betul nak study pasal urus niaga emas. Kot ada yang masih musykil, kot korang nak beli then bayar guna cek ke apa, boleh klik SINI (sumber terus daripada Majlis Fatwa Keb. Malaysia)



Emas kat atas ni adalah emas keluaran syarikat Public Gold. Dan Alhamdulillah, syukur ya Allah sebab aku dah buat transaksi untuk salah satu daripada emas tersebut. Sekarang tinggal tunggu mereka call untuk bagitau bila aku boleh datang ambil emas tersebut. Semoga semuanya berjalan lancar, aminn.

Btw, kenapa aku beli di Public Gold? Ada sumber mengatakan Public Gold adalah Scam! Tapi kenapa aku beli jugak emas kat situ? Klik sini untuk baca KENAPA :). Perlu diingat, apa yang aku ceritakan ni, kisah aku beli emas ke apa, aku harap pembaca semua tak salah anggap kata aku ni berlagak ke, riak ke apa. TIDAK.

Aku share, sebab aku nak fahamkan kat korang semua, camne nak beli emas. Camne yang dikatakan Haram dalam urusniaga emas. Macam mana boleh untung main emas ni. Niat aku cuma nak terangkan, seterusnya korang nilai sendiri, dan misal kata ada yang aku tak explain dalam ni, rajin-rajinlah research sendiri tanya sapa-sapa yang pakar. Jangan terus tanya agen, tapi tanya dengan yang pernah beli emas sebab banyak pengalaman dan banyak buat perbandingan, lepas tu baru tanya agen. So, that korang takdelah terus terpengaruh nak beli emas, boleh fikir dulu dan rancang pembelian korang. Hehe..itu saja, terima kasih sudi singgah sini (n_n)

P/s: nanti aku citer camne nervousnya aku masa nak place order emas ni. Nervous dia macam nak tunggu bakal suami kau setel akad nikah. Kahkahkah~