Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label gene martino zalora. Show all posts
Showing posts with label gene martino zalora. Show all posts

Saturday, 9 July 2016

Happening Raya di Gopeng

Salam (n_n)


Hoho~ tahun ni first time aku beraya kat kampung suami di Gopeng, Ipoh. Meriah dan happening tak terkata tau! Aku pun tetiba hilang rasa segan, entah camana boleh blend dengan sedara-mara belah suami dengan cemerlang sekali! Hahahaha~

Banyak gila aktiviti masa raye kat sana, sampai-sampai je, kena kemas rumah lah dulu...

Malam pulak, ada macam berbuka ramai-ramai kat rumah Uci (nenek/opah). Sekali dengan sambut birthday sorang anak buah ni ha...berderet diorang makan sesama dengan pakai topi memasing..dah macam ahli sihir kenit dah aku tengok~ Hahah

Esok malam iaitu last berbuka puasa pun kami berbuka kat rumah uci, tu yang malam raya tu meriah temankan anak-anak buah dan anak sedara main bunga api...seronok betul ramai bebudak kat belah Gopeng ni, hihi (n_n)

Memang penat gila~ budak baju pink yang bulat tu beria nak naik beskal tapi tak reti kayuh. Tak nak 'merangkak' pulak aku tolakkan beliau ke hulu- ke hilir. Tak nak berhenti main pulak tu, nak tercabut tulang sebab penat gila, hahah (T_T)

Dah penat main dengan diorang, aku lari pergi umah kak sedara sorang ni, saje nak tolong dia buat brownies kedut. Datang jugak si kenit-kenit tu mengacau, hahadoi :D

Sampai je dapur, masing-masing dah 'wahh, coklat! wahh coklat!'. Pastu memasing nak tengok aku kacau periuk macam nak masuk sekali dalam periuk tu. Lawak betul bebudak ni :p

Dan tibalah keesokan harinya, iaitu HARI RAYE!! Yeayyyy!!!

Dan kami sedondon berwarna sehijau warna daun!!!



Sangat meriah dan seronok dapat beraya di Gopeng belah suami. Dan esoknya iaitu raya kedua, aku dan suami bertolak pulak pergi ke Jb, balik kampung aku pulak lah kan~ 


Hahaha...ni rombongan cik kiah yang hantar kitorang kat stesen ketapi. Naik ketapi dowh, first time in my life. Memang best! Haha nanti aku cerita ye...so tu saje cerita hari raya aku di Gopeng, Ipoh. Thanx sudi baca dan selamat hari raya untuk korang, maaf zahir dan batin ya.. (n_n)

P/s: baju aku dengan suami ala-ala warna kusyen kat rumah Uci. So penyamaran kitorang berjaya bila duduk berdua di kusyen tersebut :p

Thursday, 8 October 2015

Beli Kurung Moden Hitam Putih Cantik & Murah

Salam!


Wahh sungguh teruja aku nak update entry koleksi terbaru kurung moden daripada butik Gene Martino ni :D Menarik tau sebab most of them guna color block black and white. Jom kita tengok lagi!
(Rm129) Beli di sini (Klik)

(Rm129) Kiri beli di sini (Klik) - Kanan beli di sini (Klik)

Haa...baju bercorak memanjang ke bawah macam ni sangat sesuai tau untuk orang yang chubby atau mereka yang rendah, sebab ia akan beri ilusi 'tinggi' kepada si pemakai!
(Rm129) Kiri beli di sini (Klik) - Kanan beli di sini (Klik)

Owh ye, untuk pattern geometri black and white ni juga didatangkan dalam bentuk jubah, kot korang berminat, boleh lah ushar jubah-jubah / dress kat bawah ni ye..


Untuk tengok banyak lagi koleksi kurung moden dan jubah daripada Gene Martino yang cantik dan murah, bolehlah klik SINI ya..(n_n) dan beli dengan menggunakan kod diskaun iaitu: ZBAPpgb

P/s: suka baju hitam putih camni, terasa nak beliiii pulaaa...hahaha