Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday, 14 December 2011

Berani Dia Reject Aku ??!

Assalamualaikum and hi readers. Korang pernah tak kena reject
dengan orang yang korang minat? Pernah tak? Pernah takkk? It's
okay, mengaku je lah kalau pernah, i'm not gonna call you with L
words. Hari ni aku bengang gila bila seseorang telah merejeck aku
dengan kejamnya ! Arghhhh !

Kalau korang pernah mengalami situasi begini, pasti korang tahukan
betapa hancur dan luluhnya hati dan perasaan korang. Macam tu lah
yang aku rasa. Macam-macam kot aku buat semata-mata nak menawan
akal dan fikiran dia supaya dia bersetuju dengan aku.Tapi, akhirnya tadi,
tepat pada jam berapa entah, setelah aku bertungkus-lumus berusaha
menawan hati, akal dan mindanya, semuanya gagal ! Semuanya musnah !
Segala-galanya hancur bila semua itu tak dihargai, aku telah direject
tanpa sepatah bicara. Sedih kan?

Macam tu lah perasaan aku bila artwork aku telah direject oleh lecturer
aku tadi :p Aku rasa semua graphic student akan berasa sangat-sangat
menderita bila artwork diorang kena reject, termasuklah aku. Aku rasa
perasaan kena reject artwork tu maybe lagi sakit dan lagi tragik daripada
cinta yang kena reject. Ehh, betul ke?? Entah, aku tak pernah lah rasa cinta
aku kena reject. Bukan sebab semua cinta aku diterima, tetapi kerana aku
tak pernah nak luahkan perasaan aku sebarangan, so tak lah kena reject kan :p

Hmm, explain panjang korang maybe bukan faham pon kan, so nak
tengok design aku yang dah kena reject tu? group kitorang buat event
SARAWAK REGATTA,
kami kena rebranding event itu daripada event water sport kepada event
yang terkenal dengan culture orang Sarawak.

Ni research aku secara overall tentang masyarakat Sarawak :

From the research, I can conclude that :
From that, I've finally came out with this new corporate identity design
for Sarawak Regatta :


Sedih tau bila kena reject, before ni memang dah lali dah kena reject
idea bagai, setiap kali tu lah sedih. Haha..dan sekarang ni, aku tengah blur
nak buat apa untuk kerja environmental graphic esok. (-_-') Okay itu je,
thanx for reading this nonsense entry. :p


2 comments:

syada said...

sabar2 . saya pom penah kena macam ni . rasa macam bangang jew . hihi

LynnDamya said...

cik lollipop : haha, tgh sabar lah ni, tp mmg rse cm nk tmpar je beliau, haha :p