Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 12 December 2011

Coklat Adalah Pe'Release' Tension Yang Terbaik Dari Ladang !

Assalamualaikum and hi readers. Hah, seharian aku buat kerja
hari ini. Rasa dah macam lifeless dah duk kat meja, ngadap laptop
je. Haish, tapi okay lah lifeless sekarang daripada lifeless pada
masa akan datang kan. Susah-susah dulu, senang-senang kemudian~

Hahhhh tapi aku bukan lah robot yang boleh concentrate buat
kerja sampai berjam-jam, stress woO ! Nak2 kalau tengah takde
idea, boleh koma otak aku ni.(-_-') Hadoi, nasib baik tadi idea
cepat je datang, alhamdulillah lah,tapi sadis betul sebab tengah aku
dok design tu, tiba-tiba entah macam mana aku tertarik laptop aku
ke depan sikit, wayar charger tercabut dan..................O.O'







......................



Okay fine, aku tak sempat save kerja2 aku tadi. Laptop aku
termati. Bateri aku memang dah lama rosak, nak beli mahal, so
memang kena lah guna charger 24/7. So, dengan tabah aku on 
laptop kesayangan aku tu dan design laaa semula. Kesian aku~

So, aku siap kerja aku dalam jam 9 tadi, itu pon lama sebab ada
tertidur kejap, (-_-'), lunch, solat, dan bergolek-golek kat koridor
dengan harapan dapat idea....xpercaya? Bagus sebab aku memang
tak tergamak pon buat cam tu. (-_-')

 So, malam ni aku beli coklat banyak-banyak banyak untuk relaxkan
sikit otak dan minda aku ni. Serius woO aku sangat suka makan
coklat masa aku stress atau pon penat. Aku akan rasa lebih relax,
relax dan relax (-_-') 

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang.
Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat,
15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan
oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi
golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g)
menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam
sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan
gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai
pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko
mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan
paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan
neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina
yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan
membantu meningkatkan daya ingatan.
 Nak
Nak tengok tak coklat yang aku beli tu? Ni dia, homemade tau~~~~
Sedap ! (n_n)

Comel kan? Ada muka-muka~~ (n_n)

Ni nak bagi my sweetheart esok (n_n)

Okay itu je,thanx for read this entry. :)





No comments: