Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 6 December 2011

Kalau Betul Manusia Kejam Kerana Pengaruh Filem............

Assalamualaikum readers. 

Dah tengok filem Ombak Rindu? 

Korang nangis tak? Hehehe, aku terkeluar jugak lah air mata masa tengok tu.

Ada tak yang teringin atau dah berazam
untuk jadi wanita sebaik Izzah?

 Aku suka sangat watak dia, lemah-lembut dan sangat tabah dan yang
paling aku kagum, dia sangat menjaga adat dan agamanya :) Sejuk kan
mata memandang? Scene paling aku suka, bila dengar suara Maya Karin
membaca Yassin. Terus-terang, aku mengaji tapi aku tak pandai nak baca
dengan alunan yang berlagu-lagu macam tu. Scene tu, sedap sangat dengar
dia baca :) Serius, sedap sangat !






Ingat tak filem Ayat-ayat Cinta pulak?

Ingat lagi watak Aishah?

Ada tak yang teringin nak jadi isteri
sebaik Aishah?

 Yang merelakan suaminya berkhawin lain demi keselamatan seorang
perempuan lain? Yang setia mendoakan suaminya yang berada di dalam
penjara? Yang percayakan suaminya walau apa pun yang berlaku? Yang
berusaha sedaya- upayanya untuk melepaskan suaminya dari kandang
penjara kerana dia percaya suaminya tidak bersalah? Walaupun dia diduga
sebegitu besar, tetapi dia masih ingat Allah dan dia ingat semuanya pasti
ada hikmahnya. Dia adalah isteri yang taat pada suaminya dan Tuhannya.





Aku tahu, ramai orang kat luar sana yang nak berubah jadi lebih
baik daripada sekarang. Sejahat-jahat mereka, sebiatch-biatch
perempuan, sekeras-keras dan ego lelaki, confirm pernah terdetik sikit
di lubuk hati mereka untuk berubah, cuma mereka tiada dorongan.
Persekitaran tidak mengizinkan. Terlalu rugi untuk dilepaskan lifestyle
yang liar, penuh dengan hiburan dan berpandukan gaya barat yg melampau.

Aku terfikir,

kalau betul manusia kejam kerana pengaruh filem,
boleh tak kita tukar sikit konsep ni?

"Biar filem mempengaruhi manusia untuk
jadi baik"

Boleh kan? Siapa setuju?
Biar kebaikan tersebar melalui filem, sebarkan penghayatan
kemanusiaan, cinta dan kasih sayang serta kebaikan melalui
watak-watak dalam filem itu. Aku percaya, kalau semua ini
diusahakan dengan serius dan menyeluruh, tak mustahil Islam
akan terus kukuh di negara ini. Bukan hiburan semata-mata.




Pesanan untuk kaum Adam : 

Jangan lupa diri, jangan buat sesuka hati,
jangan lupa..anda adalah khalifah, anda adalah pemimpin, jadi jangan
salah gunakan kuasa anda itu. Anda adalah pelindung wanita. Ok :)
Perempuan tidak akan berlumba-lumba untuk dedah sana dedah sini
kalau anda sendiri yang tak berebut-rebut kejar perempuan macam tu.
U got what i mean? :)




10 comments:

MalizaMah said...

tgk movie mmg lah teringin jadi isteri yg baik2..
tp bimbang juga diri tidak mampu....
adakala semuanya perlu tgk pada suami juga...

apa2pun.. doa2 agar diberi kesabaran yg menggunung tinggi dlm apa jua situasi.

Lynn Damya said...

Alieza : betul tu, sbb tu sy ckp klw movie berjaya pengaruh manusia jd baik, mgkin yg lelaki/suami jg akan jd baik, harap2 kita mberi & diberikan yg terbaik :) pray for u too dear :)

Qil_Zawawi said...

rasenyer mmg bnyk pengaruh filem.,kalau dulu kurg aksi2 18sx nih.,bdk2 kecik p0n xtaw.,skng.,bdk tadika p0n da pandai.,

Lynn Damya said...

Qil Hashi : yup, mmg masalah sosial & jenayah skg ni kesan2 dpd movie2 kita yg nonsense tu, bila dh cmni, rase dh tlambat nk dibendung..hmm

Unknown said...

tak tgk lg crita ni, so xleh gmbrkn lagi mcm mna prwatakkn izzah tu :)

Lynn Damya said...

Saiazuan : owh u should watch this movie ! (n_n) sy tgk pon sbb sy penah baca novel dy dulu..excited nk tgk, haha

cici tembikai said...

babe dah boleh bukak blog ek ? hurmm i setuju babe . kebanyakkkkaannn . er bukan kebanyakkan , i rasa semua jantan yg i jumpa , kwn ke in relationship ke bila i ckp nak try2 pakai tudung and jwpnnya 'takpayahlah , nanti lah' . so dari situ i dah tahu hubungan takkan panjang :D

cik najah said...

salam kenal dear..

qlah tak sempat tengok lagi , busy <----alasan je tuh.. hihi .

Lynn Damya said...

cici : hai dearrrr ! miz u lah :) cis kurang ajar betol lelaki2 tu, tgk dorg sndiri yg xbg, dorg sndiri yg kutuk pmpuan yg sexy2, hish..xpe babe, u know what the best for u, & klw hati u dh tbuka utk bertudung, jgn lupa bg i tgk pic u tau..mesti lg cute..hehe (n_n) InsyaAllah <3 u

Lynn Damya said...

Qlah : hai selamat berkenalan jgk, hehe qlah yg buzy ke, cik abg syg yg bz..hihihi juz kidding ;)